Bismillah Walhamdulillah
Jam sekarang 10.38 malam.
Adik Jumaanah dah selamat beradu awal hari ini.
Faheem dan Jazlah serta Syauqi tidur di ruang tamu.
Tok Abah Tok Ma masih ada di sini. Alhmdulillah mereka masih menemani umi di sini sementara menyiapkan sedikit penambahbaikan di rumah ini.
Alhamdulillah mereka orang tua umi syurga umi di bawah tapak kaki tokma selepas ketiadaan abi. :(
Kak Jannah dah balik asrama. Rindu pada anak dara umi. Biasa memalam gini startlah dia mengemas dapur bagai. Umi bangun pagi esoknya bahagian dapur dan bilik tetamu akan selesai. Pinggan mangkuk baju2 bagai akan tersusun rapi. Moga Allah mudahkan urusan Kak Jannah mengulang hafazan Kak Jannah dan membantu Ustazah mentasmi' pelajar2 di maahad, Insha Allah.
Hero umi yang lagi 2 orang tuh..masa pergi hantar Kak Jannah umi kirimkan barang2 keperluan kepada mereka berdua beserta 2 helai coretan nukilan umi untuk mereka. Semoga coretan rasa umi itu menjadi penguat semangat anakanda berdua.Allahumma ameen!
Allah2.. apa ye yang umi hendak nukilkan malam ni?
Barakah seorang emak
Suatu hari adikku menelefonku untuk memberitahu bahawa emak mengajakku pergi ke majlis konvokesyennya di Perak. Untuk kesana, saya perlu mengambil cuti kerana perjalanan agak jauh dan hari untuk mengambil jubah dan konvekesyen berlaku di hari yang berlainan. Pada hari yang sama, saya dijemput oleh kawan-kawan lama sekolah rendah untk menghadiri gathering yang agak happening akan di adakan di sebuah hotal di Kuantan. Maka saya telah membuat keputusan awal untuk tidak pergi ke Perak bersama emak dan meminta adik saya mengajak kakaknya sebagai ganti.
Seminggu sebelum aku balik Kuantan, terlintas dalam fikiranku tentang emak, teringat akan dirinya, dan diri ini merupakan satu-satunya anak jantannya, maka aku telah mengubah fikiran untuk bersamanya ke Perak dan membatalkan hasrat untuk ke majlis reunion di Kuantan.
Kami telah check in di sebuah hotel di Ipoh. First time kami keluar bertiga tanpa isteri dan anak-anak. Pada hari kedua, ketika sarapan di hotel, emakku menegur leherku yang dikatakan bengkak sedikit. Aku sedikit tidak perasan bengkak di leher ini, begitu juga isteriku yang kerap juga mengurut leherku ketikaku letih.
Setelah tiga hari kami di Perak, kami balik ke Kuantan untuk menghantar emak dan adik, dan aku terus ke Terenganu kerana keesokkannya telah mula bekerja. Awal pagi terus ku pergi ke Klinik Pakar Unisza, untuk pemeriksaan leher, dan didapati ada ketulan yang luar biasa dan belum dapat dipastikan oleh doctor kerana ia memerlukan proses scan. Aku diberi tarikh untuk bertemu dengan doctor pada Ahad pada minggu hadapannya.
Sebelum ku pergi ke berjumpa dengan doctor, ku sempat minum dengan kawan rapatku Prof. Dr. Nasir merupakan seorang doctor pakar. Ku memberitahunya bahawa aku mempunyai appointment dengan doctor pada hari tersebut kerana bengkak di leherku. Dengan pantas beliau memegang leherku dan memberitahu dia akan pergi bersamaku ke Pusat Perubatan tersebut. Setibanya kami ke pusat perubatan, doctor memulakan pemeriksaan dengan membuat scan biasa di leherku, dan didapati terdapat ketulan, dan terus aku direfer ke HSNZ untuk dibuat pemeriksaan hidung.
Doktor pakar ENT yang bertugas di HSNZ yang juga merupakan rakan sekerja di Unisza iaitu Dr Salman memeriksa hidung dan terus mengambil sample sebanyak dua kali. Ambilan yang pertama cukup sakit dan kedua kurang sedikit. Cebisan daging yang diambil di belakang hidung bertujuan untuk dikaji oleh bahagian patologi bagi mengesahkan itu dalah kanser. Berdasarkan pengalaman Dr Salman, ia adalah kanser dan Prof Nasir mengajak aku ke KTS untuk melakukan CT Scan bagi melihat tahap kanser ini.
Seusai solat zuhur, kami terus ke KTS untuk melakukan CT Scan dan memang aku disahkan mengidap kanser panggkal hidung tahap 3.
Kejutan “Panggilan kematian” seketika
Setelah mendapat tahu bahawa aku mengidap kanser, aku rasa terkejut dan merasakan dunia ini sudah tidak lama lagi bagi diriku. Melihat kepada lemah longlai tubuhku, Prof Nasir meminta kunci kereta untuk beliau pandu pulang ke rumah. Sebelum pulang, beliau mengajakku makan bubur nasi dan puyuh goreng dan juga Dr Norhidayah turut hadir sekali yang merupakan doctor pakar patologi dan juga isteri kepada Prof Nasir. Mereka mula berbicara tentang kanser dan mula memberi kata-kata semangat bahawa kanser yang ku hadapi ini boleh pulih. Mereka menasihatkan diriku supaya tidak memberitahu kepada isteri dan ibu secara terus akan tetapi dicadangkan supaya mencari masa yang sesuai untuk memberitahu kepada mereka.
Kusampai ke rumah agak lewat dan hampir azan magrib, dan setibaku di rumah, isteriku telah menarik muka kerana tidak membalas massage dan panggillannya. Pada masa yang sama, ku masuk ke rumah dalam keadaan jiwaku tidak tenteram dan ku mencari-cari lokasi dalam rumahku untuk diletakkan jenazahku nanti.
Ku masuk bilik dan memanggil isteriku untuk memberitahu kepadanya tentang perkara sebenar. Alhamdulillah, tanpa ku duga, isteriku tenang dan setitik air mata pun tidak mengalir di wajahnya. Syukur Ya Allah, inilah petanda bahawa isteriku memang tabah. Isteriku mulakan bicara dengan memberitahu kepadaku supaya berubat.
Group NPC Survivors
Malam itu aku tidur seperti biasa, tetapi tidak bagi isteriku. Dia sibuk melayari internet untuk mengetahui secara mendalam apakah jenis kanser yang ku hadapi ini. Beliau sudah mula berceritakan kepadaku tentang tanda-tanda kanser pangkal hidung ini, dan rawatan-rawatan yang perlu diambil. Pada hari kedua, aku telah dimasukkan ke dalam wassup group NPC satu Malaysia. Di situ aku mengenali lebih ramai pesakit-pesakit kanser pangkal hidung yang boleh dikatakan mewakili setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Alhamdulillah, terlalu banyak sangat maklumat yang dapat ku kutip dari group ni kerana mereka semua adalah pesakit dan penjaga pesakit. Pelbagai perkongsian telah diberikan dan juga pertanyaaan kepada otai-otai yang telah lama mengharungi sakit keramat ni.
Satu perkara yang ku kagum dengan rakan-rakan di dalam group tersebut, meraka tidak malu berkongsi masalah yang dihadapi semata-mata ingin mendapat sokongan dari rakan seanggakatan. Segala apa yang mereka rasa, lalui semuanya diluahkan sehinggakan ku tahu betapa seksanya mendapatkan rawatan di hospital.
Kelebihan duduk di dalam group ni juga, kadang-kadang menjadikan kita mempunyai maklumat lebih dari doctor yang merawat kita kerana para doctor merawat pesakitnya sahaja, akan tetapi maklumat dari pesakit satu Malaysia lebih bermakna sehinggakan diantara kami dapat melihat perbezaan antara para doctor yang merawat pesakit-pesakit kanser pangkal hidung ini.
Perbezaan yang agak ketara adalah pantang larang makanan bagi pesakit kanser. Dikatakan gula dan daging adalah musuh baja utama bagi kanser ini. Ku tidak mahu berbicara panjang pasal pantang makanan ni kerana aku kurang pantang makan. Bukan bermakna ku ambil gula macam orang biasa, tetapi air manis memang ku kurangkan. Bahkan ia sudah menjadi saranan dari dahulu lagi bahawa kurangkan gula dapat mengurangkan masalah kehadiran pelbagai penyakit.
Rawatan Refleksologi Rotan
Ku mengetahui mengenai rawatan ini agak sudah lama, tetapi tidak mengambil tahu secara mendalam mengenainya sehingga diri ini disahkan sebagai pengidap kanser pangkal hidung.
..bila mahu sambung daaaaa?kiki
Catatan siri diari cancer abi ada di sini.
Siri 1 di sini. Siri 2 di sini. Siri 3 di sini. Siri 4 ada di sini.
No comments:
Post a Comment