Showing posts with label abang faseh. Show all posts
Showing posts with label abang faseh. Show all posts

Tuesday, September 28, 2021

VAKSIN

Bismillah Walhamdulillah.

Jam 5.00 pg. Banyak pulak entri pagi ni.
Dah lama tertangguh sebenarnya.

Ini cerita kelmarin.
Saje menepek di sini. 
Vaksin 1st dose anakanda Muhammad Fasehuddin.
Umi ambik cuti separuh hari. Temujanjinya jam 2 ptg di Klinik Manir.
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan.




Borang yang perlu di isi. 
Buku UAH tu bawa untuk isi masa kosong sambil tunggu Faseh.

Besar dah hero umi ni. Berdebar dia jangan kira lah. Dalam kereta pelbagai persoalan dibangkitkan. Umi just layankan aje. Hehe..berdebar macam nak kena bersunat sekali lagi.hehe

Upah selepas cucuk vaksin. Teman umi tinted kereta.


Allahu..meruntun kalbu memandang gambar ini. Terselit indah dalam buku ini.
Hensem kan dua2 orang dalam gambar ini?

Alhamdulillah selesai semalam cuck vaksin dan juga tinted kereta.
Belikan juga sebuah basikal utk Jumaanah.Next entri umi ceritakan.
Pertama kali uruskan mengenai kereta secara sendiri. Sebelum ini ada minta orang lain bantukan.
Ketika sampai di kedai tinted, owner kedai brth macam kenal je cover seat dalam kereta.
Allah2.. owner kenal arwah abi.

Oklah..xboleh nak taip dah.
Jooom tahajjud!
Esok keje!
Bai!

 

Wednesday, November 11, 2020

WARKAH UNTUK ABI (SIRI 2)

 


Warkah Untuk Abi  Siri 1- ada di sini.

Bismillah Walhamdulillah

Kehadapan abi sayang..

Jam sekarang 10.30 mlm, 11 November 2020. - esok harijadi Jazlah. Nnt umi buat entri khas tentang harilahir dia.

Jumaanah ada setia di sisi umi. Sambil menggentel kain pelikat abi. Tak lepas kain tu dia gentel abi tahu.
Yang lain selamat beradu. Kak Jannah ada duk berkurung dalam bilik dia. Seharian tak keluar rumah. Setiap dua jam adik2 akan jenguk ke bilik Kak Jannah tanyakan dah berapa juzuk dia hafaz.

Abi yang dirindui sokmo... Faqeh dah start iklankan serba sedikit baju2 abi kepada saudara mara dan sahabat2 abi. Umi niatkan semoga pahala mereka yang pakai pakaian abi, pahala akan mengalir kepada abi Insha Allah. Anak2 abi semua ada berkumpul di rumah sekarang. Alhamdulillah pasti ada hikmah di sebalik pandemik covid ni.


Abi sayang, kali ini umi nak bercerita tentang Faseh dan Faheem anak jantan abi dua orang ni.

CERITA FASEH

Abi..anak abi yang sorang ni makin berkatang dah badan dia. Pengganti Faqeh jadi imam jika Faqeh solat di surau. Faseh boleh diharap menolong umi di dapur. Bukan dia seorang yang boleh diharap, semua anak jantan umi, umi kerahkan mereka bantu umi di dapur.
Tengahari tadi umi memasak, Faseh tukang kemas barang2 dalam peti, Faqeh tukang kemas meja dan sapu di dapur. Manakala yang hero kecik tuh, si Faheem tolong basuh pinggan.

Abi..Faseh dah hafal 4 juzuk sekarang. Bacaan dan tajwidnya dah makin kemas, cuma perlu diperbaiki lagi. Yelah umur baru 13 tahun kan. Insha Allah banyak lagi masa boleh diperbaiki. Abi kena yakin dengan kebolehan yang ada pada anak abi ni. Sekarang ni pagi2 Ust Nordin akan call Faseh untuk tasmi' bacaan. Tapi kan abi sebelum tasmi' sempat lagi Faseh main game PUBG, game Free Fire kat henset umi sebab bila nak vc dengan ust baru umi bagi tepon umi. Kalu x, memang xdapatlah. ^__^

Abi..semalam umi potong kuku adik Jumaanah, Jazlah dan Faheem. Umi cek kuku Faseh..aish geram heh dia ada simpan kuku panjang sikit pada ibu jari belah kanan. Tak tahu apa fungsinya. Umi tunggu sampai habis dia kerat kuku. Last sekali dia potong kuku yang dia simpan tu. Dah siap potongkan abi..buat2 sedih dan ambik balik kuku yang dipotong tu dia letak balik kat ibu jari dia. Haishhh geraaam je tengok! ^__^. Tak perlah sekurangnya dia dah potong kuku tuh. 

Abi..sekarang ni Faseh rajin lagi ngusik Jazlah sekali sekala. Geram dengan perangai Jazlah ada juga. Kain sembahyang selalu bersepah, kain tuala lepas mandi malas nak gantung, baju lepas pakai letak kat lantai je.. Geram Faseh dekat Jazlah. Sokmo nak kena pesan. Abang Faqeh pun selalu pesan kepada dia. Insha Allah lama2 nanti oklah kot si Jazlah ni.

Adik Jumaanah pun dah makin manja dengan kita abi. Masa mula2 kita balik hari tu, Jumaanah sokmo duduk dengan kita sambil duk gesel badan dia. Mungkin dia rindukan abi kot. Selama ni kan dia duk dengan umi je. Kita suka main dengan Jumaanah. Comel sgt dia sekarang abi. Sokmo tak lepas kain pelikat abi. 

Oklah abi..abi doakan Faseh ye..Umi doa sokmo ke Faseh supaya mudah nak menghafaz.





CERITA FAHEEM

Abi sayang! Ni anak Jordan kesayangan abi nim. Sekejap je dah besar Faheem ni. Umur Faheem sekarang dah 9 tahun. Maksudnya dah 10 tahun kenangan kita sekeluarga mengembara di bumi Jordan. Allahu Akbar rindunya pada bumi anbiya' dataran syam itu. Insha Allah Faheem dah besar nanti, Faheem sambung belajar di sana. Panjang umur boleh jumpa Ummu Qusoi, Abu Qusoi, Ammu Majdi dan Ammu Zou'bi, Insha Allah.

Abi..Faheem akan jadi imam masa abg Faqeh dan abg Faseh xbalik lagi. Kena betulkan bacaan sikit lagi. Abi..kitakan sokmo tertambah sujud, tapikan abi kekadang je abi. Kita mari dok ingat abi. Pastu Jumaanah pasang kuat cerita dia.. " baby finger..baby finger.. where are uuuu..here i am"... haaaaa kadang tu memang tak khusyuk Faheem nak jadi imam. Geram je ke Jumaanah. Tapi sekarang bila dia tengok kami solat jemaah, dia akan slowkan cerita dia. Alhamdulillah baguslah.

Abi..ada juga kekadang tu kita jadi imam solat asar kan abi..kita g baca kuat Fatihah. Kita dok ingat. Pastu ada gak time solat Maghrib kita baca slow. Ngarrut kalli kita abi.. Memula je lah gitu abi. Lepas tu lama2 oklah. Payah juga ye abi nak jadi imam ni. Kita tengok abi, abg Faqeh abg Faseh senang je jadi imam. Ye arr diaorang dah besar kan.

Abi..abi tahu dok Faheem dah kurang sikit penakutnya. Dulu Faheem takut sangat. Sekarang sebelum abg Faqeh balik memang Faheem yang akan kunci pintu rumah. Kalu takut nak kunci malam, Faheem kunci dari petang lagi. Kalu kunci malam, kita suruh umi teman kat pintu rumah sambil tengok kita. Dah siap kunci, kita akan berlari laju2 ke umi sebab takut. Tapi sebenarnya takde apap2 pun. Saje nak bermanja dengan umi. ^__^

Abi... semalam kan Jazlah dia main dengan kawan2 dia, Eisha anak Cg Khairul  dan Azza anak Cg Azam sebelah rumah ni. Dia main pondok2 kat ruang tamu rumah kita abi. Dahlah ruang tamu memang tengah letak baju2 abi untuk disedekahkan kepada sahabat2 abi, dia tambahkan lagi barang2 mainan dia. Geram kita tengok. Tapi mujur dia kemas elok2. Mainan masak2lah, mainan jual2lah, mainan anak2 patunglah. Dia selalu main dengan adik Jumaanah. Jumaanah jadi baby dia jadi mok. ^___^

Abi..yang geramnya semalam dia bawa kawan dia..pastukan abi dia bawa masuk sampai ke dapur sebab kawan dia nak minum air. Geram kita! Kawan2 kita tak pernah masuk sampai dapur..kawan kita mari kat rumahpun main kat ruang tamu je pun. Tapi umi kata takper je kawan Jazlah mari sampai dapur sebab perempuan. Perempuan kan selalu kena kemas dapur bila dah besar nanti. Pastu kita jawab lah kat umi, dah kita lelaki kemas juga dapur, tadi kita basuh pinggan. ^__^. Yelah umi kata baguslah Faheem tolong umi sokmo, dapat banyak pahala. Pahala banyak sedekah kat abi. 

Abi... sekarang juga umi buat tabung sedekah. Setiap hari kami adik beradik letak duit dalam tabung tuh. Ada Jazlah hari tu, dia letak duit 4o seng dalam tuh. Umi kata biarlah sedekah dia walau sikitpun janji ikhlas. Tabung tu hari tu abg Faqeh gi sembahyang Jumaat dengan Cg Azam jiran kita ni, umi suruh dia bawa. Dia xingt. Pastu dia letak duit2 tu dalam tabung kat surau kita. Sebelum ni Faheem pernah letak dah dalam tabung masjid semasa Faheem ikut tok abah ayah cik pergi ke Johor. Faheem isi satu2 duit dalam tabung masjid. Sekarang umi guna tabung kita abi... bila umi suruh isi duit, kita kata tuu umi dah guna tabung kita..kira sedekahlah tu sebab dah guna tabung kita. Bijjjok dok kita abi? ^__^

Oklah abi, banyak dah kita cerita kat abi. Nanti kita sambung lagi cerita kita ni kat abi. Kita tak sabar nak jumpa abi..kumpul ramai2 kat Syurga. Ya Allah masukkan kami semua sekeluarga dalam syurga supaya dapat jumpa abi. Ya Allah tolonglah makbulkan Ya Allah. Kami semua riiiiiindukan abi.Bahagiakan dan sejahterakan abi di alam sana. Ameen.





Hakikatnya sekarang dah 15 Nov 2020.
Maksudnya 4 hari dah terperam entri ni.
Di edit2 sambil air mata laju mengalir ketika menulis.
Tak sanggup nak tulis, terus simpan dalam draft.
Dan sekarang perhabiskan juga entri ni.

15 November 2020, 29 RabiulAwal 1442.
Minggu terakhir bulan kelahran Rasulullah S.A.W.
Hari ni hari ke 88 abi bahagia di alam sana.
3, 4 orang sahabat abi bercerita tentang mimpi yang mereka berjumpa dengan abi. 
Abi kelihatn ceria dan bahagia di alam sana. 
Alhamdulillah kami di dunia yang sementara ni tak putus2 doa dan sedekahkan pahala amalan kepada abi di sana.

Oklah umi undur diri..
Ada misi yang umi ingin selesaikan dan targetnya ..
hendak di selesaikan sebelum 27.11.20 bersamaan hari ke 100 abi di sana.
Insha Allah moga Allah permudahkan.

9.00 pagi
Bayty Jannaty.
Bayt Chonang, Ganung!
Alhamdulillah mentari muncul kembali hari ni. ^__^
Ikan koi duk menari2 dalam kolam air terjun. Menenangkan jiwa yg resah.
Bunga2 sedang kembang mekar di laman. Semekar hati umi. ^___^.
Alhamdulillah mencari kebahagiaan di dunia yang sementara ini.
Penguat semangat untuk teruskan kehidupan sementara mencari 
bekal untuk alam yang kekal abadi... Insha ALlah.

Friday, March 8, 2013

PadaMu ku Bersujud




Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat


Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti


Ampuni semua salahku

Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta


Kau beriku bahagia

Jadikan aku selamanya

Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah


Yang sering melupakan-Mu

Saat Kau limpahkan karunia-Mu

Dalam sunyi aku bersujud...






Bismillah Walhamdulilllah
Jam 1.36 pgi, 8 Mac 2013.
Sejuk seolah datang kembali,sebelum meninggalkan musim panas.
Esok,maksudnya pagi ini anak2 ada pertandingan taekwando.

ok,apa ingin ummi ceritakan kali ini.
..ummi ingin ceritakan mengenai lirik lagu di atas.

Seorang sahabat ummi berkata 
blog ummi ini banyak berceritakan mengenai kegembiraan dan keriangan ...
Sekali sekala kena selitkan juga kesedihan ..

hm...umi catatkan kegembiraan untuk diingati dan dikenang.
ketika kesedihan melanda,membaca catatan terdahulu,pasti memberi 1001 ketenangan.

namun...ia hidup kita ini ada gembira dan ada duka..
.ada siang dan malam..
begitulah lumrah hidup ini...

oklah kali ini ummi nukilkan kesedihan dan kesengsaraan di tahun2 akhir keberaadaan kami di sini...
ok,ini entri sedih yer..

FASEH.

Pagi tadi ummi menghantar anak2 dengan lambaian dari atas rumah.
Ketika Faseh hendak melangkah keluar,dia buat perangai tidak mahu ke sekolah.
Setelah dipujuk,barulah dia hendak ke sekolah.
Ummi memandang anak2 dari tingkap dapur tingkat 2 rumah kami.Faseh masih menangis dan bermuram.Faqeh dah pujuk,ajak main bola sementara menunggu bas.

Faseh datang hampir ke bangunan rumah kami,berborak2 sebentar,akhirnya dia tersenyum dan gembira.
Allahu Akbar,masa itu air mata ummi menitis memikirkan sudah besar rupanya anak ummi yang ummi kandung ini.
Masih terbayang2 wajahnya ketika kecil.
Allahu Akbar.

Membalas lambaian anak2 dari dalam bas memberi satu perasaan halus mengalir di dalam jiwa naluri seorang ibu.

ABI.

Setiap masa dan ketika bertungus lumus menyiapkan tesisnya.Alhamduillah program yang abi laksanakan sudah melabuhkan tirai.Sekarang masa untuk berperang dengan idea2 daan maklumat untuk dihamburkan dalam tesis.

Supervisor abi juga mendesak2 abi supaya menyiapkan tesis untuk dibentangkan dalam masa terdekat.
Apbila diberi tekanan baru kita tidak terleka.Namun dalam masa yang sama tekanan akan membuatkan minda dan jasmani letih dan penat.

Allahu Abar..
ketika inilah emosi seorang ayah dan ibu akan diuji.
Melayani karenah anak2.
Namun segalanya akan berjalan lancar sekirnya emosi dapat dikawal dengan sebaiknya.

UMMI.



Hm..sepanjang hidup ummi ini memang ummi jumpa 2 jenis manusia ini..

Orang yang dapat membina diri,kita akan rasa bahagia.
Orang yang memfitnah kita,pastinya kita akan rasa sedih dan membuatkan airmata kita jatuh.

Allah..
Namun di akhirnya kita akan mengucapkan terimakasih kepada mereka...

Kerana dengan kehadiran mereka akan mewarnai hari2 kita.
Sekejap warna putih,sekejap warna biru,sekejap warna hijau,sekejap warna kelabu,sekejap warna hitam!

Allah..Allah..Allah..
semuanya kena diterima dengan selapang dada yang mungkin..kerana di sinilah kita belajar erti sebuah kesabaran,erti sebuah persahabatn,erti hidup dalam memberi..juga erti kematangan yang sebenar..
dan yang penting memahami inilah cara Allah menegur kita dan inilah cara Allah SAYANG pada diri kita...

Mungkin selama ini kita kurang mengingati Allah Atau mungkin selama ini kita sering terleka dengaan segala nikmat yng Allah kurniakan,mungkin selama ini terpalit sedikit rasa bangga dengan segala apa yang Allah kurniakan pada kita..segala2nya mungkin..

Jadi tanda Allah ingat dan sayang pada kita,Allah berikan ujian untuk kita lebih hampir dan dekat kepadaNYa.

HAYATI LIRIK.

Menghyati lirik lagu di atas...
pastinya itulah yang sering kita doakan sepatutnya..
mohon dijauhkan dari fitnah dunia..
mohon diberikan kebahagiaan dunia akhirat..
mohon selalu di dalam orang yang bertakwa...
Kita ini hamba yang sering melupakanNya..
maka dengan ujian yang Allah berikan..
saat inilah segala pergantungan kita hanya pada Allah semata2...

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.

Tiada segalanya melainkan dengan Allah sahaja..
Dialah tempat kita bergantung..
Dialah tempat kita mengadu..
Dialah tempat kita memohon pertolongan...

Allah..Allah..Allah...

SELESAI.

*Selesai dinukilkan pada 11.10 mlm,11 Maac 2013.
Huish payah juga mengarang yer...walaupun ayat ummi tunggang langgang,tapi inilah yang mampu ummi nukilkan..
Barulah memahami bagaimana abi yang sekarang bertungkus lumus memerah otak dan keringat untuk mengarang dalam proses menyiapkan tesis..
الله يسهل إن شاء الله.

Kalau nak dibandingkan dengan ummi ini,
penulisan ummi ini sekadar mengaarang untuk diri sendiri,abi pula penulisan ilmiah...dalam bahasa arab lagi.sudahlah 2,3 kali diperbetulkan ayatnya.
Yang ummi ini, ejaanpun banyak silap.>.<

MUSHRIF HIDUP.

Abi pula setiap hari akan berjumpa dengan mushrif (supervisor) di masjid.Subuh pasti dikejut setengah jam sebelum subuh oleh mushrif  melaui misscall. Kadang2 tu,selepas isyak sehingga 12malam mereka berbincang di masjid.

Alhamdulillh Allah temukan abi dengan mushrif yang baik.Hattakan seorang sahabat abi berkata bahawa mushrif abi ini bukan sekadar mushrif tesis,malah mushrif untuk hidup.Maksudnya supervisor hidup.
الحمد لله على كل حال

Ok..ummi undur diri..maaf salah silap.Tersalah bahasa,tersalah eja..maaf zahir batin


*alasan ejaan banyak salah-
taip sebelah tangan sambil riba si Faheem.
Keybord dh hilang huruf A,kerja si Faheem.Pandai pula dia start dengan A. ^____^




Thursday, July 12, 2012

Catatan di musim panas.



Bismillah walhamdulillah.

12 Julai 2012.

Banyak perkara yang ingin dinukilkan di sini.
Musim panas yang menyengat sekarang.

MARKAZ QURAN.

Alhamdulillah,anak2 ummi dihantar ke Markaz Al Quran di sini.Di Jordan sekolah sedang bercuti selama 3 bulan sempena musim panas.Namun bagi mengisi masa cuti sekolah ini,kami menghantar mereka ke pusat2 mengaji Al quran di sini.

Jannah dihantar Markaz Al quran Hafsa-untuk perempuan sahaja.Alhamdulillah,dia amat gembira belajar dan menghafaz al Quran di sini.Di sini Jannah diajar untuk menghafaz ayat dan juga makna perkataan dalam bahasa Arab.Alhamdulillah..moga Allah terangkan hati anak ummi ini.

Manakala Faqeh dan Faseh dihantar ke markaz al Quran Ubai- khas untuk lelaki.Faqeh dan Faseh ke markaz berlainan hari.Maknanya FAseh ke sekolah berseorangan.Kelas diadakan berselang hari.Pada mulanya Faseh menangis hari pertama.Namun,alhamdulillah...cikgu di sana pandai mengambil hati mereka.

Hari pertama-sesi pengenalan.Hari kedua-lawatan ke taman permainan.Apalagi suka sgtlah si Faseh nih.Teruja nak pergi ke sekolah.Alhamdulillah.

..Buah apa ni..kak Jannah di Jamiah Yarmouk.


Dalam perjalanan ke Mekah.Baju spiderman.

Baju Batman..





Comel tak gigi Faheem!



ILAL LIQO' KAK AIZAH.

Allahu akbar...minggu lepas kami di Irbid kehilangan sebuah keluarga yang paling senior.Mereka sudah pulang ke Malaysia..Semoga Allah memudahkan urusan kami semua sama ada yang pulang ke Malaysia mahupun yang masih tinggal di bumi Irbid ini.Semoga ukhuwah ini tidakkan terputus di sini sahaja,malah terus kekal hingga ke Malaysia nanti,insya Allah.


Kak Aizah ambil Master di sini, Ust Riduan PhD.

Keluarga di Jordan.

BUAH HATI UMMI- FAHEEM.

Alhamdulillah umur Faheem sudah setahun..Macam2 ragam dibuatnya sekarang.Yanng paling dia suka,main laptop sambil tekan2.Geram jer tengok,Cepat2 membesar dengan sihat dan kuat yer!




..alhamdulillah..
..nak solat zuhur ...
1.00 thari...
p/s : ni gmbar2 terbaru kami utk acik Izzati.

Sunday, January 1, 2012

FASEH DAN A-AH.

Bismillah Walhamdulillah.

1 Januari 2012.Jam 8 pg-anak2 masih tidur semuanya.Abi keluar mencari ilmu.Semoga permulaan tahun baru yang baik.Amin!Semoga Allah mudahkan urusan kami semua amin!

Tahun baru ini bermakna tinggal berbaki setahun lagi kami akan pulang ke Malaysia,Allahu Akbar!

Ok,kali ini ummi nak letak gambar Faseh dan A-ah.Mereka berdua ni sekejap baik,sekejap gaduh.
KAdang2 dengar Faseh menangis,lepas tu kadang2 A-ah pulak yang menangis.Macam2 hal ada.Dua2 tak pernah berkongsi barang dengan yang lebih kecil dari mereka.

Apa yang ummi lakukan ialah, win2 situaotion. Maksudnya, dua2 akan rasa menang kalau bergaduh.Tapi kadang2 terpaksa menangkan Faseh atau A-ah.Tengok pada situasi.Lama kelamaan mereka akan serasi.

Biasanya Kak Jannahlah yang akan jadi pendamainya.Anak dara ni pandai ambik hati adik2nya dan juga A-ah,alhamdulillah.

Oklah cukup setakat ini catatan di tahun baru..Semoga kita semua dapat memperkuatkan azam dan cita2 di tahun baru ini,amin!





Wednesday, May 4, 2011

Sanah Helwah Ya Faseh!

Bismillah Walhamdulillah..

3 Mei 2011.

Hari Selasa yang cerah dan ceria.Alhamdulillah anak2 semua bangun dengan mudah.
Ummi goreng telur untuk Jannah dan lempeng untuk Faqeh.
Memang ini makanan kegemaran mereka berdua.

Pagi.

Ummi membantu abi menyiapkan ass abi.Moga Allah mudahkan urusan abi.
Faseh bangun agak lambat kerana malam semalam dia tidur pukul 12.
Anak bertuah betul..

Hari ini genap usianya 4 tahun.Sekejap jer masa berlalu.
Baru semalam rasanya ummi melahirkan Faseh.

Sejarah kelahiran Faseh amat unik sebenarnya.Ummi bersalin di hospital Kuantan.
Beberapa hari ummi dimasukkan ke wad,namun jalan masih belum terbuka.
Abi ada kerja di Terengganu.
Ketika sakit ummi datang dengan teruk,abi masuk sekejap ke labour room.
Doktor minta kebenaran abi untuk meng'operate' ummi memandangkan jalan masih belum terbuka.
Abi dengan redha dan pasrahnya menandatangani surat tersebut.

Namun, keajaiban Allah berlaku.Alhamdulillah..
Beberapa orang jururawat menolong ummi untuk bersalin secara normal,memandangkan kepala baby sudah kelihatan.Alhamdulillah..syukur sangat2.
Ummi pada masa tersebut sudah tidak bertenaga lagi , namun berusaha sedaya upaya untuk meneran untuk keluarkan baby kesayangan ummi ni.

Alhamdulillah setelah bertarung dengan dibantu beberapa orang jururawat yang baik hati..
akhirnya...selamat semuanya..Syukur sangat2 pada Allah.

Itulah detik2 sejarah untuk ummi melahirkan Muhammad Fssehuddin .Dan Alhamdulillah..ummi dapat menyusukan susu badan sepenuhnya selama 2 tahun.Alhamdulillah..susu itu anugerah rezeki tidak ternilai dari Allah sebenarnya..
 Sehinggakan sesetengah bijak pandai menyamakan susu ibu dengan cecair emas! Subhanallah!
Banyak faedahnya menyusukan dengan susu ibu ini.

Tengahari.
"Faseh nak apa petang nih? Kinafah ker kek atau aiskrim?"-Tanya abi.
Dengan penuh yakinnya Faseh menjawab.," Faseh nak tiga2 " sambil menunjukkan 3jarinya.
Kami tersenyum dengan gelagatnya yang semakin hari semakin pandai dan bijak bercakap.
Moga jadi anak yang soleh yer...Bahagiakan ummi abi dunia akhirat,amin!


Petang.

Abi beli kek coklat kegemaran Faseh.Gembira sangat mereka bertiga.
Faqehlah yang paling suka sangat makan kek nih.

"Sanah Helwah ya bathol..."




Malam.

Setelah selesai semuanya, Jannah dan Faqeh tidur.Yang tinggal cuma Faseh sahaja.
Seronok bermain2 lagi.
Abi balik , beli aiskrim pula.Faseh makan sikit.Esok nak lagi katanya.

Dan sekarang jam menunjukkan 2.30 pagi.

Ummi mengadap laptop abi.Laptop ummi tidak dapat dibaiki.Skrinnya rosak.Hanya separuh yang elok,separuh lagi tak nampak apa2.Nak beli skrin sahaja mencecah RM 500 di sini.Abi kata biarlah dulu.
Lagipun kena simpan duit juga sekarang untuk kelahiran baby kami nih.Insya Allah,nanti adalah rezekinya.
Ya Allah..berkatilah kehidupan kami..murahkan rezeki kami,amin!

Selamat malam!!!

p/s: lambat betul loading..dah ngantuk nih.esoklah upload yer gambarnya.



Tuesday, April 19, 2011

Abang Faseh Main Roller Blade.


Bismillah Walhamdulillah...

Diari- 15 April 2011.

Hari Jumaat yang agak cerah.
Membasuh stok pakaian dan mengemas rumah pada paginya.

Petang.

Kami ke Jamiah Yarmouk.
Abang Faseh main roller blade Abang Faqeh.
Abang Faqeh main roller blade Kak Jannah.
Kak Jannah main roller blade yang abi baru beli.
Tapi ..roller blade Kak Jannah nampak macam besar jer ummi kata..
Abi cuba masukkan kakinya ke roller blade Kak Jannah..
rupa2nya muat dengan kaki abi..
^___^..

Kesian Kak Jannah..Akhirnya dia pakai semula roller blade yang lama.
Sabar jerlah..
Selamat melihat gambar2 sepanjang berada di Jamiah ...
Nanti ummi sambung lagi..




jatuh..kuatkan semangat abg faseh!

belajar dan terus belajar!

dipimpin oleh abi..

bunga kebangsaan ...ada ditanam di Jordan nih..

bunga lalang yang cantik!

rumpunan bunga yang dipetik oleh Jannah.

sinaran mentari tepat memancar ke bunga ini..Subhanallah!

Faqeh asyik bermain roller blade ..

perjalanan yang masih jauh...

pohon tamar disirami mentari..menghasilkan bayang2 yang indah di bangunan maktabah.

testing..muat rupanya dengan kaki abi..^__^

subhanallah..

pohon2 yang tumbuh di tepi2 bangunan..

Subhanallah!

Kak Jannah dengan koleksi bunganya..

bermain 'gelongsor' buatan sendiri..

Sepanjang perjalanan balik ke rumah memakai roller bladenya..

Bunga yang 'ditanam' oleh Kak Jannah.



Ok,sekian buat kali ini.Ummi sambung lagi di entri akan datang!

Monday, April 11, 2011

Belajar Bahasa Arab Bersama Jannah dan Faseh.

Bismillah Walhamdulillah..

10 April 2011.

Hari Ahad yang agak cerah.Namun sejuk juga sebenarnya.Alhamdulillah..anak2 bangun awal.Namun,Faqeh perlu dipujuk seperti biasa oleh abinya.

Pagi.
Mengemas2 rumah dan memasak agak awal..ummi agak kepenatan.Namun,alhamdulillah..ummi ada lakukan senaman ibu mengandung .Moga ianya membantu mengurangkan kepenatan badan dan dipermudahkan urusan untuk bersalin nanti,insya Allah.

Ya Allah..Kau keluarkanlah anak ku ini pada hari kelahirannya dengan MUDAH dan SELAMAT...amin!

Petang.
Ummi dan anak2 mengubah posisi perabot bilik tidur kami.Meja ummi diberi kepada anak2.Diletakkan di bilik tidur mereka.Alhamdulillah..gembira sakan mereka.Kak Jannah nak belajar betul2 nanti katanya.Siap nak ajar adik2 nya lagi.

Malam.




kaedah mudah yang diajar oleh cikgu Jannah.
9+5 ( 9 digenapkan menjadi 10 , 5 dikurangkan menjadi satu jadilah 4 )
dibayangkan 10 + 4 =14 SAMA  9+5 = 14

latihan dalam buku matematik Jannah.

buku riyadhiyyat ( matematik ) Kak Jannah.



Faseh belajar bahasa arab.Manakala kak Jannah membuat kerja riyadhiyyat (matematik) bersama abinya.
Seseudah semuanya selesai,mereka tidur awal.
Ummi dan abi tidur lewat malam ini kerena menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensayrah abi.Ummi menolong membuat graf.Alhamdulillah..akhirnya siap juga.

Dan sekarang..sebenarnya sudah pagi Isnin, jam 6.20 pagi.Kak Jannah dah bangun.Ummi nak pergi kejutkan Faqeh dan buat sarapan.

Tengah loading video Faseh dan Kak Jannah..
Video Faseh boleh upload, video Kak Jannah panjang sangat..
tak boleh upload.

Wassalam.

Tuesday, March 1, 2011

RAGAM ABANG FASEH.

BIsmillah Walhamdulillah...

28 Februari 2011
Cuaca masih sejuk lagi...

Alhamdulillah..paginya agak cerah,namun di waktu petangnya..cuaca bertukar menjadi sejuk pula.Subhanallah..semuanya Allah yang aturkan kejadian ini...

Alhamdulillah...setelah sekian lama tv tidak berfungsi di rumah kami,akhirnya ....abi membeli receiver baru.Itupun hasil pertolongan kawan arab abi.Sebelum ni,abi pernah ke kedai untuk membeli receiver di sini..namun harganya amatlah mahal,mencecah 30JD.Padahal apabila kawan abi yang beli harganya hanyalah 15JD sahaja.Itu pentingnya bersahabat nih...
Paginya..
Abang Faseh mengadap menonton tv sahaja.Makan minum semuanya depan tv.Maklumlah baru dapat tengok tv.Sebelum ini,harapkan tengok laptop ummi jer kerjanya...

Tengahari..
Ummi goreng ayam kepak dan gulai kentang untuk menu tengahari.Alhamdulillah..rezeki kami pada hari ini..ayam yang segar...dah lama tak makan ayam goreng.Anak2 pun suka sangat.Abang Faseh sekarang asyik nak bersuap jer makannya..Dahlah malas nak pakai seluar...sanggup tak pakai seluar..dan menyelimutkan diri di dalam hirom (selimut tebal) untuk mengelakkan kesejukan!macam2 perangai!

Petang....
Ummi menggosok dan menjahit seluar abi.Alhamdulillah..dah lama tertangguh nak menjahit.Sudah berbulan rasanya ummi meninggalkan mesin jahit kesayangan ummi tuh.Sampaikan ada akhowat yang datang menjahit sendiri di rumah ummi ni..(saper tu?)...Dan..akhirnya dapat juga ummi siapkan meng'alter' jubah adik2 CI nih...JUbah2 kat sini labuh dan besar2,terpaksa dikecikkan sebelum hendak dipakai.Maaf yer dik..dah berbulan2 rasanya..dah masuk tahun lain dah,baru siap..itupun tak hantar lagi...Maaf..akk baru jer ada semangat dan kekuatan untuk menjahit...

Malam....
Abi beli kinafah untuk makan malam.Sudah lama juga rasanya tak makan kinafah nih.Sedap..tapi manis sangat!Kak Jannah dan Abg Faqeh tak minat.Hanya abg Faseh yang minat!Dia ni tolak batu dan kayu jer..semua makanan dia makan..Bagus abg  Faseh nih....


Lepas Maghrib...
 Mengajar abg faqeh mengaji,hafaz surah Quraisy..Kak Jannah menghafaz surah Al-Ghasyiah dan juga hadis.Pertandingan menghafaz hadis juga dah semakin dekat.Hafaz elok2 yer Kak Jannah.Alhamdulillah ,cikgu Jannah memilih dia sebagai wakil kelas untuk pertandingan di peringkat Jordan.Ya Allah mudahkan urusan Kak Jannah..amin!
Abang Faseh pula asyik main lawan2 dengan abi.Seluar dan stokin malas nak dipakai sendiri.Akhirnya abi memaksa dengan 'lighter'...pakai juga dia akhirnya.Malam ni dia tidur awal,mengantuk sangat ...

Lepas Isyak...
Teman abi study....Bosan2..abi ke kedai..beli susu coklat baladna..sedap...menghilangkan mengantuk!Ummi pula mengedit gambar2 untuk diupload ke fb..sambil membuat blog baru...

Sekarang...
semuanya dah tidur...ummi pun dah nak tidur...esok ummi sambung lagi yer...

siap dicoret...1.10 pagi..
sejuknya!
imarah bukhori..irbid,Jordan!

abang faseh dan kak jannah.rambut dah panjang!!!
 gigi dah tak der!!! :)


About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com