Showing posts with label Jazwah. Show all posts
Showing posts with label Jazwah. Show all posts

Sunday, February 7, 2016

Jazwah dan Aqil

Bismillah Walhamdulillah...

Biarlah gambar menceritakan sesuatu..
Apa yang berlaku di antara Jazwah dan Aqil
Hanya mereka berdua dan pencipta mereka yang mengetahui

Pelbagai tafsiran yang boleh berlaku dalam kehidupan ini

Zahir dan batinnya berbeza
Luaran dan dalaman berbeza

Namun dalam kehidupan ini..
Apa yang berada di dalam hati..
Pastinya dizahirkan pada luarannya

Bersih hatinya
Bersih perbuatannya
Bersih perkataannya
Bersih pemikirannya

Allah..Allah..Allah..
KIta tidak mampu menilai manusia
Allah yang akan menilai manusia
Siapalah diri kita yag ingin menilai orang lain

Semoga hati kita semua bersih 
zahir dan batinnya..amin

7 Feb 2016
10 mlm
UniSZA
Angin kuat, hujan renyai2...

Thursday, August 21, 2014

Potret Jazwah


Bismillah Walhamdulillah..

Ummi letakkan di sini gambar2 Jazwah bersama adik beradiknya...

Hari pertama Jazwah di dunia ini..Allahu Akbar..

Muka masih bengkak..rambut kat depan memang kurang...cumil...

Ini ketika ummi masih dalam berpantang..ummi masih berstokin tebal.
.Masa ni Kak Jannah dan adik beradik yang lain amat teruja mendapat ahli keluarga baru dalam keluarga kami.


Ini masa umu 4  bulan. Pipi tengah tembam lagi masa ni.

Jari yang mungil...

Betullah orang tua kata..baby mula2 lahir tapak kaki sebesar 2jari sahaja..Allah..nak membesarkan anak2 sehingga dewasa pelbagai cabaran onak duri perlu dihadapi.



Jazwah suka hisap jari sebelum melelapkan mata.Mula2 satu jari..sekarang ada sebelah lagi diletakkan di pipi.

Abi dan Jazwah di tepi pantai.

Kak Jannah dan Jazwah lagi..

Jazwah di pejabat ummi..


 

Tuesday, December 24, 2013

HURUL JAZWAH SEBULAN

Alhamdulillah
 
Jazwah sudah berumur sebulan..
Kepala sudah botak...
Pipi sudah semakin tembam..
Cek untuk sebulan..
Berat mencecah 4.11 kg.
Ketika lahir 2.6
 
Alhamdulillah Jazwah kuat minum susu..
Ummi juga buat stok susu perahan sekarang..
Hendak tidur dienjut2 sekarang.
 
Alhamdulillah menjaga Jazwah tidak banyak karenah..
Abi dan anak2 yang mejaga ummi.
 
Cu eda ada datang sekejap.
Kami balik ke Kuantan kerana rumah mak dinaiki air.
 
Hurul Jazwah puteri kesayangan ummi...
Semoga terus berada dalam keadaan sihat sokmo..
Cepat2 membesar..jadi puteri solehah yer...
 
 
 
Published with Blogger-droid v2.0.10
Published with Blogger-droid v2.0.10

HURUL JAZWAH- SI BIDADRI YANG BERCAHAYA (1)

 




Bismillah Walhamdulillah..

Jam menunjukkan 9.00 malam.
Lokasi ummi sekarang di pejabat abi.
Menunggu abi ada kelas sebelum kami sekeluarga bertolak pulang ke Kuantan.

Ummi ambil peluang untuk update blog di sini...

Ummi sebenarnya ingin menceritakan pengalaman melahirkan si bidadari ummi ini.
Masih terbayang lagi suasana itu.

Alhamdulillah hari ini bidadari ummi sudah berusia 43hari.

12 November 2013..jam
Seawal 2.00 pagi sehingga waktu operation ummi dikehendaki berpuasa.
Jam 8.00 pagi ummi ditemani abi di sisi disorong ke dewan pembedahan..
Allahu Akbar...seribu satu perasaan bercampur baur..Allah..

Sampai di dewan pembedahan..terasa seram sejuk satu badan...
Ummi diberitahu ummi akan dibius separuh badan.

Bermakna bermula dari pinggang hingga ke kaki ummi akan dibius.
Selain itu ummi akan sedar apa saja yang doktor pembedahan buat.

Ketika berada di dewan pembedahan..dr tengah bersiap2 bersama jururawat yang lain.
ummi dibius di belakang..
Setelah itu kaki ke pinggang seolah2 tidak terasa apa.

Seoramg dr dan jururawat berborak bersam ummi di bahagian kepala.
Ummi sedar apa yang dilakukan oleh dr.
Bermula dari membelah perut sehinggalah proses untuk mengeluarkan baby.

Allah..Allah..Allah...
Teringatkan saat itu, serik rasanya untuk bersalin lagi..
namun itulah pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anaknya.
Terasa indah dan syahdu apabila mendengar bayi ummi menangis..

Allahu Akbar...
ummi disuakan bayi untuk dilihat samaada lelaki atau perempuan ..
Alhamdulillah..bayi perempuan..kawan kak Jannah..
Ummi susukan bayi ummi di dewan bedah sekejap,
sementara dr teruskan menjahit apa yang pautu..

Alhamdulillah setelah 45 minit berada di dewan bedah..akhirnya ummi disorang ke luar.
Namun..ummi mengalai pening2 dan muntah yang agak teruk.
Perut terasa bergelora..kepala berpusing2...
Allah...

Sampai di wad,ummi disuakan baby untuk disusukan..
namun keadaan ummi tidak mengizinkan untuk memberi susu..
Ummi berehat sepenuhnya..
Alhamdulillah setelah asar ummi sedar dan baby ummi disusukan sepenuhnya..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
ummi bermalam 2 malam di hospital sebelum dibenarkan pulang.

Baby ummi ada kuning sedikit..dikehendaki cek darah di klinik.
Maka bermulalah episod setiap hari proses ke klinik.

Abi juga semakin sibuk sekarang...
Pada hari bayi ummi dilahirkan..
Abi dilantik menjadi timbalan dekan di fakulti abi..
Alhamdulillah..rezeki anak..

Setelah 2 minggu ..
alhamdulillah baby ummi telah hilang sepenuhnya kuning.

Oklah..setakat ini sahaja coretan ummi..
nanti ummi sambung lagi..
 

 

JAZWAH DAN FAHEEM

Bismillah walhamdulillah.

Jam sekarang 11pg waktu Malaysia.Cuaca hari ini alhamdulillah panas.

Setelah 2 mggu lepas Allah hujani bumi dengan hujan yang mencurah2.

Allahu Akbar...

Maka nikmat manakah yang kau dustakan..
adakah.kita bersyukur dan redha dengan segala ketentuanNya...


Allah..Allah..Allah.

Oklah hari ini ummi ingin nukilkan tentang Jazwah dan Abang Faheem.

Masa mula2 Jazwah dibawa balik dari hospital,adik beradik lain memang teruja.
Faheem lagilah..
duk melompat2 kegembiraan.
Sibuk hendak meriba adik.
Sibuk hendak masuk katil bersama adik.
Sibuk nak tidur bersama ummi dan adik.
Sibuk nak bagi susu kat adik,sambil buka baju dan mensuakan teteknya untuk dihisap adik.
Sibuk juga nak memerah susu macam ummi buat.

Semuanya sibuk...
Tapi bagus Abang Fahem ni..
Apabila ummi suruh ambil barang adik, dia yang terdahulu lagi pergi ambil barang adik.
Yang tak tahannya..ummi duk sibuk mandikan adik dalam besen, dia sibuk nak mandi juga dalam besen sambil dah siap2 buang baju..
Macam2lah Faheem ni..

Ya Allah semoga anak2 ummi akan menjadi anak soleh dan solehah mampu membahagiakan kami dunia akhirat,amin!

 






Saturday, November 23, 2013

Catatan Di Wad



Ya Allah aku lemah Ya Allah jangan tinggalkan aku.. 

11.11.2013..lokasi ummi sekarang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

 ALLAHUAKBAR.. 
Esok 12.11.2013 insya Allah bakal lahir seorang lagi cahaya mata penyambung perjuangan di muka bumi ini.

Allah..berdebar menunggu hari esok..

Allah..mudahkan urusan ummi esok hari. Terasa sebak melanda ketika dr memaklumkan bahawa esok ummi merupakan kes pertama yang akan dioperate.

Allah..Allah..Alllah... 
Pelbagai perasaan bercampur baur..gembira,takut,berdebar semuanya ada...

Allah..Allah.
hanya padaMu tempat aku mengadu segalanya...

Tidak sabar dan teruja melihat bayi yang comel dan mungil.
.tak dapat nak dibayangkan bagaimanalah rupa bayi ummi pula nnt.

Mendengar suara sicomel yang menangis memberi satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Ya Allah..tidak sabarnya menungu hari esok..
 Allah..jam sekarang menunjukkan 9.38 mlm,anak2 bersama tokma dan tok abahnya..

Alhamdulillah tokma dan tok abah sudah selamat tiba di Malaysia setelah 45hari menunaikan haji.Alhamdulillah.. 

Mendengarkan suara Faheem..
 menitik airmata ummi,belum pernah lg ummi berpisah dengan sicilik ummi itu..
malam2 mesti nak tidur dengan ummi.

Faheem,rindunya hendakmmencium kamu,sayang.
Anak2 ummi yang lain juga ummi rindu dan sayang.. 

Pembedahan dibuat untuk kelahiran ini memandangkan ummi sudah ada 2kali pembedahan. 
Hurul Jannah dilahirkan normal,
Faqehuddin dioperate,
 manakala Fasehuddin pula Alhamdulillah dilahirkan normal.
dan yang terbaru,anak Jordan ummi dilahirkan secara pembedahan di Jordan. 

Dan untuk kali ini..doktor tidak membenarkan ummi untuk bersalin normal kerana faktor2 kesihatan. 

Allahu Akbar..
pasti ada 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat atas apa yang Allah rancangkan untuk ummi.
Allah adalah sebaik2 perancang. Mohon yang terbaik dari Allah..,amin.

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com