Bismillah walhamdulillah. .
Jam 12.41 pg.Lokasi dalam bas sekarang.Dalam perjalanan balik ke Terengganu . alhamdulillah. .lama dah tak merasa naik bas . Last naik bas..masa zaman belajar ...huish..mmg nostalgialah naik bas ni.
Alhamdulillah ummi naik bas duk seat sorang. Amirah..sepupu umi yang belikan..
Oklah nnt umi ceritakan lagi. . Nak tidur sekarang.orang lain pun tidur nyenyak. .karang mengganggu mereka tidur
Ok..semoga perjalanan umi selamat sampai. .tak sabar nak jumpa anak2 dan suami..
Showing posts with label Malaysia 2016. Show all posts
Showing posts with label Malaysia 2016. Show all posts
Thursday, May 19, 2016
Tuesday, May 17, 2016
MAWAR 2016
Bismillah Walhamdulillah..
Jam 11.54 malam..masih belum tidur malam ini.
Ummi ingin bercerita sedikit tentang satu konvensyen yang ummi pernah hadiri...
Ummi tepek dulu gambarnya..nanti ummi akan ceritakan lebih lanjut.
Ummi sudah mengantuk.
Banyak manfaat yang dapat diambil dari konvensyen ini ..sebagai bekalan pedoman buat menghadapi kehidupan ini.
Alhamdulillah,walaupun konvensyen ini berbayar,namun memang berbaloi dapat menyertai konvensyen ini.Alhamdulillah syukur sangat sebab Allah lorongkan dan mudahkan untuk menyertai konvensyen ini.
MAWAR 2016---Memartabatkan Aspirasi Wanita Anggun & Rasional.
Antara tetamu jemputan..
24.4.2016-10.30 pg ~ Ustzh Fatimah Syarha & Dr Farhan
~ Antara soalan yang perlu diingati selalu.."Adakah aku terlalu SIBUK untuk Allah?"
" Apakah tujuan Allah jadikan diri kita?"
~ Selepas kawen-sepatutnya semakin dekat dengan Allah
~Fokus kpd USAHA & Doa..selebihnya adalah KERJA Allah.
~Kekurangan suami/isteri - saling melengkapi
~Kelebihan suami/isteri- saling mensyukuri
~Everyday is upgrading day.
24.4.16, jam 2.30 ptg
Ust Ebit Lew
~ Wanita Inspirasi Keluarga Raudhah.
~ Tanda dekat dengan Allah, bertambah kasih sayang kpd keluarga dan orang lain
~ Bahagia bermula dari hati
~ Orang jaga SOLAT, Allah akan jaga dia.
~Tanya soalan pada diri : Siapa yang kamu DAKWAH hari ini?
"Apa ilmu yang dipelajari ?
Allahu Akbar...sambil ummi menulis entri ini..mendengar doa yang ummi download dari youtube
Allah..Alllah..istiqomahnya Ust Ebit Leew ini..
Buku Tangisan Umat juga ummi bawa ke kursus ini.
Allah..Allah..
25.4.16- Heliza Helmi & PU Azman
~Wanita Pencetus Ummah
~Fesyen datang dari dalam diri kita
~ikut selera manusia-xkemana
~Ikut selera Allah-selamat dunia akhirat
~Nak jaga hati ,sentiasa doa.." Ya Allah,sentiasa perhatikan aku"
26.4.2016 - Dr Robiah
~Bring Your Heart Home
~
Demi Cinta
Bismillah Walhamdulillah...
Allah..Allah...
Baru ada kesempatan untuk mengupdate di blog ini.
17 Mei 2016,jam 10.33 malam, lokasi sekarang ummi berada keseorangan di bilik asrama penginapan di Pusat Latihan di Kedah Darul Aman.Ini merupakan malam ketiga ummi berada di sini.
Rindu menebal kepada anak dan juga suami tersayang..Takpe esok ummi akan balik.
Di sini ummi nak tepek satu lirik nasyid
Allah..Allah...
Baru ada kesempatan untuk mengupdate di blog ini.
17 Mei 2016,jam 10.33 malam, lokasi sekarang ummi berada keseorangan di bilik asrama penginapan di Pusat Latihan di Kedah Darul Aman.Ini merupakan malam ketiga ummi berada di sini.
Rindu menebal kepada anak dan juga suami tersayang..Takpe esok ummi akan balik.
Di sini ummi nak tepek satu lirik nasyid
Kumpulan Brothers
Demi Cinta
Daku lelaki dikau wanita
Bertemu di atas pentas dunia
Fitrah manusia berkasih bercinta
Tak terpisah bagaikan nafas dan nyawa
Andai itu hajat hatimu
Dengarlah lafaz ikhlasku
Dikaulah anugerah terbaik buatku
Kan ku menyayangimu ke hujung waktu
Impianku (itu impianku... itu impianku...)
Daku suami dikau isteri
Bersama tempuh panas terik mentari
Kasih sayangku kasih sayangmu
Tak terlukis di hampar sekadar waktu
Andai waktu tak lagi milikku
Berjanjilah permaisuriku
Dua azimat kau genggam pasti selamat
Penyuluh dikala lewat di jalan gelap
Aku kan menantimu di dalam waktu
Yang terhenti hingga kau kembali padaku
Kau milikku demi cinta
Kau milikku demi cinta
Kau milikku demi cinta
Kau milikku demi cinta
Moga nanti kembali bercinta
Di taman syurga yang indah
Di situlah bermula cinta pertama
Fitrah kan menjadi satu anugerah
Kurniaan dari Yang Maha Kuasa
Kekallah semuanya di dalam redha
Selamanya demi cinta
Demi cinta
Demi cinta
Demi cinta
Sungguh mendalam lirik nasyid di atas. Sebelum ini ummi dah banyak kali dengar lirik nasyid ini, namun belum memahami sungguh bait2 liriknya.
Allahu Akbar..nasyid ini menceritakan kasih sayang suami dan isteri.Saling meyayangi..saling memberi dan menerima.Memberi kasuh sayang tanpa syarat..Mengharungi badai kehidupan terik mentari dengan penuh kesabaran.
Seandainya kematian yang memisahkan suami dan isteri di dunia...
" Moga nanti kembali bercinta
Di taman syurga yang indah "
Allah..Allah..bait2 yang sungguh indah...
Ya Allah bahagiakan kehidupan kami sekeluarga.
Redhai dan berkati kehidupan kami dunia dan akhirat..amin.
..10.51 pm...
..hari mcam nak hujan..ada guruh sikit2..
Sunday, February 7, 2016
Jazwah dan Aqil
Bismillah Walhamdulillah...
Apa yang berlaku di antara Jazwah dan Aqil
Hanya mereka berdua dan pencipta mereka yang mengetahui
Pelbagai tafsiran yang boleh berlaku dalam kehidupan ini
Zahir dan batinnya berbeza
Luaran dan dalaman berbeza
Namun dalam kehidupan ini..
Apa yang berada di dalam hati..
Pastinya dizahirkan pada luarannya
Bersih hatinya
Bersih perbuatannya
Bersih perkataannya
Bersih pemikirannya
Allah..Allah..Allah..
KIta tidak mampu menilai manusia
Allah yang akan menilai manusia
Siapalah diri kita yag ingin menilai orang lain
Semoga hati kita semua bersih
zahir dan batinnya..amin
7 Feb 2016
10 mlm
UniSZA
Angin kuat, hujan renyai2...
Subscribe to:
Posts (Atom)
About
x