Showing posts with label Kak Jazlah. Show all posts
Showing posts with label Kak Jazlah. Show all posts

Sunday, October 17, 2021

NUKILAN PAGI UMI.

 Bismillah Walhamdulillah.


Ok nak sambung Diari rawatan abi.

Pukul 11.30 mlm..

Macam dah ngantuk ( hakikatnya sekarang pukul 7.37 pagi dah , 

bila masa hentah umi melompat atas katil. hehe )

Bangun pg td, bunyi katak bersahut2an. Meriah sungguh. Mentang2 air longkang rumah kami tersumbat, berpesta korang ye! Haish nak kena carik jalan ni camana nak clearkan longkang ni, Rumah jiran sebelah elok je kering..rumah kami penuh air. Balik keje nnt umi fikirkan.

Ok tadi solat subuh berjemaah. Lepas subuh baca ma'thurat, 2 org perajurit terkorban. Syahid di medan perang. Pilot dikejut time nak baca doa rabitah. Selepas habis baca doa, kembali syahid. Haishlah anak jantan umi ni! Baca Surah Ar Rohman dan Al Waqiah, anak dara je yg ada.

Si Jazlah dari semalam dah asyik menangis je. 

'Kurang kasih sayang ni ' Kak Jannah kabo. 

Dengan Abg Faseh memang berlaga angin sokmo.

Umi suruh dia ngaji Quran satu ms. Nak tak nak je bukak mulut. Haish..rasa nak bukok luas2 mulut tuh! Drama air mata sungguh pg ni Hurul Jazlah. Satu ms makan masa 15 minit. Lepas maghrib semalam tak sempat semak, umi yg syahid di medan perang dule.Hehe.

Pagi semalam dapat bervc dgn abg Faqeh. Alhamdulillah, lepas kerinduan dapat berborak dengan hero umi sorang ni. Semoga baik2 sahaja di sana. Umi sentiasa doakan yang terbaik utk Faqeh insha Allah.

Kena tukar tajuk dah entri ni..tadi buat tajuk diari rawatan abi.

Oklah umi undur diri..

Nak siram pokok2

Bagi ikan makan

G pasar cari barang basah

Then pecut g ofis

Hari ni rehearsel lagi mtg

Selagi xhabis mtg dgn HQ dan MB ni, selagi tu xaman!

K, Bai..

Status Kak Jannah

Nostalgia indah


Nukilan Jazlah. 
Boleh buat ebook juga pesengam Jazlah nim.
Wahhi menulis.
Membaca nukilan2 Jazlah..meruntun kalbu sebenarnya. 
Maafkan umi sayang!



Baik2..ada masa kita g ziarah kubur abi ye.
Kerinduan seorang anak.. Lagi rindu seorang isteri..


Anak Jantan umi, hero umi!
Semoga baik2 sahaja di sana. 
Umi sentisa sayang dan doakan yang terbaik utk Muhammad Faqehuddin.


Saturday, October 16, 2021

NOSTALGIA RAYA PUASA 2020

 Bismillah Walhamdulillah.


11.22 pm skrg, 16 Oktober 2021- Hari Sabtu.

Semalam hujan, air bertangkung dalam longkang. Longkang tersumbat di hadapan. Haish nak kena cari tukang baiki nim. Sebelum ni tok abah yang uruskan jika tersumbat. Huhu, sampai sekarang air masih bertakung dalam longkang. Hari ini juga mendung.

Sebelum asar keluar hantar Kak Jannah ke JnT. Pos barang2 tempahan. COD tempahan frame ke 3 tempat. Umi jadi driver dia hari ini. Maghrib baru sampai di rumah.

Nak tepek gambar sebenarnya.

Nostalgia untuk dikenang pada masa hadapan.

Penguat semangat di kala lemah.

Hidup perlu di teruskan!


Nostalgia kali terakhir pulang dari Kuantan bersama abi.
Ceria sangat muka abi masa ni.

Kami makan kali terakhir bersama abi di Dapur Ummi. Alhamdulillah abi banyak makan masa ni.


Abi teringin makan nasi arab masa ni. Alhamdulillah abi makan dengan gembira.

Nak ceritanya tentang Jazlah ni.Nostalgia sungguh raya tahun ni.

Jazlah masuk wad lepas raya 27.5.2020 sampai 31.5.2020.
Masa ni baru habis chemo abi yang ketiga. 
Abi habis chemo pada 25.5.2020.
Penat drive kereta tak hilang lagi.
Tengok badan Jazlah naik merah. 



Game boy, kain batik buat gentel dan hisap jari.


Pasang branula. Kesia dia, menangis selok dia.


Sebelum kena pasang branula.

 Umi bergilir menjaga Jazlah di wad dengan Kak Jannah.
Abi di rumah juga perlu diambil perhatian.
Kain batik dan Jazlah tidak dapat dipisahkan. Hujung kain digentel2 sebelum terlelap.


Dr detect scarlet fever. Tapi sekarang alhamdulillah dah hilang sikit2 kesan parutnya.


Alhamdulillah officemate umi hantarkan makanan masa ni. Thnx a lot freng!











Wednesday, December 19, 2018

Hurul Jazlah

Bismillah walhamdulillah.
191218
1019am
Hujan sekarang. Smlm alhmdulillah cerah.
 berbakul2 baju umi jemur. Hari ni nak lipat baju.
Nak kemas baju2 kerja abi. Abi akan bercuti selama 2tahun.
Umi pula bercuti separuh gaji 2bulan dahulu.

Ok. nak tepek gambar Jazlah sbnrnya.
Memacam perangai yg ada pada dia.
Abi syg dia.
Abi suka layan karenah dia.
Kadang2 geram. heh!







Sunday, February 7, 2016

Jazwah dan Aqil

Bismillah Walhamdulillah...

Biarlah gambar menceritakan sesuatu..
Apa yang berlaku di antara Jazwah dan Aqil
Hanya mereka berdua dan pencipta mereka yang mengetahui

Pelbagai tafsiran yang boleh berlaku dalam kehidupan ini

Zahir dan batinnya berbeza
Luaran dan dalaman berbeza

Namun dalam kehidupan ini..
Apa yang berada di dalam hati..
Pastinya dizahirkan pada luarannya

Bersih hatinya
Bersih perbuatannya
Bersih perkataannya
Bersih pemikirannya

Allah..Allah..Allah..
KIta tidak mampu menilai manusia
Allah yang akan menilai manusia
Siapalah diri kita yag ingin menilai orang lain

Semoga hati kita semua bersih 
zahir dan batinnya..amin

7 Feb 2016
10 mlm
UniSZA
Angin kuat, hujan renyai2...

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com