Showing posts with label baby Faheem. Show all posts
Showing posts with label baby Faheem. Show all posts

Wednesday, November 11, 2020

WARKAH UNTUK ABI (SIRI 2)

 


Warkah Untuk Abi  Siri 1- ada di sini.

Bismillah Walhamdulillah

Kehadapan abi sayang..

Jam sekarang 10.30 mlm, 11 November 2020. - esok harijadi Jazlah. Nnt umi buat entri khas tentang harilahir dia.

Jumaanah ada setia di sisi umi. Sambil menggentel kain pelikat abi. Tak lepas kain tu dia gentel abi tahu.
Yang lain selamat beradu. Kak Jannah ada duk berkurung dalam bilik dia. Seharian tak keluar rumah. Setiap dua jam adik2 akan jenguk ke bilik Kak Jannah tanyakan dah berapa juzuk dia hafaz.

Abi yang dirindui sokmo... Faqeh dah start iklankan serba sedikit baju2 abi kepada saudara mara dan sahabat2 abi. Umi niatkan semoga pahala mereka yang pakai pakaian abi, pahala akan mengalir kepada abi Insha Allah. Anak2 abi semua ada berkumpul di rumah sekarang. Alhamdulillah pasti ada hikmah di sebalik pandemik covid ni.


Abi sayang, kali ini umi nak bercerita tentang Faseh dan Faheem anak jantan abi dua orang ni.

CERITA FASEH

Abi..anak abi yang sorang ni makin berkatang dah badan dia. Pengganti Faqeh jadi imam jika Faqeh solat di surau. Faseh boleh diharap menolong umi di dapur. Bukan dia seorang yang boleh diharap, semua anak jantan umi, umi kerahkan mereka bantu umi di dapur.
Tengahari tadi umi memasak, Faseh tukang kemas barang2 dalam peti, Faqeh tukang kemas meja dan sapu di dapur. Manakala yang hero kecik tuh, si Faheem tolong basuh pinggan.

Abi..Faseh dah hafal 4 juzuk sekarang. Bacaan dan tajwidnya dah makin kemas, cuma perlu diperbaiki lagi. Yelah umur baru 13 tahun kan. Insha Allah banyak lagi masa boleh diperbaiki. Abi kena yakin dengan kebolehan yang ada pada anak abi ni. Sekarang ni pagi2 Ust Nordin akan call Faseh untuk tasmi' bacaan. Tapi kan abi sebelum tasmi' sempat lagi Faseh main game PUBG, game Free Fire kat henset umi sebab bila nak vc dengan ust baru umi bagi tepon umi. Kalu x, memang xdapatlah. ^__^

Abi..semalam umi potong kuku adik Jumaanah, Jazlah dan Faheem. Umi cek kuku Faseh..aish geram heh dia ada simpan kuku panjang sikit pada ibu jari belah kanan. Tak tahu apa fungsinya. Umi tunggu sampai habis dia kerat kuku. Last sekali dia potong kuku yang dia simpan tu. Dah siap potongkan abi..buat2 sedih dan ambik balik kuku yang dipotong tu dia letak balik kat ibu jari dia. Haishhh geraaam je tengok! ^__^. Tak perlah sekurangnya dia dah potong kuku tuh. 

Abi..sekarang ni Faseh rajin lagi ngusik Jazlah sekali sekala. Geram dengan perangai Jazlah ada juga. Kain sembahyang selalu bersepah, kain tuala lepas mandi malas nak gantung, baju lepas pakai letak kat lantai je.. Geram Faseh dekat Jazlah. Sokmo nak kena pesan. Abang Faqeh pun selalu pesan kepada dia. Insha Allah lama2 nanti oklah kot si Jazlah ni.

Adik Jumaanah pun dah makin manja dengan kita abi. Masa mula2 kita balik hari tu, Jumaanah sokmo duduk dengan kita sambil duk gesel badan dia. Mungkin dia rindukan abi kot. Selama ni kan dia duk dengan umi je. Kita suka main dengan Jumaanah. Comel sgt dia sekarang abi. Sokmo tak lepas kain pelikat abi. 

Oklah abi..abi doakan Faseh ye..Umi doa sokmo ke Faseh supaya mudah nak menghafaz.





CERITA FAHEEM

Abi sayang! Ni anak Jordan kesayangan abi nim. Sekejap je dah besar Faheem ni. Umur Faheem sekarang dah 9 tahun. Maksudnya dah 10 tahun kenangan kita sekeluarga mengembara di bumi Jordan. Allahu Akbar rindunya pada bumi anbiya' dataran syam itu. Insha Allah Faheem dah besar nanti, Faheem sambung belajar di sana. Panjang umur boleh jumpa Ummu Qusoi, Abu Qusoi, Ammu Majdi dan Ammu Zou'bi, Insha Allah.

Abi..Faheem akan jadi imam masa abg Faqeh dan abg Faseh xbalik lagi. Kena betulkan bacaan sikit lagi. Abi..kitakan sokmo tertambah sujud, tapikan abi kekadang je abi. Kita mari dok ingat abi. Pastu Jumaanah pasang kuat cerita dia.. " baby finger..baby finger.. where are uuuu..here i am"... haaaaa kadang tu memang tak khusyuk Faheem nak jadi imam. Geram je ke Jumaanah. Tapi sekarang bila dia tengok kami solat jemaah, dia akan slowkan cerita dia. Alhamdulillah baguslah.

Abi..ada juga kekadang tu kita jadi imam solat asar kan abi..kita g baca kuat Fatihah. Kita dok ingat. Pastu ada gak time solat Maghrib kita baca slow. Ngarrut kalli kita abi.. Memula je lah gitu abi. Lepas tu lama2 oklah. Payah juga ye abi nak jadi imam ni. Kita tengok abi, abg Faqeh abg Faseh senang je jadi imam. Ye arr diaorang dah besar kan.

Abi..abi tahu dok Faheem dah kurang sikit penakutnya. Dulu Faheem takut sangat. Sekarang sebelum abg Faqeh balik memang Faheem yang akan kunci pintu rumah. Kalu takut nak kunci malam, Faheem kunci dari petang lagi. Kalu kunci malam, kita suruh umi teman kat pintu rumah sambil tengok kita. Dah siap kunci, kita akan berlari laju2 ke umi sebab takut. Tapi sebenarnya takde apap2 pun. Saje nak bermanja dengan umi. ^__^

Abi... semalam kan Jazlah dia main dengan kawan2 dia, Eisha anak Cg Khairul  dan Azza anak Cg Azam sebelah rumah ni. Dia main pondok2 kat ruang tamu rumah kita abi. Dahlah ruang tamu memang tengah letak baju2 abi untuk disedekahkan kepada sahabat2 abi, dia tambahkan lagi barang2 mainan dia. Geram kita tengok. Tapi mujur dia kemas elok2. Mainan masak2lah, mainan jual2lah, mainan anak2 patunglah. Dia selalu main dengan adik Jumaanah. Jumaanah jadi baby dia jadi mok. ^___^

Abi..yang geramnya semalam dia bawa kawan dia..pastukan abi dia bawa masuk sampai ke dapur sebab kawan dia nak minum air. Geram kita! Kawan2 kita tak pernah masuk sampai dapur..kawan kita mari kat rumahpun main kat ruang tamu je pun. Tapi umi kata takper je kawan Jazlah mari sampai dapur sebab perempuan. Perempuan kan selalu kena kemas dapur bila dah besar nanti. Pastu kita jawab lah kat umi, dah kita lelaki kemas juga dapur, tadi kita basuh pinggan. ^__^. Yelah umi kata baguslah Faheem tolong umi sokmo, dapat banyak pahala. Pahala banyak sedekah kat abi. 

Abi... sekarang juga umi buat tabung sedekah. Setiap hari kami adik beradik letak duit dalam tabung tuh. Ada Jazlah hari tu, dia letak duit 4o seng dalam tuh. Umi kata biarlah sedekah dia walau sikitpun janji ikhlas. Tabung tu hari tu abg Faqeh gi sembahyang Jumaat dengan Cg Azam jiran kita ni, umi suruh dia bawa. Dia xingt. Pastu dia letak duit2 tu dalam tabung kat surau kita. Sebelum ni Faheem pernah letak dah dalam tabung masjid semasa Faheem ikut tok abah ayah cik pergi ke Johor. Faheem isi satu2 duit dalam tabung masjid. Sekarang umi guna tabung kita abi... bila umi suruh isi duit, kita kata tuu umi dah guna tabung kita..kira sedekahlah tu sebab dah guna tabung kita. Bijjjok dok kita abi? ^__^

Oklah abi, banyak dah kita cerita kat abi. Nanti kita sambung lagi cerita kita ni kat abi. Kita tak sabar nak jumpa abi..kumpul ramai2 kat Syurga. Ya Allah masukkan kami semua sekeluarga dalam syurga supaya dapat jumpa abi. Ya Allah tolonglah makbulkan Ya Allah. Kami semua riiiiiindukan abi.Bahagiakan dan sejahterakan abi di alam sana. Ameen.





Hakikatnya sekarang dah 15 Nov 2020.
Maksudnya 4 hari dah terperam entri ni.
Di edit2 sambil air mata laju mengalir ketika menulis.
Tak sanggup nak tulis, terus simpan dalam draft.
Dan sekarang perhabiskan juga entri ni.

15 November 2020, 29 RabiulAwal 1442.
Minggu terakhir bulan kelahran Rasulullah S.A.W.
Hari ni hari ke 88 abi bahagia di alam sana.
3, 4 orang sahabat abi bercerita tentang mimpi yang mereka berjumpa dengan abi. 
Abi kelihatn ceria dan bahagia di alam sana. 
Alhamdulillah kami di dunia yang sementara ni tak putus2 doa dan sedekahkan pahala amalan kepada abi di sana.

Oklah umi undur diri..
Ada misi yang umi ingin selesaikan dan targetnya ..
hendak di selesaikan sebelum 27.11.20 bersamaan hari ke 100 abi di sana.
Insha Allah moga Allah permudahkan.

9.00 pagi
Bayty Jannaty.
Bayt Chonang, Ganung!
Alhamdulillah mentari muncul kembali hari ni. ^__^
Ikan koi duk menari2 dalam kolam air terjun. Menenangkan jiwa yg resah.
Bunga2 sedang kembang mekar di laman. Semekar hati umi. ^___^.
Alhamdulillah mencari kebahagiaan di dunia yang sementara ini.
Penguat semangat untuk teruskan kehidupan sementara mencari 
bekal untuk alam yang kekal abadi... Insha ALlah.

Thursday, September 17, 2020

ABI & FAHEEM

Bismillah Walhamdulillah

Jam 9.00 pg sekarang
Kak Jannah ada di dalam bilik dia.
Adik Jumaanah baru sudah mandi.Bangun awal pg ni.
Ha...ada sorang lagi budak ada dalam rumah nim.
Haishh..pepagi tadi si anak Jordan nim nangis2..bangun lambat. 
Baju dah siap pakai, dia nangis2. 
Akhirnya x kesekolah lah hari ni.
Gerrraaam je..

Tadi umi tanya kenapa nangis tadi dan tak nak g sekolah
Boleh dia jawab.."Faseh kan balik hari ni, nak tunggu dia balik"
Haish anak Jordan ni. Geram heh.
Faqeh dan Faseh rancangnya umi nak g ambik mereka petang ni.
Perancangannya nak sedekahkan baju-baju abi. 
So kena ada Faqeh untuk berurusan dengan orang lain.

Hari ni nak cerita tentang baby Jordan ni.
Banyak kenangan dengan abi dia nim.
Banyak catatan umi tentang baby Jordan ni.

Faheem..
Semoga kamu menjadi anak soleh yang dapat bahagiakan abi umi dunia akhirat.
Sekarang ni Faheem jadi ketua rumah.
Dia tukang kunci rumah setiap petang sebelum malam menjelma.
Faheem jadi imam solat.
Faheem anak soleh abi umi.



 Abi mencukur rambut Faheem.



Abi mandikan Faheem dalam besen.


















Edisi menepek gambar Abi dan Faheem

Semua gambar ni ada dalam blog ni.
Semua gambar ni ada 1001 cerita disebaliknya.
Kerinduan ini tidak akan pernah padam.
Rindu pada semua yang ada pada abi.
Allahu..
Membayangkan kehidupan ini tanpa orang tersayang.
Umi dah mengalir air mata..
Terjatuh atas badan Jumaanah..hehe..dia xboleh basah badan dia.

Tetiba si Jumaanah ni xnak duduk bawah..Duduk atas riba umi sekarang.
Duk tengok gambar abi..duk jerit2 nama abi.
Memalam tidur gentel kain pelikat abi dia.

Semua orang ada kerinduan pada abi..
memasing ada gaya lepaskan kerinduan memasing.
Jannah dengan caranya..
Faqeh dengan caranya...
Faseh dengan caranya..
Faheem dengan caranya...
Jazlah dengan caranya...
Jumaanah dengan caranya...

Insha Allah kita akan KUAT dengan adanya Allah .
Hidup ini perlu diteruskan
Ujian tanda Allah SAYANG

10.02 pg
nak tidurkan si Jumaanah
tadi dah siap sarapan anak2 ni
Bayty Jannaty

Friday, September 4, 2020

TERSENYUMLAH


 Renungan Malam


Jangan terlalu tertekan dengan dunia. Bila kita telah meletakkan usaha dan doa, serahkan saja semuanya kepada Dia yang Maha Berkuasa.


"Tersenyumlah,

Tidak ada yang perlu engkau sesali,

Kerana Tuhanmu ada,

Rezekimu telah ditentukan,

Dan umurmu telah digariskan,

Indahkan saja dirimu,

Nescaya engkau akan menyaksikan keindahan itu di sekelilingmu"


Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah percaya kepada Allah, bersangka baik dengan Allah.


Apa yang Dia takdirkan itu yang baik-baik belaka. Sesuai dengan usaha dan kemampuan diri kita


Sesiapa yang percaya kepada takdir, maka dia akan tenang.

Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka dia akan yakin.

Saturday, November 15, 2014

Faheem Jeluntungan aka Chicken Pox

BIsmillah Walhamdulillah

Allahu Akbar..pada saat kami diuji dengan sedikit kesakitan kepada anak, hanya Allah tempat pergantunganSemoga ada hikmahnya...

Faheem disahkan terkena campak pada 10.10.2014.Kami ke klinik  untuk ambil ubat.Setelah seminggu biji2 semakin membesar dan makin teruk jadinya.

Seterusnya kami bawa ke kllinik pakar kulit..Allahu Akbar bayaran mencecah RM 350.Pelbagai jenis ubat yang diberi. Mula2 perlu direndam Faheem dalam baldi ..setelah itu disabunkan dan setelah itu disapu ubat.Ubat pula ada dua jenis..satunya untuk jeluntungan dan satu lagi untuk kudis api.SEtelah itu makan ubat.

Alhamdulillah..setelah dua hari berkurangan dan semakin mengecut..

Doktor kata ada dua penyakit..satu jeluntungan yakni chicken pox lah..dia kecik2 jer...yang satu lagi kudis api..macam terkena api..dia akan gelembung dan seterusnya meletup..dan akan nampak isi ..dan memang sakit..

Kesian tengok Faheem..malam memang tak boleh nak tidur...

Alhamdulillah setelah sapu ubat dr tu..berkurangan dan siap ummi bawa Faheem ke Pulau Redang pulak...

Alhamdulillah...di setiap kesusahan pastinya ada kesenangan..
Bersyukur dengan pa yang kita ada..jangan dirisaukan apa yang kita tidak ada...




Sengih orang sakit.

Kesian dia..tidur memang tak lena..panas dan tak selesa..

Faheem dan Furqon ketika di Pulau Redang..Sian Faheem kepaka bercopeng2..
 
 
Alhamdulillah,dah sihat.Cuma ada kesan dia sikit.
 
 

Sunday, January 6, 2013

Khianak Sokmo!!!

Bismillah Walhamdulillah..

7.56 malam 7 degree!!!
.Abi ke Soreh,ada urusan.Faqeh tidur rumah ammu Salman.
Jannah Faseh main laptop,Faheem tidur atas riba ummi...

Sejuk memang sampai tahap beku dah sekarang...

Ummi nak letak gambar adik Faheem...yang selalu diusik abang2 heronya...

Abang Fasehlah yang selalu usik dia...ummi selalu cakap...
"khianak sokmo adik!" ( ganung pekak lagi..berreh boooh!!!)

Kak Jannahlah yang selalu pujuk adik dia..haish...

Ok,entry santai di musim cuti sekolah  anak2 sekarang..
 
IMG_5271 IMG_5272
IMG_4399
IMG_4416 IMG_4402

Sunday, October 21, 2012

Faheem Suka Gigit.

Gigi dah banyak..meleleh air liur kegembiraan.Tengah demam sebenarnya nih.

Menggigit kusyen kereta ammu Majdi.Hidung tuh kesan jatuh tersembam kat lantai.Hero katakan.

Faveret..gigit kain ...haish..kain kotorpun dibelasahnya.

Tengok nasyid sambil main flashcard huruf.

Faseh menangis digigit Faheem di pipi..kesian..

Beriadah di Musim Panas.


Seronok melangkah ..tak beli kasut lagi.

Berjalan di lorong sunyi sambil pakai stokin...
Buah zaitun yang tengah lebat.

Di bawah pokok zaitun yang tengah lebat.Faheem tak mahu dipegang. 
Sepakan penuh padu.
Pergerakan pantas anak dan abi.



Faseh bergaduh  berebut main bola dengan Faqeh.

Mari kita balik dah lewat.

Wednesday, September 19, 2012

Muhammad Faheem yang cepat FAHAM!

Rasanya seperti baru semalam ummi melahirkan Muhammad Faheemuddin di bumi Urdun ini.
Sekarang umurnya sudah mencecah setahun 4 bulan.
Sudah pandai macam2 sekarang.
Hobinya sekarang menonton nasyid Toyour Al Jannah.
Kalu mood dia elok,sejam tengok nasyid ok jer.

Menjerit2 mencuba suaranya yang nyaring ..
Menjatuhkan barang2 ke bawah.

Yang pastinya memang dia cepat FAHAM dan ikut apa yang orang buat.
Semua yang orang buat dia akan ikut.

Fahem..Faheem..memang cepat Faham betul....
Aaamin..Moga jadi anak soleh yer sayang!




Tangan fresh from oven!Suka tengok gambar nih..
Masa ni umur 4 bulan..Musim sejuk..pipi naik merah!
Raya baru nih..pakai baju melayu yang abang Faseh punya.Sudah padan dengan dia sekarang.

Aktiviti pagi2,ummi abi siapkan abang dan kak ke sekolah.Adik faheem layan nasyid toyor Jannah sambil main permainan yang dia minat.Remote tu dah hancur tapi masih berfungsi lagi.

Halluuuu..suka sangat main degan telefon.Alhamdulillah dah boleh berjalan slow2 sekarang.

Wednesday, August 15, 2012

Faheem


Bermula dengan tapak kaki yang kecil.. 

Seorang anak akan terus membesar.. 


Perubahan setiap inci badan anak akan diperhati setiap masa...

Segala perubahan terasa ingin dirakam dan diabadikan..


Senyuman anak ini mampu menenangkan jiwa gundah..

Anak ini juga yang bakal mendoakan kebahagiaan 
kita dunia akhirat...

Anak2 ummi sayang..
Jadilah orang yang bermanfaat ..
Doakan kami dunia akhirat..
Ummi abi punyai harapan besar terhadap kalian..

Jadilah pembela agama...
Mujahid dan mujahidah solehah..
Amin..

Thursday, August 9, 2012

Senyum

Senyuman..

Senyuman seorang anak...
Mampu menanangkan keletihan seorang ayah ..
yang keletihan pulang dari mencari rezeki..

Senyuman seorang isteri mampu mencairkan hati suami..

Senyuman anak yang suci murni
Pasti menenangkan sesiapa yang memandang...

Allahu Akbar!
Anugerah nikmat seorang anak..
Tidak ternilai dengan wang harta dunia..
Dialah yang akan mendoakan kita di akhirat nanti..

Senyuman ..
Senyumlah seikhlas hati..
Pasti adanya ganjaran di sisi Allah.

Senyuman mungil..~Istana Karak,Jordan 2012~
..3.00 petang..
..Faheem jer baru bangun,yang lain masih di alam mimpi..
..Dapat jemputan berbuka di rumah kawan arab..
..ummi tak masak hari ni..

Tuesday, August 7, 2012

Ekplrorasi Dunia.

Dunia kanak2 dikelilingi kegembiraan.. 

Penuh perasaan ingin tahu.. 

Ingin tahu segala2nya.. 


Masa untuk menjelajah dunia ini.. 


Maklumat di hujing jari comel..~Irbid-2012~

..3.00 petang..
..anak2 masih tidur lagi..
..siang tidur,malam berjaga..
..arab style..

Thursday, July 12, 2012

Catatan di musim panas.



Bismillah walhamdulillah.

12 Julai 2012.

Banyak perkara yang ingin dinukilkan di sini.
Musim panas yang menyengat sekarang.

MARKAZ QURAN.

Alhamdulillah,anak2 ummi dihantar ke Markaz Al Quran di sini.Di Jordan sekolah sedang bercuti selama 3 bulan sempena musim panas.Namun bagi mengisi masa cuti sekolah ini,kami menghantar mereka ke pusat2 mengaji Al quran di sini.

Jannah dihantar Markaz Al quran Hafsa-untuk perempuan sahaja.Alhamdulillah,dia amat gembira belajar dan menghafaz al Quran di sini.Di sini Jannah diajar untuk menghafaz ayat dan juga makna perkataan dalam bahasa Arab.Alhamdulillah..moga Allah terangkan hati anak ummi ini.

Manakala Faqeh dan Faseh dihantar ke markaz al Quran Ubai- khas untuk lelaki.Faqeh dan Faseh ke markaz berlainan hari.Maknanya FAseh ke sekolah berseorangan.Kelas diadakan berselang hari.Pada mulanya Faseh menangis hari pertama.Namun,alhamdulillah...cikgu di sana pandai mengambil hati mereka.

Hari pertama-sesi pengenalan.Hari kedua-lawatan ke taman permainan.Apalagi suka sgtlah si Faseh nih.Teruja nak pergi ke sekolah.Alhamdulillah.

..Buah apa ni..kak Jannah di Jamiah Yarmouk.


Dalam perjalanan ke Mekah.Baju spiderman.

Baju Batman..





Comel tak gigi Faheem!



ILAL LIQO' KAK AIZAH.

Allahu akbar...minggu lepas kami di Irbid kehilangan sebuah keluarga yang paling senior.Mereka sudah pulang ke Malaysia..Semoga Allah memudahkan urusan kami semua sama ada yang pulang ke Malaysia mahupun yang masih tinggal di bumi Irbid ini.Semoga ukhuwah ini tidakkan terputus di sini sahaja,malah terus kekal hingga ke Malaysia nanti,insya Allah.


Kak Aizah ambil Master di sini, Ust Riduan PhD.

Keluarga di Jordan.

BUAH HATI UMMI- FAHEEM.

Alhamdulillah umur Faheem sudah setahun..Macam2 ragam dibuatnya sekarang.Yanng paling dia suka,main laptop sambil tekan2.Geram jer tengok,Cepat2 membesar dengan sihat dan kuat yer!




..alhamdulillah..
..nak solat zuhur ...
1.00 thari...
p/s : ni gmbar2 terbaru kami utk acik Izzati.

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com