Tuesday, September 28, 2021
Perkongsian Dari Hati.
Wednesday, December 16, 2020
BETULKAN NIAT.
BIsmillah Walhamdulillah
Allahu Akbar..Ya Allah..
3, 4 hari tertidur di meja sebenarnya.
Setelah setelkan anak2, barulah umi buka laptop.
Hidup mesti ada target.
MInggu ni umi target dapat lulus exam Training To Trainers tu.
Pastu konvo, then dapat sijil.
Umi join Master Shiro Global Academy.
Platform digital utk kita pasarkan hasil karya kita.
Alhamdulilla Allah lorongkan untuk umi join di sini.
Target nak publish ebook siri2 mggu ni.
hurm..
FB baru buat!
Wasap status baru up.
Semuanya amat baru bagi umi
Takut dan gerun juga sebebanarnya.
Takut tak pandai jaga hati
timbul sifat2 mazmumah yang lain.
Na'uzubillah
Lintasan hati2 yang tidak elok mohon jauh2 dr Allah.
Umi selalu mohon pada Allah supaya dijaga hati ini
BIla terlibat dengan dunia sosial kena kuat dan hati kena kental
Bantu aku Ya Allah.
Betulkan niat sokmo
Biar sentiasa berada di jalan yang lurus.
TERHARU SANGAT!
Lama tunggu coretan umi di sini...Insya'Allah 2 minggu tak lama...Pasti mutiara bicara penuh kerinduan...Kolam b'kaca menahan kesayuan...Hanya untaian doa disampaikan...Taman syurga p'ikat iman...Teruskan perjalananmu duhai mujahidah sejatiey
Allahu terharu sgt2.. siapa pun anda..MOga Allah rahmati hidup anda.
Sepatutnya tulislah nama..^__^
Hanya beberapa orang je pembaca tegar blog umi ni.
Oklah nak siapkan siri 2 pula.
Orang semua tertanya2 bila nak publsh.
Buat ebook ni, semua perkara editing kita yang kena buat sendiri.
dari cover buku, setting, editing huruf bagai kita edit sendiri.
Pelbagai perkara umi explore.
Alhamdulillah inilah yang Allah kurniakan dan lorongkan untuk umi buat.
Semuanya dengan izin Allah
Semuanya kurniaan dr Allah
Allah yang izinkan semua ini
Allah yang izinkan umi terlibat semua ini
Sebelum ni umi xpernah tunjukkan muka di media sosial
Malu
Sekarang syarat nk buat ebook mesti kena letak muka penulis
Umi segan nak letak sorang2
Tu yg umi ajak juga Dr Nor sekali
Memang umi tumpang webstore dia dulu
Siri yang kedua umi akan publish dalam webstore sendiri insha Allah
Doakan!
Umi nak sambung menaip siri 2
menaip
sebak
nangis
kuar air mata
lap
teruskan tulisan
niat nk sebarkan manfaat kebaikan
Bantu aku Ya Allah!
Done tulis kul 5.23 pg
Azan subuh berkumandang
Umi zon merah
Adik tidur dalam buai
Tepon abi baru hntr kedai smlm,skrin pecah bebudak ni main
Laptop umi dah ok, alhmdulillah
Faheem Jazlah pagi petang g mengaji
Penat anak2, penat gak umi ke hulu dan ke hilir
Angkut Jumaanah.
MOga Allah ganjari pahala nikmat dunia akhirat, Insha Allah.
16.12.2020, bersamaan 1 Jamadil Awal 1442
Hari ke 119 abi bahagia di alam sana.
Lagi seminggu lebih umi nak ke kubur abi.
Tak sabar rasanya!
Ok, bai!
Terimakaseh anda yang membaca sehingga ke sini.
Saaaayang anda semua!
Tuesday, December 15, 2020
EBOOK SIRI 2
Bismillah Walhamdulillah
Allahu Akbar rindunya nak menaip di sini.
Rindunya untuk berbicara di sini.
Di sini sebenarnya lebih bebas dan tenang.
Tidak fikirkan apa yang orang cakap.
Kerana di sini hanya umi dan mereka2 yang mengikuti sahaja perjalanan blog ini.
Riiinduuuu nak membebel2 kat sini.
Banyak entry tertangguh
Cancer Fighter abi. sambungannya yang tak berkesudahan lagi.
Surat Jazlah dan Jumaanah kepada abi.
Allahu Akbar apabila ebook siri satu telah dipasarkan bertambah2 sibuk umi.
Barulah kita hargai waktu lapang kita sebelum ini.
Sekarang duk buntu idea sebenarnya. Mengarang untuk siri 2 pula.
Semuanya banyak diceduk di sini sebenarnya. Segala gambar2 bagai.
Cuma pernceritaannya sahaja umi nukilkan hati bicara abi.
Di sini umi nukilkan umi yang berbicara.
Cuma untuk siri 2 abi yang nukilkan.
Hurmm.. apa ye nak nukil kat sini.
Jumaanah ada ni, baru je bangun tidur. Tidur lepas maghrib td. Sekarang bangun, alamatnya tak tahulah pukul berapa lah dia nak tidur nanti.
Faheem dan Jazlah ada di luar. Umi suruh tidur dah. Esok mengaji pagi dan petang.
Sekarang ust buat kelas setiap hari. Alhmdulillah..bagus ust ni.
Jumaat lepas Faheem dan Jazlah tidur rumah Muhammad. Malamnya bbq. Esoknya ke Pantai Teluk Ketapang naik kuda katanya.
Malamnya dah berjanji dengan Pok Jad untuk ke kubur abi. Tapi Pok Jad tak sihat sakit badan katanya. Moga Pok Jad sihat2 aja ye.
Kak Jannah dah habis 40 hr mengulang hafazan 30 juzuk. Alhmdulillah. Dah balik masuk asrama dah sekrarang ni.
Faqeh dan Faseh dah selamat masuk maahad. Faseh call hr tu nak suruh beli mknn.
Siang tadi Faheem dan Jazlah ke sabasun dengan Kak Zie. Ke kedai telefon ye juga. Baiki skrin tepon abi.
Ke JnT ye jugak! Hehe..umi dan start bisnes mamadil skrg.hehe
Wasap bisnes pun dah buat.
Status wasap baru je pandai buat.
FB pun baru je buat.
Segala2nya baru di buat.
Semangat baru!
Permulaan baru!
Dengan niatnya mencari saham dunia akhirat.
Dan yang penting saham akhirat tu.
Saham akhirat untuk abi di sana.
Lagi 2 mggu umi akan habis eddah.
Rasa xsabar sungguh untuk ziarah pusara abi.
Bagai bertemu kekasih lama kan.. ^_^
Nak jumpa mak kat kampung pun ye jugak sbnrnya
4 bulan dah la xjumpa
Allah2..tertidur semalam..^__^
Semalam juga umi dah konvo dalam MS Global Academy. Platform utk menjual ebook ini. Alhmdulillah.
Lepas ni sesiapa yang hendak buat ebook juga blh ctt umi.
Alhamdulillah..alhamdulillah ala kulli hal.
Ok umi undur diri dulu