Showing posts with label pendidikan anak2. Show all posts
Showing posts with label pendidikan anak2. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Peretemuan Cinta

Bismillah Walhamdulillah.. 

Jam 12 tengahari. .Suasana agak sejuk 
.Bunga2 sudah ada yang berkembang mekar...
Robiek-Spring sudah hampir muncul...

Allah..ini robiek terakhir kami di sini..
 Sayu hati..Almari kitab juga sudah selamat dikosngkan.
Kotak kargo jer belum dikargokan lagi
.Memandang kotak2 kitab kargo yang tersusun rapi..mengundang 1001 perasaan..ia..masanya sudah hampr..saatnya pasti akan dilalui juga..Allah...Allah..

Tiba2 mood nak menyambung Kembara Mesir terbantut sebentar.Gambar dah upload kat Flickr.
Hari ke5 ada di sini. 
Nanti ummi sambung yer.
Banyak perkara hendak dinukilkan sebenarnya. 

Semalam- Sabtu,16 Februari 2013 kami adakan Liqo' Mahabbah dengan adik2 kesayangan ummi.Alhamdulillah...semoga ukhuwah ini terus berkekalan dan diberkati Allah dunia akhirat.
Terimaaksih kerana menceriakan hari2 terakhir ummi di sini...
(Sebenarnya lambat lagi nak balik Malaysia,bulan 7 atau 8 nanti..tapi dah terasa bahangnya sebenarnya..)

Di bawah ini antara perkongsian kami di dalam "pertemuan cinta" semalam.



IMG_5853 IMG_5856  

Kata Imam Ghazali dalam kitab Ihya' nya:
Telah berkatra Sahel bin Abdullah At-Tustari: Ketika aku berusia tiga tahun,aku sudah bangun malam,maka aku memerhatikan sembahyang bapa saudaraku,Muhammad bin Siwar.

Dia berkata kepadaku pada suatu hari,
"Tidakkah engkau berzikir kepada Alalh yang menjadikan engkau?" Kataku:"Bagaimana aku berzikir kepadaNya?"
Berkata Muhammad bin Siwar: Sebutkan dalam hatimu,ketika engkau berbalik2 di tempat tidur tiga kali,tanpa menggerakkan lidahmu:

الله معي, الله ناظر إلي, الله شاهدي.

Ertinya: Allah ada bersama2ku,Allah melihat kepadaku,Allah menyaksikanku.

Bercerita Sahel lagi:Maka akupun buat sebagaimana yang diajarkan beberapa malam.Kemudian aku memberitahunya.Maka disuruhnya aku menyebutnya sebanyak tujuh kali pada tiap2 malam.Akupun menurut perintahnya.

Kemudian aku memberitahunya lagi.Maka disuruhnya pula aku menyebutnya sebanyak sebelas kali.Maka aku terus menurut perintah nya sehingga aku merasakan KEMANISAN bacaan itu di dalam hatiku.

Setelah menjelang masa selama setahun,maka berkata bapa saudaraku kepadaku:" Wahai Sahel! Jagalah baik2 apa yang aku ajarkan engkau itu,dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur,kerana yang demikian itu akan berguna bagimu dunia dan akhirat.

Maka aku pun terus membacanya hingga beberapa tahun,sehingga aku merasakan KEMANISANNYA di dalam batinku.

Kemudian bapa saudaraku berkata kepadaku suatu hari:
"Wahai Sahel!Barang siapa Allah sentiasa bersamanya,sentiasa memerhatikannya,sentiasa menyaksikannya..apakah boleh dia melakukan maksiat lagi?JAGALAH DIRIMU DARI MAKSIAT!"

Sebab itu,Sahel Rahimullah telah menjadi seorang yang arif lagi terkenal,dan dia terhitung orang2 soleh di jalan Allah yang terkemuka.Semua itu adalah disebabkan pendidikan bapa saudaranay yang telah menanam dalam jiwanya semulia2 pengertian IMAN, penjagaan diri di hadapan ALLAH dan budi luhur yang tinggi dari sejak kecil lagi.

Nota ummi:
Allahu Akbar...indah sungguh didikan yang diberikan oleh bapa saudaranya.Sejak dari kecil lagi sudah ditanam akidah tauhid yang kuat dalam diri anak tersebut.

Ummi berdoa agar ummi abi jugamampu mendidk anak2 ummi untuk menghayati akidah iman yang kuat sejak dari kecil lagi.

Jika dilihat pendidikan Muhammad bin Siwar ini:
1-Ditanam untuk bacaan ini sejak dari umur 3tahun lagi.Bermula dia boleh mula2 bercakap dan berfikir lagi.

2-Dimulakan dengan bacaan yang sedikit,bermula 3kali dahulu,setelah itu, 7 dan baru 11.Maksudnya diajar anak2 secara berperingkat2.Dimulakan dari bilangan yang kecil dulu.Apabila sudah meningkat dewasa diajar lebih banyak.

3-Setelah anak saudaranya merasakan kemanisan di dalam hatinya barulah diceritakan kenapa diajar untuk membaca bacaan ini.Iaitu perlu menjauhi maksiat kepada Allah.

4-Kepada anak2 kita,boleh diajar agar jangan berbuat dosa di mana2pun,walau umi abi tak nampak,perlu merasakan Allah memandang kita,disebabkan setiap malam sebelum tidur,kita dah baca bacaan di atas.

Allah..Allah...Allah...
Anak2 ummi bukan yang terbaik,malah banyak kenakalan mereka yang perlu umi abi betulkan...tapi kami berusaha untuk menjadikan anak kami lebih baik di masa2 hadapan...

Dan berharap dengan apa2 perkongsian ummi dan abi,mendorong anak2 yang lain menjadi lebih baik dari anak2 kami.
Jauh sekali dari untuk merasa berbangga2 dengan kelebihan yang anak2 kami ada.Malah ,banyak jer kenakalan mereka sebenarnya.
 
Apa yang penting kami berharap agar mereka mampu untuk menjadi penyejuk mata kami mendoakan kebahagiaan kami 
DUNIA AKHIRAT, amin!         

Tuesday, November 20, 2012

Quilling Lagi.

Bismillah Walhamdulillah.. 

Jam 9.30 pagi.Suhu 15 degree.Anak2 ke sekolah agak lambat tadi.Terpaksa abi menghantar menaiki teksi.Abi terus ke balad untuk membeli barang dapur. 

Ok,  kali ini ummi ingin bercerita tentang Quilling lagi.

Entry pertama megenai quilling ada di sini.
Kena buat label baru quilling lepas ni.

Yang terbaru ummi buatkan frame cenderahati untuk program abi.Amik frame yang dah ada,tambah bunga2 sikit,lepas tu print gambar,siap!

Alhamdulillah dapat idea dari Nik sebenarnya.
Ummi dan Jannah ambil peluang belajar dengan yang pandai.
Kita perlu ada beberapa softskill untuk diri sendiri,insya Allah akan ada kelebihannya di masa hadapan. Moga Allah mudahkan urusan,amin!

Sebenarnya dapat beri ketenangan pada kita jika buat sesuatu yang kita minati..betul tak Nik kan?
Betullah..apabila memotong kertas menggunakan shredder, kertas disusun dan dibentuk menjadi bunga2..lepas tu warna2 kertas dicampur2...fuh..bila dah siap..cantik dan menarik!!!
(Biar diri sendiri yang perasan! ^__^)

Memang rasa berbunga2 hati ini..^__^.Siap tanya pengomen tegar, .."Abi,comel dok bunga nih?"..Pastu adalah komen2nya....
Jannah pun sama...yang pasti seronok dan bahagia,alhamdulillah!

Jannah pula siap jual kat sekolah untuk kawan2 dia.
Ada yang harga syiling(50sen),ada yang harga rubu'(RM1.50).
Tengok atas permintaan.
Alhamdulillah,balik jer sekolah,dapat duit,terus masuk tabung.
Tapi yang tukang perabis duit tabung,adik2 dia.
Sabar jerlah.

Pernah jer suatu hari dia tak ingat bawa duit yuran untuk dibayar pada cikgu dia,nasib baik ada duit hasil jualan,diapun gunalah duit itu untuk bayar yuran tersebut.^__^.  

Faqeh pernah jer nak jual..tapi bagi saja kat kawan dia.
Last2 dia buat untuk beri pada cikgu dia.

Anak2 perlu diajar berdikari.Apabila pegang duit hasil jualan,mereka akan rasa lebih menghargai duit tersebut.
Apabila duit dah banyak,mereka akan dibawa ke kedai berhampiran menggunakan duit tersebut.Seronok tengok anak2 gembira.

Faqeh pula sekarang cari alternatif lain apabila dia tengok Kak Jannah banyak duit jualan,dia akan simpan duit belanja.
Kumpul2 jadi banyak, dengan alasan nak dapat duit banyak macam Jannah juga.Macam2..     


Jadik tak bunga ni acik Nik?

Frame yang dah siap.

Ambil gambar abi.Cenderamata untuk penceramah.

teting dulu..

Inilah semua peralatannya..pin pun ada sekali..

Penanda buku yang kawan2 Jannah minat.Dulu letak juga bunga quilling,tapi budak2 ngadu letak dlm buku,bunga jadi rosak.Jadi ubah kepada bunga lain.Tampal2 kertas warna2 tu idea Faseh.Dia yang sibuk menampalnya.Faqehpun tolong sama.Sebabnya hasil jualan nanti akan dikongsi ramai2.Bisnes kecik2 budak2.

Musim sejuk...Bunga terbaru hasil rekaan Jannah dan adik2nya.

Sunday, November 11, 2012

Taekwando Kami

Bismillah walhamdulillah 

Jam 11 pagi .Tapi cuaca sekarang seolah2 pukul 6 pagi.
Gelap , suram dan hujan renyai2 dari pagi tadi. Ini petandanya musim sejuk bakal menjelma.Ahlan ya syita'.Anak2 ummi tidak ke sekolah hari ini,hujan lebat di pagi hari tadi.Biasanya memang anak2 arab juga tidak akan ke sekolah kerana hujan ini.

Ok,kali ini ummi ingin bercerita tentang kelas taekwando anak2 kami.Alhamdulillah minggu lepas bermula episod baru dalam rutin harian anak2 ummi.Sebenarnya sudah setahun anak2 ummi ingin masuk kelas taekwando.Namun ummi abi masih mengumpul maklumat tentang kelas ini.

Alhamdulillah ummi hubungi akhowat untuk memurokibkan
( menemani) anak2 ummi ke kelas tersebut.
Akhowat tersebut juga mengambil kelas di markaz tersebut.

Kelas diadakan pada hari Ahad, Selasa dan Khamis.
Alhamdulillah..anak2 ummi dan Wafiah suka masuk ke kelas.
Antara alasan kami untuk anak2 masuk ke kelas ini adalah:

1-Bagi memahirkan diri dalam seni bela diri ini.Harapnya sampai balik ke Malaysia.Kat Malaysia nanti kita belajar silat pulak.

2-Bagi hilang segala tekanan anak2 ummi.Memang sekarang ruang untuk bermain adalah terhad dan tiada tempat untuk mereka bermain sebenarnya.Hattakan dalam rumahpun tidak boleh melompat2 dan buat bising.Nanti tuan rumah marah.Harapannya agar mereka boleh mengerluarkan semua tekanan dan perasaan ingin bermain puas2 di markaz tersebut.

3-Untuk mereka bergaul dan memahirkan cara berkomunikasi dengan orang arab di sekeliling mereka.Alhamdulillah...balik jer dari kelas, mesti bercerita segala tentang kawan2 di sana.Yang pasti mereka semua seronok..dan ummi abi gembira lihat mereka gembira.

4-Malam cepat jer mereka tidur sebab keletihan di siang hari.Kalau tak, memang payah meraka nak tidur.Esok bangun awal dengan penuh kesegaran.

Alhamdulilllah..alhamdulillah...Allah mudahkan urusan untuk kami menghantar anak2 ini ke kelas tersebut.Moga ada kebaikannya..amin!





Gambar ini  diambil ketika menolong Ummu Qusoi mengutip buah zaitun di ladang bersebelahan bangunan kami.
Next entry ummi ceritakan yer.

Thursday, November 8, 2012

Pokok Sulung Kami.

Bismillah Walhamdulillah...

Jam menunjukkan 11.30 malam.Semua sudah berdengkur.

Faheem demam muntah2 hari ini.Tapi masih juga aktif bermain di siang hari.Makan,alhamdulillah masih berselera walaupun sekarang ni hendak suap sendiri dan makan di atas meja seperti abang dan kakaknya.Walaupun sekali suap, sebiji nasi yang masuk,amasih nak cuba makan sendiri.Ummi suap dia tidak mahu.
Haih..macam2 si Faheem ni.

Oklah kali ini ummi ingin bercerita tentang pokok sulung yang anak2 kami tanam.

Pasu ambil pasu bunga hiasan ummi yang sudah syahid.
Tanah dan pokok,minta dengan Ummu Qusoi.
Seronok jer budak2 ni.

"Kita dah kena buat jadual siram pokok,hari ni Jannah,esok Faqeh, pastu Faseh"~Jannah.

"Pokok ini Faqeh yang nak jaga.Macamana pokok ini hidup ummi?"

"Faseh suka tengok ada pokok2 ecik tumbuh kat tepi2 dia".
 
 "..(sambil geram tengok pokok, Faheem berusaha memanjat meja dan ingin 'menyuburkan' lagi pokok..^__^)"

Alhamdulillah setiap hari bangun jer tidur terus anak2 ummi  teruja tengok perkembangan pokok dan ambil giliran siapa yang kena siram pokok tersebut.

Ummi petik kata2 Dato' Dr Fadzilah Kamsah dalam majalah solusi keluaran 4, yang bertajuk 

Membentuk Sikap Positif Anak2 .

" Ramai ibubapa tidak sedar bahawa mereka boleh membentuk sikap positif anak2 dari dalam rumah.Idea ini cukup mudah.Tetapi ramai yang terlepas pandang kepentingan dan keberkesanannya.

Di rumah seelok2nya ada haiwan ternakan atau pohon2 hijau atau pohon2 hiasan.Berikan tugas dan tanggungjawab yang mudah kepada anak2.

Aktiviti ini akan menghasilkan nilai2 positif dalam diri anak2 yang dipupuk dalam usia mereka masih kecil."

Ummi terfikir kalau nak bela binatang,agak payah.
Jalan yang mudah,tanam pokok dalam pasu.

Semoga nilai2 positif seperti, bertanggungjawab, cakna dan daya kepimpinan terlatih dalam diri anak2 ummi.Amin!

Ya Allah semoga anak2 ummi bakal membahagiakan kami dunia dan akhirat,amin!

 

IMG_4122 


IMG_4128 




IMG_4127




IMG_4131

Sunday, November 4, 2012

Kelab Isteri Solehah Jordan.

kisj latest

Bismillah Walhamdulillah.

Jam menunjukkan 11pagi.Abi ke Amman bersama Kak Tasnim.Insya Allah jika kita mudahkan urusan orang lain,insya Allah Allah akan mudahkan urusan kita,amin!
Adik Faheem baru terlena di atas riba ummi.Faqeehah,masa mama (Kak Tsnim) hantar tadi masih mengantuk lagi.
Sekarang baru bangun,sambil bermain anak2 patung Kak Jannah.Nanti ummi akan ceritkan tentang Faqeehah atau a'h ini dengan kakaknya Wafiah di entry lain yer.

Ok,kali ini ummi ingin bercerita tentang 
Kelab Isteri Solehah Jordan.

Allahu Akbar...Dr Aidh Al Qorni ada berpesan dalam kitbnya "As'adu Mar'ah fil 'Alam"-Wanita Pling Bahagia di Dunia...
"Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang kering kepada taman indah yang menghijau subur"

Mengambil inspirasi dari sini,ummi tubuhkan kelab ini di kalangan isteri2 di seluruh Jordan.

Namun yang ummi biasa hanya di Irbid sahaja.Memandangkn adik2 baru ramai yang sudah berumahtangga,maka ummi rasakan perlunya ad tempat rujukan untuk adik2 ini di perantauan.

Semoga hati2 mereka yang menyertai kelab ini akan subur menghijau dengan adanya perkongsian ilmu dan pengalaman,amin!
Alhamdulillah....banyak ilmu dan pengalaman yang dapat ummi kutip sepanjang wujudnya kelab ini..antaranya..
1-UKHUWAH.ini yng paling penting..berukhuwh,berkasih sayang kerana Allah..insya Allah akan ada ganjarannya di dunia mahupun akhirat kelak,amin!
..banyak lagi nak dikarang sebenarnya..nanti ummi update semula yer.A'h dah bangun, nak tukar baju dan suap dia makan kejap yer.Ok,nnt ummi sambung yer.

Alhamdulillah..diberi peluang menyambung karangan ini..

Macam dah hilang idea jer nak cerita apa..
Ok..tarik nafsa panjang2..ambil mood..kita sambung cerita yer..

Pasal Kelab Isteri Solehah yer...

yang kedua.
semestinya Ilmu2 yang berguna untuk masa hadapan.

~ Kami ada kelas memasak..Alhamdulillah banyak dah menu yang kami belajar.Banyak manfaatnya apabila menuntut dengan yang pakar.Alhamdulillah syukur pada Allah..Terimakasih kepada ceffah2 Irbid yer..Najihah,Kak Abida,Kak Aizah,Kakti,Maryam dll.

~Kami ada keas Fiqh Wanita-dibentang oleh Kak Su-lepasan Azhariah dalam bidang syariah.Alhamdulillah..terimakasih kerana berkongsi ilmu.

~Kami ada bedah kitab tarbiyatul awlad.Sama2 bentang dan bicang.Alhamdulilah banyak manfaatnya.Boleh terus praktikkan pada anak2.

~Kami ada kelas kesihatan.Baru petang tadi buat.Ummi tidak dapat hadirkan diri,Faheem demam muntah2.
Adik2 JUST bakal2 doktor yang bentangkan.

yang lainnya~ berkongsi2 pengalaman.Masing2 ada pengalaman.Apabila berjumpa adalah perkara yang hendak dikongsikan.Alhamdulillah.

Semoga Allah sentiasa hidupkan hati2 kami ini dalam jalan mencari keredhaan Allah,amin.

Wednesday, October 17, 2012

Homemade Playdough.

BismillahWalhamdulillah..

Di Jordan ni,setiap kali mula sesi persekolahan,cikgu akan minta membawa playdough/plasticin ke sekolah bagi raudah(tadika) dan darjah 1.

Pada mulanya tertanya2 juga kenapa..Rupanya dengan bermain plasticin atau makjunat dalam bahasa arabnya..akan melatih otot2 tangan kanak2 agar boleh menulis dengan betul dan laju.Patutlah budak2 arab ni tulis laju kemain time jawab periksa...Tapi yang tak tahannya sampaikan jamiah pun laju jer meniru time jawab periksa..hm..bilalah bangsa arab ni nak maju..

Banyak pula ummi membebel malam2 buta nih.Jam menunjukkan 12 malam.Anak2 semua dah tidur.Abi duk 'bersengkang mata' menyiapkan tesisnya.Allahu yusahhil insya Allah..

Oklah, kali ni ummi nak bercerita tentang projek anak beranak .

Homemade playdough.Cara2 nya ada di sini.

Ummi yang uli,anak2 yang amik kaler dan uli sendiri selepas tuh.
Masing2 uli dalam plastik masing2 untuk bagi lembut dan kenyal.
Alhamdulillah..berbaloi buat nih,selamat dari bahan2 kimia dan puashati tengok anak2 teruja bermain makjunat nih.

Balik sekolah tak sempat tukar baju si Faseh terus main.
Habis alat2 buat kuih ummi dibelasahnya.
Sebelum ni time ummi sibuk buat kuih,sibuk betul budak2 ni nak buat sekali..
Hah..sekarang dah ada makjunat nih,ambik buat donut,karipap kuih gulung dan sebagainya..
Siap colouring lagi..
Cuma sayang tak boleh digoreng!^___^

Tapi yang pastinya anak2 ummi teruja bermain.
Alhamdulillah..puas hati tengok.

Ummi guna tepung gandum yang paling murah di Jordan nih.
CAra nak simpan,letak dalm plastik elok2,pastu letak dalm peti.
Alhamdulillah dah hampir 3 minggu,masoh ok lagi makjunat kami.

k,nak masuk beradu dulu...

merah~jannah, Biru~Faqeh..yang hijau bersama otromen tu Faseh punya.Suruh otromen jagakan makjunat dia jangan kasi keras!Adoi...macam2 Faseh nih..

Inilah budak yang tak sempat2 tukar baju sekolah,terus main makjunat.

Ini kuih donut kak Jannah.kita buat bulat2 dulu,pastu tekan jer tengah dengan penutup botol mineral.Dah siap donut hijau!!!!

Karipap biru!!!

Jannah semangat menguli kih Qalb~love  dia.
Jemput makan semua donut warna warni..


..abi keletihan..
setelah 3tahun di sini,
akhirnya..
terpaksa 'belasah' arab yang kurang terajar..
Allahu Akbar..

Fizzy Ballon

Bismillah Walhamdulillah..

Projek kami minggu lepas.
Teruja anak2 ummi buat projek sains ini.
Tapi tak berapa menjadi rasasnya ni.
Next time nak kena cuba lagi.

Idea ummi amik dari sini.

cooooool...tunggu belon tu mengembang deangan sendiri.
Wooo..ajaibnya!..belon mengembang sendiri!

Tuesday, October 9, 2012

Rumah, Bilik dan Orang.

Bismillah Walhamdulillah.. 

 Baru2 ini abi beli coklat.Nampak sedap dan menarik.
Tapi apabila dimakan,keras yang amat2 sangat.
Anak2 ummi tak suka.
Mula2 ingat nak  buang jer,tp abi cadangkan bagi anak2 main daripada membazir.

Maka...
Bermulalah projek kami anak beranak...

Jannah~Nak buat rumah,ada pokok dan bunga2 sikit.
Faqeh~ Nak buat bilik2 dan ada pintu sekali.
Faseh~Hm...nak buat oranglah..

Alhamdulillah..menjadi projek kami yang berlangsung
 2,3 hari baru siap.





guna batang pencungkil gigi,batang sayur,kertas cupcake ummi,bunga cengkih.

bersemangat menyusun atur bilik2 dan pintunya sekali.cutton bud pun jadi sasarannya!

ini pereka dalaman rumah,


ini minat nak lukis orang.mata dia luki pakai marker.

anak dara ni berseni orangnya~perempuan katakan.
ajar si Faseh warna2.yang tukang tulis Faqeh.

Ahlan wasahlan..ini pintu unggu Faqeh!

Monday, October 8, 2012

Homemade Finger Paint.

Layan gambar dulu yer..
 Ummi nak beradu dulu..ngantuk sgt dah..


Bismillah Walhamdulillah..
Jam 8pagi.Suhu dah start sejuk.Hirom dah start pakai.
Anak2 sudah ke sekolah.Faheem masih beradu.

Ok kali ini ummi nak bercerita tentang projek minggu lepas.

Idea ini ummi dapat dari sini.

Bahan2nya mudah sahaja.
1- secawan tepung
2- 3 cawan air.
3- sesudu kecil garam.
4- pewarna kegemaran.~ummi buat 4 kaler.itu jer yang ada.

Alhamdulillah anak2 ummi amat gembira bermain cat2 jari dan tangan ini.

Cara nak simpannya , ummi letak dalam plastik dan letak dalam peti ais.3 hari habis anak2 ummi main.

kami guna kertas A4 biasa..bila dah kering,dia jadi keras dan kertaspun jadi berkedut2.
Lepas ni kena guna kertas lukisan yang tebal.






Arabella Mall

BIsmillah Walhamdulillah..

Jam menunjukkan 11.14 malam.Anak2 sudah tidur.Abi dalam perjalanan pulang dari Amman.Dekan abi dari malaysia ada lawatan kerja ke Jordan.Tadi bertemu dengan pelajar di rumah kami di Irbid.Perjalanan dari Irbid ke Amman memakan masa hampir 2 jam.Pergi balik dalam 4 jam.

Kali ni ummi ingin bercerita lagi tentang aktiviti anak2 ummi.
Sedaya upaya ummi cuba lunagkan masa bersama anak2 ummi walau sejam sehari.
Ummi pernah terbaca bahawa sesibuk manapun ibu dan ayah..hatta Sheikh Said Hawwa Rahimullah yang amat2 sibukpun pasti meluangkan masa dengan keluarganya..

Allahu Akbar..ummi terfikir bagaimana apabila ummi sudah bekerja dan pulang ke Malaysia...Allah...bantulah kami..

Ok...

2 minggu lepas kami ke Arabella Mall.Naik ke tingkat paling atas untuk bermain permainan.
Alhamdulillah gembira melihat anak2 teruja bermain.

Alhamdulillah,sejuk hati tengok anak2 bahagia,tersenyum ceria.
Benarlah kata bijak pandai,anak ini madu dan racun.
Allahu Akbar..










..alhamdulillah..
abi sudah balik..keletihan tertidur..
12.30 ~ummi pun nak beradu..
Lailah Saiedah!

Thursday, September 27, 2012

Rumah 3D.

Bismillah Walhamdulillah...

Rancangnya nak buat bangunan rumah yang bertingkat.
Guna plasticin dan juga pencungkil gigi.
Berat plasticin nih.Kami pernah guna marshamallow..tp tak menjadi jugak...

Tapi yang penting anak2 ummi enjoy buat aktiviti ini.

..inilah rumah 3D kami yang tak menjadi...takper lain kali kita try lagi..





About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com