Thursday, November 8, 2012

Pokok Sulung Kami.

Bismillah Walhamdulillah...

Jam menunjukkan 11.30 malam.Semua sudah berdengkur.

Faheem demam muntah2 hari ini.Tapi masih juga aktif bermain di siang hari.Makan,alhamdulillah masih berselera walaupun sekarang ni hendak suap sendiri dan makan di atas meja seperti abang dan kakaknya.Walaupun sekali suap, sebiji nasi yang masuk,amasih nak cuba makan sendiri.Ummi suap dia tidak mahu.
Haih..macam2 si Faheem ni.

Oklah kali ini ummi ingin bercerita tentang pokok sulung yang anak2 kami tanam.

Pasu ambil pasu bunga hiasan ummi yang sudah syahid.
Tanah dan pokok,minta dengan Ummu Qusoi.
Seronok jer budak2 ni.

"Kita dah kena buat jadual siram pokok,hari ni Jannah,esok Faqeh, pastu Faseh"~Jannah.

"Pokok ini Faqeh yang nak jaga.Macamana pokok ini hidup ummi?"

"Faseh suka tengok ada pokok2 ecik tumbuh kat tepi2 dia".
 
 "..(sambil geram tengok pokok, Faheem berusaha memanjat meja dan ingin 'menyuburkan' lagi pokok..^__^)"

Alhamdulillah setiap hari bangun jer tidur terus anak2 ummi  teruja tengok perkembangan pokok dan ambil giliran siapa yang kena siram pokok tersebut.

Ummi petik kata2 Dato' Dr Fadzilah Kamsah dalam majalah solusi keluaran 4, yang bertajuk 

Membentuk Sikap Positif Anak2 .

" Ramai ibubapa tidak sedar bahawa mereka boleh membentuk sikap positif anak2 dari dalam rumah.Idea ini cukup mudah.Tetapi ramai yang terlepas pandang kepentingan dan keberkesanannya.

Di rumah seelok2nya ada haiwan ternakan atau pohon2 hijau atau pohon2 hiasan.Berikan tugas dan tanggungjawab yang mudah kepada anak2.

Aktiviti ini akan menghasilkan nilai2 positif dalam diri anak2 yang dipupuk dalam usia mereka masih kecil."

Ummi terfikir kalau nak bela binatang,agak payah.
Jalan yang mudah,tanam pokok dalam pasu.

Semoga nilai2 positif seperti, bertanggungjawab, cakna dan daya kepimpinan terlatih dalam diri anak2 ummi.Amin!

Ya Allah semoga anak2 ummi bakal membahagiakan kami dunia dan akhirat,amin!

 

IMG_4122 


IMG_4128 




IMG_4127




IMG_4131

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com