Tuesday, June 28, 2011

Anugerah Terindah ( Siri 1 )

Bismillah Walhamdulillah..
PASCA KELAHIRAN.
Hari ini sudah masuk minggu ke4 ummi berpantang.Segala2nya masih dalam keadaan iklim menyesesuaikan dengan kehadiran ahli keluarga baru kami.Masih dalam proses menyusun jadual untuk kembali normal seperti biasa.Adatnya apabila telah lahir bayi baru, akan berubahlah segala rutin kehidupan.Segala2nya menuntut kesabaran dan ketabahan yang tinggi, di mana masa dan perhatian perlu dibahagi sebaik mungkin.Semoga ummi mampu menyusun segala2nya dengan baik,amin!

Sekarang,alhmadulillah tahap kesihatan ummi 85% hendak pulih seperti biasa.Masih terasa kesakitan di bahagian kaki dan juga luka pembedahan.Namun ummi harus pulih dengan segera memandangkan abi sudah bermula kuliah musim panasnya pada minggu ini.

Semua urusan rumahtangga memang diuruskan dengan jayanya oleh abi.Namun pernah terkeluar dari mulut abi..”hm..penat jugak yer jadi surirumah nih,patutlah ummi kuat berleter pada anak2!”.Dan sekarang,abi pula yang berleter pada anak2.Memang bagus didikan ala tentera abi nih.Memang rumah payah nak bersepah di bawah kawalan abi.Dapur juga sentiasa bersih,malah lebih bersih ketika di bawah kawalan ummi, kata abi.Iyer ker?Nanti ummi dah segar..akan ummi kekalkan keceriaan rumah seperti sediakala..(kena lawan apa yang abi buat nih…)
Kadang2 timbul perasaan kasihan melihat abi terkejar2 di pagi hari.Ketika anak2 sibuk hendak ke sekolah,segala2nya perlu diuruskan..makan minum,pakai anak2..Alhamdulillah..sekarang sudah cuti musim panas .Sekolah di sini akan bercuti selama 3 bulan.Namun,kebiasaannya kami akan menghantar anak2 ke markaz Quran,untuk kelas hafazan Quran.
Makan minum ummi dan mandi baby semuanya diuruskan oleh abi.Kadang2 makan abi terabai kerana mementingkan anak2..mungkin kehilangan selera agaknya abi.Semoga Allah memberikan ganjaran sebaik mungkin di atas segala pengorbanan yang telah abi lakukan,amin!

sekarang-sudah masuk 42 hari usia Faheem..ummi dah habis pantang!!!
tapi..
blogspot dah 2minggu tak boleh bukak..tak tahu apa masalahnya..
ummi hanya sekadar taip tapi tak blh tgk postnya..tak tahu kenapa...
mood nak menyambung cerita takder lagi..
nanti ummi sambung yer ttg pengalaman bersalin di sini.
kita layan gambar dulu yer..
Nantikan sambungan Anugerah Terindah siri 2 pulak yer..

bb Faheem sebelum dicukur..

Abi yang bertungkus lumus...

Alhamdulillah..bb tak banyak ragam ketika dicukur..

Alhamdulillah..dah selamat botaaak..

sebelum dibotakkan..pakai baju dan sarung tangan dari Msia.
.tkasih mak teh dan semuanya..

semoga bb Faheem cepat2 membesar dengan sihat,amin!

tidur dengan lenanya setelah rambat tak ada...

sijil kelahiran Jordan..

dah makin chubby anak ummi  nih..

2 comments:

Sri KaNdi^soLehah ツ said...

Kak ti, moga kembali sihat sediakala sepenuhnya..

Baby Faheem, moga cepat membesar..nanti baru boleh naik flight balik Mesia^^,

Nampok tua sikit Abg Zaid, bila dia pakai sepek..hehe =p

Baby Faheem macam muka Abg Faseh la...

ummufaqeh said...

Mak Adah..terimakasih atas doanya..

Haha..abg Zaid kata bukan nampak tua..nampak matang sikit..yerlah barulah padan dengan title ayah beranak4 ,hehe..

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com