Bismillah Walhamdulillah
Syukur ke hadrat Ilalhi dengan izinNya dapat nukilkan di sini.
( Start menulis jam 11.00 pg td..sekarang jam 7.00 petang masih blm siap lagi)
Diari cancer fighter abi.
Imbau 2 tahun lepas
November 2018
Abi didiagnos sebgai pesakit Kanser Pangkal Hidung (NPC) stage 3 pada 4.11.2018.
Sedikit maklumat tentang NPC.
Umi masih ingat situasi tersebut. Pada siang harinya abi ke Klinik Pakar UniSZA bersama kawan baik abi Prof Nasir. Umi hari tu bekerja seperti biasa. Sehingga ke asar prosesnya. Dari HSNZ Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan ke Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS).
Maghribnya baru ada kesempatan berbicara dengan abi setelah abi pulang dari surau.
Abi beritahu sakit dia NPC - search dalam google.Allahu..luruh jantung umi.Umi dah terbayang akan berpisah dengan abi di dunia ini. Namun di depan abi umi berlagak seperti biasa..cuba kuatkan hati. sambil beritahu pada abi...
"Takperlah abi sakit semua dari Allah..dah sakit kita berubatlah, Insha Allah ".
Sepanjang umi menguruskan abi, umi tak pernah titiskan airmata depan mata abi. Belakang abi jangan kiralah berbesen2 air mata kot kalu dikumpulkan..hehe..
Bila ditanya pada abi apa perasaan abi ..abi tidak banyak berfikir tentang dirinya. Dia lebih banyak fikirkan keadaan mak nya. Hattakan ingin memberitahu berita ini kepada ibunya memakan masa yang agak lama.
Alhamdulillah mak abi dapat menerima keadaan abi.
Disember 2018.
Umi start bercuti separuh gaji selama 2 bulan untuk meluangkan masa dengan abi.Alhamdulillah bahagia sungguh pada masa tu.
Pada bulan ini juga Chu Eda dinikahkan oleh abi. Alhdmulillah kita hanya mampu merancang. Perancangannya Chu Eda akan bernikah pada tahun hadapan. Namun perancangan Allah Chu Eda dinikahkan pada tahun ini. Alhmdulillah.
Entri Chu Eda ada di sini.
Januari 2019 - Oktober 2019
Abi terus istiqomah meneruskan rawatan alternatif menggunakan rotan kayu nona. Alhammdulillah Allah izinkan abi sihat sepanjang meneruskan rawatan.Abi ada minta umi catatkan semua tentang siri rawatan dia. Tapi umi xberkesempatan nak ceritakan.
Rawatan abi memang menyakitkan tapi abi selesa dan abi dapat ketenangan sepanjang menjalani rawatan. Alhamdulillah umi menyokong sepenuhnya cara perubatan yang abi jalani.
Sepanjang tahun ini abi sihat dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Kelas-kelas di masjid surau abi pergi mengajar sepeti biasa.
Alhamdulillah Allah izin dan rezekikan kesihatan untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi.Alhamdulillah.
Semoga segala amal kebaikan yang abi buat sekarang mengalir kepada abi.
Oklah umi stop dulu..sekarang dah pukul 7.00 petang..
Malam nanti umi sambung
ok..dah pukul 11.30 mlm..meh kita sambung semula..
No comments:
Post a Comment