Renungan Malam
Ada banyak kesedihan dan penderitaan yang tersembunyi di dalam ceruk kehidupan. Tapi mereka memandang bahagia di sebalik paparan senyuman.
Ada bermacam kepalsuan yang lahir dari garisan wajah, tapi mereka tetap memandang kehidupan kita bebas dari kedatangan masalah.
Jujur, terkadang hati ini rapuh apabila ditembak satu demi satu ujian hidup. Tapi saat melihat musibah insan lain yang jauh lebih besar dan hebat, siapalah aku untuk mengungkit ujian hidup yang satu ini? Siapalah aku untuk pertikai semua aturan dan rencana Mu?
Sungguh, aku melihat dunia ini tidak pernah berhenti berputar. Dalam kesulitan aku merangkak mencari kekuatan, Dia hantarkan sedikit demi sedikit kebahagiaan.
Dalam aku lena menikmati bahagia, musibah dan ujian datang mengejutkan. Dari setenang tenang aku menikmati nafas bahagia, terpaksa ku telan pahit pahit realiti kehidupan.
Kerana itu aku ajarkan hati, bila sedih, jangan sedih lama lama. Bila mahu menangis, jangan ditahan. Menangis puas puas! Lepaskan semua! Jangan simpan! Lepas tu baru bangkit pelan pelan.
Bukan masa yang bakal menyembuhkan semua luka luka, tapi kita sendiri yang perlu pergunakan masa untuk menyembuhkan semua luka luka.
Kerana lama mana pun masa yang ada, tapi diri sendiri tak nak bangkit, tiada beza. Hati yang tercalar, takkan sembuh. Luka yang berbekas takkan hilang kerana masih terkurung dalam sangkar hitam.
Untuk sekeping hati yang sedang bersedih, moga engkau temui kunci bahagia. Bangkit dengan berani meski engkau sedang dimamah luka. ❤
Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.
No comments:
Post a Comment