Renungan Malam
Lihat wahai jiwa.
Sabar memang tidak mudah, tapi orang
yang mampu mengendalikan sabar, dia akan
menang kerana telah memiliki ketenangan
dan kedamaian hidup.
Dia tidak akan kusutkan fikiran dengan
perkara dan hal hal yang tidak mampu
dikawal.
Dia tidak khuatir dengan masalah besar
yang sedang berjalan kerana awal dari
kepahitan dan keperitan, pasti diakhiri
dengan kebahagiaan. Ia lahir dari pintu
hikmah yang sedang menjadi rahsia Tuhan.
Dia yakin kehidupannya telah diatur
dengan begitu indah dan cantik mengikut
alur cerita Tuhan, maka kerana itu dia
sentiasa bersangka baik dengan Tuhannya.
Sesungguhnya dia tenang dalam menikmati manisnya sabar.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang mampu mengendalikan sabar.
No comments:
Post a Comment