Tuesday, October 13, 2020

AIR MATA



 *Renungan Malam*


Tak semua air mata bererti duka

Kadang tangisan adalah kebahagiaan yang tak mampu diungkap dengan lisan..


Tak semua ketawa bererti suka

Kadang ketawa menjadi penutup hati yang luka..


Bila kita sakit hati, kita kecewa, kita sedih, maka menangislah...jangan ditahan airmata itu dari mengalir...


Menangis dan bersedih bukanlah bererti kita hilang harapan.Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Allah...


Sesekali menangis, hati kita akan bangkit dan sedar bahawa kita hanyalah hamba-Nya yang lemah dan kerdil.Kita hanya merancang, selebihnya Allah yang tentukan...


Sesekali menangis, bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, bukan Allah tidak tahu remuk dan rabaknya hati kita, bukan Allah tak faham kita, tetapi Dia mahu kita rapat pada-Nya, Dia mahu kita kembali pada-Nya, dekat dengan-Nya....


Sesekali menangis, kita akan nampak semula harapan dan mula bersemangat untuk kumpul kekuatan...percayalah, masih ada sinar dihujung jalan untuk kita dengan apa yang kita dah lalui ni...


Kasih-Nya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai. Yakinlah, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik setiap peristiwa yang menimpa...


Kuatlah seperti selalu, walau terkadang rasa tak mampu


Bersabarlah duhai jiwa yang sering diuji...



Caption gambar

Faseh menangis ketika main rollerblade nim..berebut bola rasanya.

Entri dia main rollerblade ada di sini.


Allahu..melihat entri lama2 ketika berada di Jordan menggamit 1001 perasaan kerinduan ketika berada di sana. 

Melihat kegigihan abi menyiapkan PhD di sana memang akan mengalirkan air mata. 

Sungguh rindu kepada yang telah tiada amat perit hendak dilalui.

Kadang rasa kuat, kadang rasa lemah.


Allah2..

Namun ada sahabat berpesan.. 

ingatlah kepada Yang Menciptakan manusia yang kita rindu itu..

Ingat kepada Yang Melahirkan rasa rindu itu..

Ingat kepada Yang Maha Berkuasa..

Ingat kepada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Ya Allah.. semoga air mata yang mengalir ini mampu memadamkan lautan api nerakaMu.


Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com