Bismillah Walhamdulillah
Jam 4.00 petang
Hari Sabtu..tadi pergi hantar Faheem dan Jazlah mengaji.
Yang tinggal Jannah dan Jazlah.
Sekejap lagi tok abah tok ma nak sampai
Kelmarin Jumaat xsempat buka laptop umi.
Pepagi anak ke Bukit Besar.Hok panjat Jazlah dan anak2 Pok Jad
Jannah Faheem beriadah di bawah kaki bukit.
Malamnya Pok Jad bawa anak2 main skuter di Pasarnita sini pulak.
Jazakumullahu khoiran kathiro Pok Jad dan Acik Huda dan family.
Oklah umi sambung diari abi siri kedua. Tak tahulah berapa siri boleh siap diari ni.Hehe
Kejap lagi lepas asar nak g ambik Faheem Jazlah balik mengaji pulak.
Ok..umi stop di mana..
Oh..Ct Scan pada 30.12.2019.
Hurm umi sebenarnya tidak diberitahu secara official tentang keputusan ct scan.
Namun atas nasihat Prof Nasir kawan abi..
dia kata terima dengan lapang dada dan teruskan je rawatan yang sebelum ni.
Kita throwback sikit apa terjadi sepanjang 2019.
Januari 2019.
2.1.2019.. setelah dibotakkan umi..hehe
6.1.2019. Abi dan umi bersantai di Pantai Teluk Ketapang.
Abi yang tulis tuh.
Romantikkan abi ^___^
14.1.2019. Impian abi nak sgt ride motor cenggini.
Kesihatan abi pada masa ni alhmdulillah.
Rawatan ketuk menggunakan kayu nona memang dibuat hampir setiap hari sebenarnya.
Februari 2019.
3.2.2019. Abi bersama Jumaanah.Lepas hantar umi pergi kerja.
Geleppor sekali Jumaanah duk dlm kete masa ni.hehe
4.2.2019. Abi bawa anak2 mandi kolam di Sumai.
Sebelum ambik umi di pejabat.
6.2.2019. Majlis Menyambut menantu Chu Eda di Kelantan.
Ma abah Man ni lah yang banyak membantu kami sepanjang abi buat rawatan di HUSM pada tahun 2020.Moga Allah sahaja mampu membalas jasa kalian berdua.
13.2.2019. Alhmdulillah kesihatan abi amat baik.
Masa ni memang abi pergi jumpa orang2 yang kena kanser untuk diberi suntikan motivasi.
Alhamdulillah, moga menjadi pahala buat abi.
20.2.2019. Abi dan umi makan pizza.Umi amik cuti hari ni.
Spent we time kat sini.hehe. Saayang abi sokmo.
28.2.2019. Abi join Kayuhan Antidadah.
Alhmdulillah abi amat bersemangat masa ni.
Siap pinjam helmet kawan dia lagi.
Basikal ni lama dah tak digunakan.
Petangnya 28.2.2019 ke Madrasatul Quran lilbanat.
Raikan hari lahir Kak Jannah yang ke 15.
Moga jadi anak solehah umi abi bahagiakan kami dunia akhirat.
Kak Jannah anak sulung kesayangan abi. Semua anak2 abi dia sayang.
Mac 2019
7.3.2019. Alhmdulillah abi sihat sangat masa ni.
13.3.2019. Umi ada kursus di Kelantan.
Kami sewa hotel di sana.
Abi jaga anak2 masa ni.
16.3.2019. Abi bawa anak2 ke stadium tertutup .
Jazlah ada pertandingan sukaneka masa ni.
19.3.2019. CT Scan kesekian kalinya.
Alhamdulillah pada masa ni result masa ni alhmdulillah masih statik.
31.3.2019. Masa ni abi di Negeri Sembilan. Kak Jannah dan mak abi juga ke sana.Insha Allah moga Faqehuddin menjadi anak soleh abi yangbahagiakan abi umi dunia akhirat.
April 2019.
11.4.2019. Uniform abi untuk mesin rumput di rumah.
Cermin mata hitam umi tuh.Alhamdulillah kesihatan abi di tahap yang baik.
20.4.2019.Menyuap makanan kepada Faheem dan Jumaanah.
Ni pakaian rasmi abi untuk aktiviti di luar rumah.
21.4.2019. Abi masih mengajar kelas2 di UniSZA dan juga kelas di surau dan masjid pada masa ni.
23.4.2019. Abi bergambar dengan rak kitab2 dia.
29.4.2019. Kek saprais dari abi untuk umi. Hari jadi umi yang ke 38 pada masa ni.
Suka sangat anak2 pada masa ni. Makan kek sebelum nak bertolak ke KL dan balik kg.
Terimakasih sgt2 abi syg.
Rupanya inilah kali terakhir abi belikan kek untuk umi di hari jadi umi.
Sebelum ni ada abi kirimkan bunga tanda saprais kat umi ke pejabat umi.Hehe.
Romantikkan abi. ^___^
Mei 2019
1.5.2019. Kami menziarahi sahabat NPC di Kuala Lumpur.
Namanya Dien. Juga diuji dengan penyakit sama seperti abi.
Moga syurga ganjaran utk mereka yang sabar di atas penyakit yang mereka hadapi.
Rahmati ampuni mereka berdua. Allahumma amin.
2.5.2019. Esoknya berbuka puasa bersama keluarga tersayang di Kuantan.
Mengambil peluang menziarahi Ust Hashim Yahya. Ust yang abi hormati.
16.5.2019. Abi bersama Jazlah dan Jumaanah.
18.5.2019. Berbuka puasa di Surau Saadah bersama sahabat2 jemaah abi.
Alhmdulillah mereka inilah yang banyak membantu abi memberi sokongan kepada abi untuk menghadapi ujian ini. Prof Nasir dan juga Ust Syed Lutfi dan Hj Ismail.
Moga Allah ganjari mereka berdua dengan pahala atas kebaikan mereka menyantuni abi
sepanjang hidup abi.
7.6.2019. Eidul Fitri. Alhmdulillah. Berkumpul keluarga abi di rumah Kak Mizan.
Alhmdulillah masa ni abi amat ceria.
Jun 2019
8.6.2019. Abi bawa mok abi ke terengganu masa ni. Ke pantai Teluk Ketapang.
Kesihatan mak agak menurun masa ni. Tanam separuh badan untuk kesegaran tubuh mok.
11.6.2019. Mok berada di Terengganu.
Abi jaga mok masa ni.
Alhmdulillah abi dan mok sama2 berubat utk pastikan kepulihan milik mereka.
Moga pahala untuk abi kerana menyantuni mok sebaiknya.
Oklah.. dari pukul 4.00 petang smp ke 1.00 pagi umi duk update entri ni.
Nampak bintang2 dah di langit.
Mohon permisi dulu.
Berpinar biji mata upload gambar dengan tarikh bagai.huhu
Insha Allah nanti umi sambung lagi ye.
Oh..malam tadi Tok abah tok ma sampai. Pok su yang drive kete. Tok abah rindu nak jumpa cucu katanya. Hari ini hari Ahad dah nak balik semula ke Kuantan.
Sekarang ni Syauqi dan Jumaanah tak tidur lagi duk landing atas katil sambil tgk youtube.
Oklah umi undur diri dulu.
1.41 pagiBayt Chonang Terengganu
Bintang2 di langit..Fenim dah
Kerinduan yang tak pernah padam untuk abi.
Ya Allah..ampuni abi
Temukan kami di SyurgaMu..Amin.
No comments:
Post a Comment