Saturday, October 3, 2020

DIARI CANCER FIHGTER 4

 Bismillah Walhamdulillah.

Alhdmulillah diberi keizinan untuk umi mencoret di sini.

Mencari idea dan mood bukan perkara yang mudah untuk mengupdate blog..

Pok Jad pun dah tanya Kak Jannah bila nak update. ^__^

Hurm... setakat blog peribadi je pun. ^__^


Umi wujudkan dengan niat memberi manfaat kepada orang yang membaca dan yang penting nukilan hati utk tatapan diri sendiri dan juga catatan kehidupan utk dibaca oleh anak2 umi.


Hanya mereka yang umi kenal je yg dapat access ke blog umi ni sebenarnya. 

Umi lebih suka berkongsi di sini berbanding facebook atau media sosial yang lain. 

Kat sini umi lebih bebas berkarya tanpa ada pihak yang memberi komen. ^__^


Sesiapa yang membaca blog ini kethuilah andalah sahabat-sahabat dunia akhirat umi tak kira dari saudara mara, kawan2.  Jazakumullahu Khoiran Kathiro. Doakan umi ye!


Jam 11.00 mlm sekarang.  3. Oktober 2020. Hari Sabtu.

Jumaanah belum tidur lagi.

Kak Jannah menyiapkan tempahan dia. 

Pok Jad ada tempah request urgent katanya. 


Tok Abah tok Ma ada di sini. Alhmdulillah. Syauqi pun ada. 

Si budak bijak banyak cakap tuh.

Abang Faheem dan Kak Jazlah dah selamat tidur awal. 

Esok mereka sekolah.


Hurm..ingin menyambung diari sebenarnya.. 
tapi umi lock jap entri ni. Umi nak siapkan laporan bulanan umi jap. 

Ok..dah siap report.. kita sambung diari ni .
Kat mana umi berhenti ye..

 Siri 1 di sini. Siri 2 di sini. Siri 3 di sini.


Ok ..

Throwback - 28.10.2020. Mendapat perkhabaran duka.
Kawan abi yang sebelum ni abi ziarah di KL dan juga di Dungun, Dien namanya telah pergi menghadap Ilahi. 
Juga pesakit NPC ( Nasopharhyngeal Cancer- Kanser Pangkal Hidung)
Berehatlah dari segala kesakitan di dunia ini.
Allah lebih sayangkan dia. 
Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali.
Semoga syurga tempat pertemuan kita semua nanti. 
Ganjaran besar menanti Kak Ayu bersabar menghadapi ujian ini. Insha Allah.


NOVEMBER 2019.


18.11.2019 
Pertama kali naik ambulans ke UMC- UniSZA Medical Center.
Dari sana direfer ke kecemasan HSNZ.
Di UMC kawan2 abi ada sekali.
PM Dr Syd Luthfi, U Engku. 
Umi pecut kereta macam ribut kejar ambulans.
 Anak2 minta Faqeh uruskan.
Alhamdulillah Faqeh ada masa ni.
Kawan2 umi hantar makanan kepada anak2 umi.
Alhamdulillah dikurniakan sahabat2 dan jiran2 yang prihatin.

Abi dimasukkan ke kecemasan HSNZ pada 18.11.2019

Selera je makan ni.
Alhamdulillah, tiada apa2 yang membimbangkan. 
Dr suspek ada batu karang. Diberi ubat.Insha Allah blh baik.


19.11.2020 Umi jaga abi di hospital. 
Ni pepagi selepas subuh saahabat2 abi datang. 
PM Dr Syd Lutfi, Prof Nasir dan Dr Aziz datang ziarah.
Alhamdulillah sehari je berkampung di HSNZ.


21.11.2019 Mengambil keputusan UPSR abang Faseh di Al Amin. 
Alhdmulillah keputusan yang boleh dibanggakan. 


23.11.2019 Faheem bersunat di rumah. 
Disunatkan oleh Prof Nasir di ruang tamu rumah kami. ^__^
Sambil dipegang oleh abi, Tok Abah dan Tok Ma. 
Alhamdulillah selesai dengan penuh drama air mata. ^__^
Jangan serik lagi ye Faheem! Dah besar kamu sayang!
Sekarang dah jadi imam kami di rumah.


DISEMBER 2019

Alhamdulillah sebelum menunaikan umrah abi masih boleh membawa kereta. 
Walau demam dah start datang sekali sekala.

Seminggu sebelum bertolak abi ingin menarik diri menjadi mutawwif atas faktor kesihatan.
Namun Cikgu Bakhtiar dan Kak Farah memberi semangat yang abi mampu menjalankan amanah sebaik mungkin. 

Kebetulan pulak abi mengidam makan durian musang king. 
Terimakaseh sgt2 Cikgu Baq dan Kak Farah. 
Alhamdulillah dikurniakan jiran2 yang baik hati memudahkan urusan kami sekeluarga.

2.12.2020 Alhamdulillah. 
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah masing2 yang dijemput menjadi tetamu Allah.

Kakak abi dan abang ipar abi beserta mak sedara pergi sekali.
Abi diberi amanah menjadi mutawwif untuk umrah kali ini.

Kak Jannah yang paling happynya.. 
Tunai hajat dia hadiah setelah habis syahadah. Alhamdulillah.

Kami sekeluarga pernah menunaikan umrah semasa berada di Jordan.
Masa tu Kak Jannah kecik lagi. Alhamdulillah.. 
Catatan umrah ada di sini.
Video masa umrah 2010- jemaah usung jenazah. Ada di sini.


Abi kelihatan sihat dan segar walau demam datang sekali sekala. 
Namun abi gagahkan diri. Semuanya dengan izin Allah belaka.
La Haula Wala Quwwata Illa Billah.



Kak Jannah dan abi Masjid Nabawi

ini umi ambik dari FB Umrah Mekah Travel.
Abi memang sentiasa memberi tazkirah untuk ahli2 jemaah.
Walau abi tidak berapa larat sebenarnya, namun bila memberi tazkirah memang akan jadi bersemangat abi ni. ^__^. 
Rezeki Allah untuk abi mempunyai ilmu agama dan menyampaikan ilmu kepada orang lain. Semoga menjadi saksi di hadapan Allah nanti.



Abi bersama Cikgu Bakhtiar. Orang kuat Surau Taman Chonang Jaya. 
Sahabat kawan rapat abi. Banyak membantu kami sekeluarga.

Moga kekal persahabatan mereka sampai akhirat. 
Dapat berkumpul di Syurga Allah bersama..Amin.

Abi dah pesan pada umi, apa2 jadi pada abi jika abi tiada, 
orang pertama call adalah Cikgu Bakhtiar.
Ye memang malam abi tiada hari tuh, orang pertama umi call adalah Cikgu Bakhtiar.
Allahu... Semoga Allah sahaja mampu membalas jasa baik Cg Baq dan Kak Farah.


Abi di Mekah Al Mukarramah.
Alhamdulillah abi dapat menunaikan umrah dengan sebaik mungkin. 
Semoga ibadah ini menjadi pemberat di mizan Allah nanti.


Balik dari umrah, abi sakit leher. 
Prof Nasir belikan kepada abi.
Soft Cervical Neck Collar. 
Alhamdulillah abi selesa memakainya, 
kurang sedikit kesakitan pada bengkak di leher abi.

Umi share kan di sini coretan anak murid abi yang sentiasa ada menziarahi abi.

*السلام عليكم ورحمة الله وباركته*


Pada 30 hb ini, *Prof Madya Dr. Mohamad Zaid Bin Ismail* akan menjalani CT scan. 

Prof Madya Dr. Zaid minta untuk kita sama-sama melaksanakan solat hajat supaya sel kanser tidak merebak.


Sepanjang menziarahi Prof Madya  Dr. Zaid, beliau masih kuatkan diri untuk berkongsi ilmu dan menyampaikan nasihat. 

Prof Madya Dr. Zaid memulakan bicara beliau, katanya ramai di kalangan pelajar yang minat pada Talaqqi Feqah tapi tidak pada Tasawwuf... 

*Tidak ada Tazkiyatun Nafs*... Tiada khusyuk (dalam ilmu tasawwuf)... Kalau Feqah ni dia sebut je. 


*Setiap orang mesti ada amalan zikir khusus yang kita ambil secara berguru untuk amalan harian.

In shaa Allah dengan zikir tu kita rasa keberadaan Allah dekat dengan kita.. 

Waktu sakit, perkara-perkara macam ini cukup memainkan peranan untuk menjaga *JIWA dan IMAN* kita.

Masa sakit syaitan akan ganggu dalam mimpi.. 

Duduk saja-saja, mari lintasan supaya kita kecewa dengan hidup. 

Tapi kalau ada dinding yang kita bina lama dah dalam diri kita, maka kita akan redha dengan hidup kita.


*Amalan zikir* takkan sebati dalam badan kita sehari dua, tapi lama...

Kadang-kadang, kita sebut di mulut *"Subhanallah"* tapi hati kita tak sebut... 

Ni dipanggil, org yang berzikir tapi "ghaflah" (lalai). Jadi, kita nak bila kita berzikir 

masuk dalam tubuh badan...


Bina kekuatan dalaman... Kita bila nak berzikir, kita kena senyap. Jauh dari org.


*Sebut Allah Allah*.

Kita perlu ada sesuatu untuk jaga diri kita.. 

Amalan umum kadang-kadang tak mampu nak jaga diri kita. T

ak semua org boleh jaga diri dengan amalan umum : (solat, puasa)... 

Orang mencuri pon solat, orang tak tutup aurat pon solat.. 

Satu-satu amalan yang boleh dekatkan diri dengan Allah adalah zikir... (pergi suluk)  

Kalau ambil zikir daripada awal, jiwa akan kental... 

Sebab kita tak tahu zaman tua kita macam mana... Boleh jadi kita sakit apabila tua.

Waktu masih muda, masih semangat lagi untuk memantapkan Ibadah... 


Prof Madya Dr. Zaid turut berkongsi cerita arwah Dr. Shahril... 

"Sebelum meninggal, Dr. Shahril cakap beliau nak muntah.. 

Dr. muntah banyak sangat waktu dalam flight... 

Allah bersihkan badannya daripada semua kotoran.. Lepas tu Dr. Shahril mengadu pada Dr. Syed Luthfi, 

nak buang air.. 

Bersih lagi daripada najis-najis... 

Lepas tu Dr. jatuh.. 

Kalau awak semua tengok wajah Dr. Shahril, lembut wajah beliau... 

Senyum mukanya... 

Kita sedih dengan kehilangan, tapi beliau lebih gembira nak ke alam sana..." 


*Sebagai penuntut ilmu dan anak murid, 

doakan lah murabbi kita diberi kesembuhan dan kuat dalam mengharungi ujian*


*_Dia murabbi kami*_


Disediakan oleh 

_MANTAN PMKI Sesi 2017/2018_


Arwah Dr Shahril di barisan belakang bersebelahan PM Dr Syed Luthfi
Di barisan hadapan Dr Nor (Isteri Prof Nasir)
Gambar diambil ketika di Jordan pada Jan 2018 - 
lawatan ke Pusat Pemulihan Dadah di sana.



30.12.2020 Abi bersama Prof Nasir.
Abi buat ujian CT Scan di HSNZ pada paginya. 
Umi temankan abi.
Petangnya abi ke Klinik Hiliran bersama Prof Nasir.
Sentiasa menemani abi untuk urusan perubatan abi.
Alhamdulillah abi dikelilingi orang2 yang soleh dan baik hati.


JANUARI 2020.

Tahun baru bermula.Alam persekolah juga bermula. 
Semua kelengkapan sekolah anak2 umi yang uruskan.
 Letih mmg letih tapi gembira bila balik rumah tunjuk kat abi beg sekolah bagai..
abi kata bagus dan cantik. Alhamdulillah.

Pendaftaran sekolah anak2 juga umi uruskan. Abi tunjuk ajar dari A-Z. 
Alhamdulillah abi banyak membantu mudahkan urusan umi.
Alhamdulillah itu rupanya tarbiah awal dari abi supaya umi belajar berdikari. 
Allahu.. setiap apa yang berlaku pasti ada 1001 hikmahnya. 
Tinggal saja kita yang membuka mata hati untuk melihat apa yang tersurat dan tersirat.



18 Januari 2020 Abi keluar 40 hari bersama jemaah Tabligh ke Kelantan dan juga Thailand untuk mencari kekuatan rohani memperkukuhkan amal ibadat buat bekal di hadapan Allah nanti.

Alhamdulillah abi berselera makan di sana.

Alhamdulillah dalam pada mencari kekuatan jasmani dan rohani di sana, abi diberi peluang untuk memberi sedikit kata perangsang kepada penghuni di Pusat Pemulihan Dadah di Patani..
Semoga ada ganjaran pahala kebaikan amal jariah mengalir kepada abi di alam yang kekal abadi nanti, Insha Allah.

Abi bersama Haji Hassan yang banyak membantu menguruskan segala hal abi di sana. 
Semoga Allah sahaja mampu membalasnya di dunia dan akhirat.

26 Januari 2020.

Mendapat perkhabaran pilu, sahabat NPC - 
( Nasopharhyngeal Cancer- Kanser Pangkal Hidung)
 abi yang bernama Hilmi telah dipanggil menghadap Ilahi. 
Allah lebih sayangkan dia. Bertabahlah ye As. Allah uji sebab Allah sayang.

Semasa abi di Thailand semua umi uruskan urusan anak2. Allah betul2 uji umi. 

Dengan Kak Jannah mari sakit gatal2 badan sampai kena cucuk sejarum baru lega.

Episod lainnya Faseh demam 2 mggu berada di rumah. 
Terpaksa pergi sedut nebulizer di Klinik Hijra.

Selepas itu Hurul Jazlah pula demam 3, 4 hari tidak ke sekolah.
Lepas Hurul Jazlah baik demam, Hurul Jumaanah pula demam yang tinggi. 
Terpaksa masukkan ubat di bontot kerana terlalu panas sgt demam. 

Alhamdulillah ala kulli hal.
Allahu..umi laluinya dengan ketabahan dan kekuaatn dari Allah juga.
Setiap jam melapor apa yang terjadi kepada abi. 
Dan abi akan membalas dengan memberi kata2 semangat kepada umi supaya bertabah. 
Abi sentiada doakan umi.

Namun sekarang, umi ceritakan apa saja yang berlaku di dalam hidup umi kepada abi melalui mesej. Bezanya sekarang abi xbalas. :(
Namun, memberi 1001 kepuasan kepada umi. ^__^


FEBRUARI 2020

Abi pakai barut di perut dan letakkan bantal kecil bagi menahan kesakitan.  Alhamdulillah abi selesa dan bahagia dengan apa yang Allah kurniakan pada dia. Abi memang kuat semangat!!!


 14.2.2020. Abi balik dari Thailand. Kesihatan abi agak merosot. Namun abi semakin tabah dan kuat kental semangat menghadapi segala kesakitan yang abi lalui. Apa yang abi dapat dari tarekat bawah Tn Guru Dr Jahid, dari umrah dan keluar tabligh itulah kekuatan yang ada pada abi untuk terus bersemangat menghadapi kesakitan kanser ini. Semua yang berlaku kurniaan dan dengan izin Allah semuanya.

MAC 2020.

15.3.2020
Lagi sekali diuji abi dimasukkan ke wad kecemasan HSNZ.
Allah2.. masa ni keluarga abi ada di sini.
Episod yang lagi mencemaskan!
Nantikan di episod seterusnya ye...
Brp siri nak habis ni umi? ^^____^^


Oklah... panjang sangat dah karangan umi kali nim.
Nak tahu pukul brp sekarang?
Jam sekarang pukul 11.00 malam, hari Ahad, 4.10.2020.
Huhu.. 24 jam entri ni ditulis
.
Semalam ngantuk sangat..tertidur sambil buat report bulanan.
Siang tadi pun sambung buat report.

Malam tadi ni pun duk search gambar, tengok tarikh.
Cek pasport, cek discaj note bagai, cek mesej2 dengan abi.
Imbau kenangan untuk dinukil dan dipahatkan di sini.
Semoga ada manfaatnya bersama.

Juga memberi semangat kepada umi untuk teruskan kehidupan.
Semangat kepada Hurul Jannah
Semangat kepada Muhammad Faqehuddin
Semangat kepada Muhammad Fasehuddin
Semangat kepada Muhammad Faheemuddin
Semangat kepada Hurul Jazlah
Semangat kepada Hurul Jumaanah..

Ketahulah abi kalian semua adalah seorang pesakit kanser yang KUAT SEMANGAT!!!
Segala pujian kekuatan dari Allah.
Dunia ini hanya pinjama.
Tiada yang kekal abadi.


okey.. umi minta diri dulu. 
Jumaanah dah nak tidur. 
Syauqi dah selamat beradu dengan tokma dan tokabah.
 
Nanti diari episod 5 akan bersambung lagi. 
Sila bertabah ye. ^___^

Jam 11.11 mlm. 
4 Oktober 2020 bersamaan 16 Safar 1442. 
Hari ke 46 abi bertemu kekasihnya. 

Hari ni hujan, 
orang buat pagar tak datang hr ni.

Baik2 aje ye abi di sana.
Umi dan anak2 baik2 aje di sini.
Insha Allah!

Aku SERAHKAN segala urusanku bulat2 kepada Allah
Sesungguhnya Allah Maha MELIHAT hamba2Nya.


2 comments:

lamanbonda.blogspot said...

Allahu.. semoga izma kuat dan tabah😭😭😭

ummufaqeh said...

Allahumma aamin Ya Allah.

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com