Monday, September 28, 2020

SALAM RINDU

 Bismillah Walhamdulillah..

Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi nikmat iman dan sihat untuk bernafas di bumi Allah ini.

Jam 10.30 malam. Hari Isnin, 28 Sept 2020.

Faheem dan Jazlah sudah lama beradu. Malam ni tidur dalam bilik mereka sendiri. Sebelum ni tidur dalam bilik Kak Jannah. Kesian Kak Jannah asyik makan kaki Jazlah pepagi..hehe

Alhmdulillah malam ni mereka tidur bilik sendiri. Faheem tidur di katil atas. Jazlah tidur di bawah. Baru je tidur bilik sendiri selepas abi tiada. 

Memandang wajah mereka yang tengah tidur, sambil mengelus rambut mereka dan bacakan surah Al Insyirah memberi 1001 perasaan kepada umi. Besar dah anak umi berdua nim. Nanti dah masuk sek men akan duduk asrama. Hurm.. teringat hero umi yang 2 orang ada di asrama sekarang.

Jumaanah dah tidur awal lagi. Tidur dalam buai sambil gentel kain pelikat abi dan isap puting dia. Hehe.. Kalau tiada salah satu memang tak boleh nak tidur anak bongsu umi ni. Dah banyak cakap sekarang walaupun masih pelat. Alhamdulillah kamu penghibur umi di kala resah rawan melanda. Keletahmu mendamaikan dan memberi ketenangan kepada umi. Abi amat sayang padamu adik! 

Setiap hari tengok video dan gambar abi. Kau masih belum mengerti sayang. Sekarang umurmu baru 2 tahun, nanti umurmu cecah 5, 6 tahun baru kau akan faham bahawa abimu telah bertemu kekasihnya syg!

Kak Jannah ada dalam bilik dia. Duduk mempromosikan produk2 jualan dia..hehe.

Akhir2 bulan ni segala pembayaran utiliti di bawah tanggungjawab umi. Sebelum ni semua perbankan internet guna yang abi. Abi xbg umi ada perbankan internet sbb umi boros.^__^. Dululah boros, sekarang dah pandai berjimat cermat. Betul tak Kak Jannah? ;)

Dalam tempoh 3 bulan lepas umi dah start ambik alih tugasan abi dengan tunjuk ajar dari abi. Alhmdulillah tarbiyah persediaan dr abi utk umi. Semua cara nak bayar bil2 utiliti dan yuran2 sekolah anak bagai. Cuma satu je abi xsempat ajar. Pembayaran loan kereta..sbb moratorium kan. Alhamdulillah Allah hadirkan sahabat2 membantu. hehe..Terimakaseh Kak Zee. Tak jemu bantu kami sekeluarga..Best Choco Wow! ( nak kena promote juga ni ^__^ )


Umi nak cerita apa ye..hurm..

Mak Ayu dah tanya..lama tak update blog  ^___^

Hentahlah mood agak ke laut 2,3  hari ni. 

Mencari semangat yang separuh dah hilang. 

Nyawa juga sudah separuh hilang. 

Melihat anak2 membesar sebagai penguat semangat teruskan kehidupan. 

Ada amanah yang perlu ditunaikan.

Benarlah kita ini hamba Allah yang lemah.

Hanya dengan Allah Yang Maha Kuat kita akan KUAT!



Allahu.. diari cancer abi dah masuk siri 3. 

Siri 1 di sini. Siri 2 di sini. Siri 3 di sini.

Bila nak masuk siri 4 ^___^ ?

Nantilah umi sambung. 

Kali ni nak tepek lagu nasyid.



   



Kata2 Oki di permulaan Nasyid ini..

Bila rindu itu datang..

Ketika cintaku telah pulang..

Teruslah hidup dalam cintaku..

Yang pernah memberi KEKUATAN!


Bahkan bukan untuk mematahkan..

Baik2 sajalah hidupmu..

Sementara TANPA AKU...


( Allahuuu menitis air mata membayangkan keadaan diri sendiri..

Hidup kena KUAT! )


Kata2 dari Ust Fathi Naim di akhir Nasyid ini...


Kau yg mengajarku tentang semua..

Tapi terlupa menjelaskan padaku..

Betapa pedihnya KEHILANGAN!


Rindu yang dekat

Tapi tak mampu kupegang

Sendiri aku tahu tentang kesabaran

Dan REDHA pada sebuah perpisahan...


( Allah2..Benar abi telah ajar kepada umi semua perkara..

Tapi terlupa ajar pedihnya sebuah kehilangan.. 

Redha yang penting...

Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah serba serbi ini.)




Ini lirik dia

Salam Rindu by Fathi Naim Composer: Fathi Naim Writer: Yafi Production Copyright: Fathi Naim

SALAM RINDU Saat hadirmu Dalam hidupku Kau bawa cinta Umpama cahaya Namun engkau milikNya Dalam sujudku Terukir namamu Tegarku, terima takdir kita (verse) Kini ku mengerti Dikau telah pergi Bertasbihku merindu (chorus) Pernah dulu, ku ada dia Cintainya, seluruh jiwa Tulus hatinya, ajariku Cinta bukan semata dunia Oh Tuhanku, Ku pohon dariMu Sampaikanlah Salam rinduku Tiba saatnya ,kau dan aku Abadi cinta kita di sana


Menghayati lirik nasyid ini..
meruntun jiwa..
galau perasaan..
hiba di hati tidak tertahan..
Namun memberi 1001 inspirasi untuk meneruskan kehidupan..

Dalam video ini ..apa yang dialami oleh sang suami memang dialami oleh orang yang kehilangan orang yang tersayang. 
Betul kan Kak Ayu..Kak Yanti, As & Sha.. suami mrk sedang berbahagia di alam sana. Juga pesakit NPC.
Allah2.. Semoga kita semua dapat bertemu di syurga Allah. Kena pecut amal ibadah ye semua!

Membayangkan ketika makan.. terbayang semua lauk kegemaran dia..
Membayangkan balik dari kerja..ada yang menyambut!
Selepas solat berjemaah ada yang bersalam..
Sambil menyusun baju ada yang tolong lipat bersama..
Menangis sayu sambil menggenggam baju kesayangan dia..
Membayangkan saat2 indah ketika bersama2..
Allah2..
Ya Allah sampaikan salam RINDUku pada dia...
Ya Allah semoga cinta dan rindu ini membuatkan aku bertambah dekat dan hampir kepadaMu
Kerana tiada apa yang di dunia ini milik kita, semua adalah MILIKNYA.

Terimakaseh banyak untuk INTEAM Digital kerana menerbitkan lagu2 berunsur kasih sayang sesama manusia dengan cara islamik. - 
( promo kat sini..blh dpt free gift cd tak? ^___^ )
Zaujah kepada Hazamin kawan umi..Kak Yanti yang comel nama dia.. 
blogger yang aktif juga dulu masa umi duduk kat Jordan.Sekarang nak buka xleh dah. 
Umi ada group sek men bersama kawan2 dulu.. Alhamdulillah ramai sahabat2 yg bg sokongan dari segi mental dan material. Semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua!


Oklah umi nak undur diri.
Tetiba baby umi ni terbangun pulak.
Nak susu...
Pergi jenguk Jazlah..sebelah kaki dah nak terjatuh dari katil. :)

Oklah..umi tidur dulu..
Sungguh rindu ini sentiasa mekar dan berbunga.
Ya Allah temukan kami di SyurgaMu. Ameeen!

28.9.2020 genap 40 hari abi tiada di sisi.


Bayty Jannaty, Chonang Jaya,
 Terengganu
11.48 mlm.. 
Suasana agak sejuk skrg. 
Hujan 2,3 hr..
Moga ada sinar baru di hari2 mendatang.




No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com