Renungan Malam
SAHABAT
Jika kamu tidak mampu, Allah tidak akan memilihmu kerana Allah akan menguji sekadar kemampuan diri untuk menghadapinya. Allah tidak akan menguji melebihi batas kemampuan kita.
Tidak mengapa bersedih seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kamu mesti bangkit semula.
Di tanganmu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Syukur kau terpilih untuk melalui jalan itu. Jalan mujahadah di lebuh raya mehnah. Kau terpilih, bukan tersisih. Terpilih untuk merasai mehnah Ilahi,
Sibukkanlah dirimu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hatimu dengan menggembirakan orang lain.
Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah al-Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan.
Menangislah.... itu bukan kerana kau lemah tetapi kerana fitrah, kerana telah begitu lama kau mengempang kesedihan!
Begitulah setiap kali Rasulullah bila terasa gundah… diadukannya kesedihan kepada Allah. Lalu masyhurlah kata baginda yang apabila nestapa melanda, “Aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku."
Bisikkan ke dalam hatimu yang paling dalam. Pemilik segala ialah al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya.
Pada kita hanya ada amanah, sampai masanya terpaksa diserah.Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki.
Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi tetapi katakan padaku sentiasa ada yang menanti. Tunaikan amanah, perhebatkan ibadah semoga kita melangkah ke syurga!
No comments:
Post a Comment