Saturday, September 26, 2020

DIARI CANCER FIGHTER 3

 Bismillah Walhamdulillah..

Jam 10.50 malam, hari Jumaat hari ni.

Kak Jannah tengah basuh pinggan kat dapur. Beritahu dia Mak Teh dekat Australia ada mesin basuh pinggan.Teruja sgt dia. Ok Mak Teh sila bawa balik mesin tersebut..kiki

Faheem dan Jazlah dah selamat tidur awal. Esok nak berkelah dengan Pok Jad. Stendbai dari hari Isnin hari tu dah. Setiap hari bertanya nak kemas barang apa nak bawa untuk berkelah. Amat2 teruja mereka berdua. Malam ni tidur awal. Pok Jad kata lepas subuh Pok Jad mari ambik.Hehe.

Jumaanah? Dah selamat beradu atas katil umi.Alhamdulillah tidur awal malam ni. Hari ni tak tidur siang. Pagi dan petang Faheem Jazlah pergi mengaji. Sepatutnya mengaji petang Jumaat dan petang Sabtu. Tapi..sebab esok nak g berkelah, dah ganti siap2 hari ni. Semangat!


Ok...apa ye nak disambung pada hari ni..

Umi nak sambung diari cancer abi sebenarnya.

 Diari pertama di sini. Diari ke dua di sini.

Takdir Allah umi terjumpa catatan kanser abi dalam laptop abi nim.

Allahu..catatan dari abi sendiri.Umi tahu sebelum ni memang abi ada menulis. Tapi tak tergerak untuk membaca. Allahu..sebak di dada. Nanti umi kongsikan di entry seterusnya.


Ok kita sambung..

JULAI 2019

16.7.2019 Abi menghantar Jazlah sek PASTI masa ni. 
Adik Jumaanah sekali.hehe

8.7.2019 abi ke Hotel Tenera di Bangi.

16.7.2019 alhamdulillah kesihatan masih milik abi pada waktu ini. 
Menjalani kehidupan seperti biasa. Mencari bekalan akhirat.

18.7.2019. Jazlah anak manja abi. 
Request nak makan roti canai sokmo. 
Abi turutkan sokmo pepagi.Hehe

25.7.2019. Abi ada program bersama Tn Guru Dr Jahid di UMP. 
Abi berkongsi pengalaman menjalani rawatan refleksologi rotan. 
Alhamdulillah semoga ada saham di akhirat utk abi.

29.7.2019 Abi menggunakan ais untuk diletakkan pada bengkak di leher abi. 
Alhamdulillah memberi kelegaan kepada abi.

30.7.2019. Rambutan di kampung. 
Alhamdulillah nikmat rezeki. 

OGOS 2019

8.8.2019 Lagi sekali makan dengan anak dara abi nim. 
Kali ni makang laksang


11.8.2019 Melapah daging korban di Chendering. 
Rupanya inilah kali terakhir abi melapah daging.
Tahun 2020 kesihatan abi sudah tidak mengizinkan.


15.8.2019. Abi berposing di pejabat abi.Abi masih sihat pada masa ni.
Semalam 14.8. sambut harilahir Faqeh di restoran arab.

17.8.2019 Abi selalu bawa anak2 jalan naik motor petang2.

23.8.19 Ambil masa sekejap menziarahi sahabat Dien di Dungun yang sebelum ni abi ziarah di Kl. Alhmdulillah bertambah sihat.Siap boleh gorang CKT kat kami..Memang sedap! Sekarang isteri dia Kak Ayu masih meneruskan legasi CKT cinta mereka berdua. 


30.8.2019. Dalam perjalanan balik ke kampung.

31.8.2019. Rambutan Againzz.


SEPTEMBER 2019

3.9.2019. Abi menghadiri Majlis Konvo di KUIPSAS kalu tak silap.

3.9.2019 Jumpa mak di Hospital UIA. Mak menjalani rawatan di sana. 
Moga kesembuhan milik mok.

3.9.2019 Ini kawan baik abi ketika belajar di KUIPSAS dulu. Wak Lim nama dia.
Abi selalu pakai baju yang dia jahit. Setiakawan mereka.

5.9.2019 bersantai mandi kolam di rumah.


11.9.2019 Bersama kawan baik di UniSZA Prof Dr Nasir. 
Tak ingat dah ke mana mereka berdua ni. 
Banyak projek bersama. Pergi meeting kalu tak silap.

25.9.2019. Ok bersama anak sulung kesayangan abi. Hari ini hari bersejarah bagi Hurul Jannah kerana dapat melepasi ujian mendapatkan sijil Syahadah. Allahu..umi yang dengar dia menghafaz depan 3 orang Ustazah dari pagi ke petang rasa macam nak pengsan. Allahu berbahagialah abi di sana. Anak abi ini Hafizah Quran. Menuntut janji dibawa umrah.

28.9.2019. Riiindu senyuman abi. Bawa makan abc mok. 
Memang anak kesayangan mok abi ni. Maklumlah anak lelaki seorang.


OKTOBER 2019

13.10.2019 bersama kawan baik abi Prof Dr Syed Lutfi. 
Memang bersahabat baik dengan Prof Nasir.

Bersama Kak Ida yang juga pensyarah di KUIPSAS. Konvo PhD di UniSZA. 
Juga kawan baik abi semasa belajar di KUIPSAS. Sekali dengan Wak Lim.


19.10.2019. Abi dalam perjalanan ke program pelajar umi. 
Abi menyampaikan ceramah pada masa ni. Penuh bersemangat!
Alhamdulillah Allah izin abi memberi tazkirah.
Moga menjadi saham abi di sana.

25.10.2019 abi ke Krabi, Thailand masa ni.
Melawat pusat pemulihan dadah di sana. 


Naik bot di sana.

Berehat sambil makan aiskrim.
Alhamdulillah  Allah izin untuk abi ke sana. 
Abi amat2 sihat pada masa ini.







NOVEMBER 2019

1.11.2019 Alhamdulillah pada tarikh ini abi masih sihat. 
Bersama adik Jumaanah.

18.11.2019. Segala2nya bermula di sini. Allahu. Rasa tak sanggup nak teruskan catatan. Pertama kali abi dimasukkan ke wad kecemasan. Pengalaman umi naik ambulans. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan.



Oklah umi rasa umi berhenti rehat sebentar. 
Sudah pukul 12.10 pagi, pagi Sabtu.
Berapa jam dah mengadap laptop ni.
Sudah nampak bintang2 di langit.

Semua gambar diambil dari telefon abi.
Pening nak upload gambar sekali dengan caption bagai.
Nak teruskan catatan ini juga berdebar.

Banyak lagi episod2 cancer fighter ni.
Nanti umi sambung lagi ye.
Berapa siri nak habis ni umi.
Hentahlah. ^___^

Umi mohon undur diri dulu.
Maaf salah silap

26.9.2020 @ 8 Safar 1442
Hari 38 abi berehat dan damai di alam sana.
Tinggal umi dan anak2 meneruskan kehidupan bersama 
sisa2 kenangan yang manis utk dikenang bersama.

Penguat semangat di kala rebah.
Pengubat kerinduan di kala keresahan melanda.

Insha Allah hidup ini perlu KUAT!
Kuat segala2nya..
Kuat semangat!
Kuat iman!
Kuat amal ibadah!
Kuat hubangan dengan Allah!
Kuat pergantungan dengan Allah!
Kuat keyakinan bahawa dapat berkumpul di Syurga nanti..
Insha Allah

Bayty Jannaty
Chonang Jaya, Terengganu
Jooom tidur! ^____^


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com