Bismillah Walhamdulillah
Jam sekarang 12 thari.
Baby Jumaanah dah bangun, duk layan Aishwa Nahla kat youtube.
Hurm... xde mood lagi nak sambung diari cancer abi. Next entri umi sambung.
Frame gambar tu kawan umi yang beri.
Butang2 dah makin berkurang main dek Jumaanah.
Menelusuri bacaan buku Teman di Barzakh ini memberi 1001 perasaan yang tidak dapat digambarkan sebenarnya. Allahu.
Meremang buku membaca membayangkan apa yang telah dan sedang dilalui oleh abi sekarang. Allahu
Bagaimana kesudahan hidup umi pula nanti.
Benarlah cukuplah kematian itu sebagai peringatan.
Kadang kita lebih mementingkan kenikmatan dunia yang hanya sesaat dan lupa terhadap kehidupan akhirat yang kekal. Duni ni bersifat sementara sahaja.
بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
Tetapi kalian memilih kehidupan duniawi,
padahal kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (al-A’laa: 16-17)
Salah satu petikan di dalam buku tersebut.
Allahu.. Semoga abi beroleh mati syahid akhirat.
Pahala diperolehinya kerana menanggung kesakitan.
Yaa..umi saksi bahawa memang kanser ini penyakit yang menyakitkan.
Pelbagai kemungkinan akan ada pada seorang pesakit kanser.
Kadang tak sanggup kesakitan yang ditanggung, umi berdoa Allah ringankan kesakitan abi.
Ya..sekarang Allah makbulkan.
Bukan setakat ringan kesakitan..
Malah tiada lagi kesakitan yang ditanggung abi.
Jasad sudah dimakan ulat2 bagai sekarang. Sedangkan roh abi berbahagia sekarang.
Dunia ni semuanya bersifat sementara..Sakit Sihat..Kaya..Miskin..Muda. Tua
semuanya sementara.
Amalan yang penting untuk makanan roh saham akhirat nanti.
Allah2..ampuni kami semua hambaMu yang lalai.
Ok..dah pukul 12 lebih..Jumaanah nak makan nasi dagang
Nasi dagang yang sedap siap ada kepala ikan aya lagi.
Alhamdulillah rezeki datang ke rumah..Sape yang beri?
Terimakaseh Pn Dila Mubarak founder Mamadil
Yeayyy alhamdulillah..
Dapat gambar dengan produk diapun jadiklah.
Xsempat nak selfie hehe.. Umi dengan berkain sembahyangnya..
Pn Dila dengan Anggun yg comeynye baru lepas balik hantar Akid ke sekolah.
Anda memang seorang yang pemurah Pn Dila, patutlah rezeki anda melimpah ruah.
Semoga bertambah keberkatan dalam rezeki Pn Dila atas segala amalan yang Pn Dila lakukan. Bersyukur anda nikmat dunia anda kecapi..semoga kita semua mendapat keberkatan hidup dunia akhirat, Insha Allah.
Lepas ni nak beli Women Love pulak..dapat diskaun tak? ^____^
Sempat bercerita sebentar dengan Pn Dila mengenai arwah ayah Pn Dila yang juga diberi ujian sakit kanser.
Walau 3 bulan sahaja, namun Allah lebih sayangkan dia.
Walau sesayang manapun kita kepada dia.. Allah lebih sayangkan dia.
Allahu..semoga mereka yang mendapat ujian sakit kanser berbahagia kerana jika anda redha dan sabar menanggung kesakitan akan dijanjikan Allah mati syahid akhirat, Insha Allah.
Nak sangat bertemu di dalam mimpikan Pn Dila.
Namun Allah izinkan arwah ayah Pn Dila berjumpa dengan orang lain.
Umi sendiri kawan2 baik abi ada berjumpa dalam mimpi dan mimpi disampaikan pada umi. Allahu semoga tenang mereka di alam sana.
Allahummma aaaminn.
Ok..nak undur diri..
Tadi dah suap separuh nasi dagang ke Jumaanah.
Sekarang dia makan sendiri pulak, hampir nak habis dah nasi sebungkus.
Memang anak ganung sungguh. Sedap nasi dagang nim. Panjang2 beras dia.
Siap tulis jam 1.20 thari
Nak balik dah Faheem dan Jazlah
Bayty Jannaty
Chonang Jaya, Terengganu
No comments:
Post a Comment