Bismillah Walhamdulillah
Alhamdulillah diberi kesempatan menukilkan sesuatu di sini
Jam 6.50 pagi. Hari Khamis
Faheem dan Jazlah bersiap ke sekolah.
Jazlah duk sikat rambut..tetiba mari gatal tangan nak ikat rambut kiri dan kanan
Haish umi kata mcamana nak pakai tudung nanti nampk mcm tanduk gitu
Dia tersengih2 je..hehe
Faheem Jazlah insha Allah berpuasa sunat hari ni. Sekolah yang anjurkan.
Kita tengok larat ke tak mereka berdua.
Oklah nak citer apa pagi ni..diari cancer tunggu next entri..hehe
Lagi beberapa minit van sekolah datang.
Semalam Jazlah balik cerita kita lepas sembhyang kat sekolah mesti doakan untuk abi.
Alhmdulillah baguslah Jazlah.
Ok van dah datang.
Umi hantar anak2 di muka pintu dan memandang sayu dari balik tingkap.
Allahu dah besar anak2 umi. Abi selalu bacakan doa di kepala Faheem Jazlah.
Sekarang umi yang ambik alih bacakan doa di ubun2 kepala mereka.
Teringat kenangan di Jordan juga sebegitu.
Anak2 naik van sekolah.
Umi lambai dari tingkat 2 imarah (bangunan) kami. Entri ada di sini.
Ya Allah jadikan anak2 umi anak soleh dan solehah bahagiakan abi umi dunia akhirat
Catatan santai di pagi.
Mulakan hari anda dengan ceria
Ada kawan umi tunggu post terbaru dah masuk hari ketiga xde entri baru.
Nanti ye akak.. saya update, hehe
Banyak urusan dunia nak setel.
24 September 2020 @ 6 Safar 1442
Hari ke36 abi tiada di sisi melihat anak2 membesar depan mata.
Allahu..umi akan teruskan menjaga dan mendidik amanah ini sebaik mungkin.
Ya Allah temukan kami di SyurgaMu.
No comments:
Post a Comment