Saturday, September 26, 2020

PUJUKLAH HATI!

 




Renungan Malam


Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.


Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kamu terduduk, membuat kamu menangis dan membuat kamu lebih banyak ingat Dia.


Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang.


Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.


Usah disalahkan takdir sekiranya apa yang kita harapkan tidak tercapai. Sebanyak mana pun usaha yang telah kita lakukan, namun apa yang Allah kehendaki itulah jua yang akan terjadi. 


Terimalah dengan hati yang redha.


Dan Dia adalah saksi segala saksi atas segala yang kau lakukan termasuk yang terlintas dihatimu semasa mendepani ujiannya ini. Dan sampai satu saat, semuanya berakhir, ujian ini ALLAH izinkan berlalu pergi.


Dan ada ujian yang lain menanti pula...

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com