Sunday, September 13, 2020

MASA LALU

 

Renungan Malam


Mengenang masa lalu yang ditinggalkan, biarlah ia dijadikan sempadan dan pengajaran. 


Agar masa kini dan masa depan yang terbentang, menjadi hamparan bahagia buat jiwa dan diri yang mendamba indahnya syurga. 


Maka, ujian bukan asbab kita sengsara. Tapi lebih lagi dari itu, ujian membina jati diri yang akan terbang laju menuju abadinya bahagia bersama DIA.


Menulis tentang sabar itu bukan sebab ladang sabar diri ini telah subur, utuh juga ampuh.


Namun kerana sabar itu perlu dididik. Sabar itu bukan semudahnya dipetik dalam bicara atau nota. 


Namun, sabar itu perlu kepada doa, doa dan doa. Kerana kuncinya pada DIA. 


Yang datangkan ujian asbab menguji kesabaran kita. 


Jadi, apa formula sabar? 


ALLAH jawapan utamanya.


Dan kemudian usaha lahiriah lain akan lahir dan hadir. Percayalah.


caption gambar

Abi dan anak2 di Malaysia.

Nov 2011 kami balik Malaysia sekejap dari Jordan. Catatan ada di sini.

Seronok sesangat anak dapat balik Malaysia setelah 2 thn duduk di Jordan.

Balik sekejap ke Malaysia sebelum balik ke Jordan selama 2 thn.

Allahu..mengenang masa lalu memang banyak kenangan manis bersama..

Kenangan suka duka di perantauan banyak memberi kekuatan dalaman kepada kami sekeluarga.

Allahu riiiindu Jordan..rindu segala2nya.

Tapi sekarang laaagi rindu pada abi.

Segala2nya yg ada pada abi.

Maaf..rindu sentiasa datang bertamu...kerinduan ini memang tidak akan berakhir.

Segala yang ada di hadapan mata pasti mengingatkan kepada abi.

Allah2..moga kerinduan ini membawa pertemuan abadi di SyurgaMu. Insha Allah.

Jam 10mlm - 

Bayty Jannaty, Chonang,Terengganu





No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com