Renungan Malam
Sehancur apa kamu ketika ini,
percayalah suatu saat kebahagiaan akan
pulang kepadamu lalu tumbuh dengan
mekar dan indah.
Ketika itu tiada lagi
kerisauan yang menjengah.
Tiada lagi lukisan luka
yang terlakar di kanvas jiwa.
Tiada lagi kolam kaca
yang bersandar di pinggiran mata.
Cuma lafaz Alhamdulillah
kerana Tuhan telah membebaskan jiwamu
dari sebuah sengsara.
Untuk saat ini, kuatkanlah hatimu.
Walau seteruk apa kamu sedang jalani
jalan yang pahit ini,
kuatlah seperti selalu.
Bukan saja-saja Tuhan mengagihkan kisah luka ini kepadamu melainkan Tuhan mahu menghadiahkan sesuatu yang istimewa di garisan penamat kelak.
caption gambar
Abi dan Faqeh..baru sudah membotakkan kepala sama2.
Sama je botak kepala mereka berdua nim.
Faqeh banyak mewarisi sikap dan perangai abi.
Allahu..rindu mereka berdua.Faqeh di asrama sekarang.
Petang tadi Faqeh call nak balik minggu ni,umi brth balik mggu dpn.
Siap request nak KFC..Faseh tertinggal jam.Umi mnta mak adah tlg sampaikan brg.
Alhamdulillah hidup perlu diteruskan dan perlu berdikari meneruskan kelangsungan hidup.
Ya Allah..besarkan jiwa kami menghadapi ujian ini.
No comments:
Post a Comment