Wednesday, September 9, 2020

CEKALKAN HATI


 Renungan Malam


Segalanya bermula dari hati. Hati yang  baik melahirkan tindakan yang baik. Begitulah sebaliknya. Hati yang hitam membenarkan tindakan yang tidak baik.


Jagalah hatimu baik-baik.

Hatimu terlalu mahal dan berharga. Kenapa? Kerana di situlah Allah S.W.T. menilainya tanpa melihat paras rupa dan penampilan.


Sungguh... hebatnya ujian dunia.

Namun hebat lagi sekeping hati dalam mendepaninya.

Lalu, tugas kita apa?

Tugas kita ialah memujuk hati.

Teruslah memujuk agar jangan mengalah lagi.


Ayuh, cekalkan hati.. moga sinar bahagia menanti..


Disaat hati rasa berkecai.


Ingatlah , Allah tidak pernah meninggalkan kita. 


Wahai hati.. kembalilah kepada Allah. 

Kelak bahagia  milik kita selamanya. ❤


caption gambar

Ni anak bongsu umi Hurul Jumaanah.

Anak kesayangan abi nim.Manja dgn abi.

Umur dia sekarang 2 tahun.

Sekarang jam 11.30 mlm-ada duk sebelah umi nim.

Tak tidur lagi .Duk minta susu dari tadi.

Hidup ni kena KUAT! kena hati yg CEKAL!

Allah tidak akan tinggalkan kita walau apa saja keadaan kita.

Ya Allah aku mengharapkan rahmatMu

Janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekerdip mata

Perbaikilah semua urusanku.

La Hau la wala quwwata Ila Billah..







No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com