Renungan Malam
Hidup ini tiada istilah sunyi andai Allah sentiasa di hati.
Bila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang kisah, ingatlah DIA tidak pernah melukakan hatimu.
Bila hati terluka, dan kelukaan itu melemahkan kudratmu, jangan putus asa kerana DIA melihat segala galanya.
Bila orang disekeliling tidak mahu mendengar suara rintihanmu, namun DIA sentiasa ada untuk mendengar.
Dan bila parut lukamu dicederakan lagi, ingatlah DIA sentiasa bersama orang orang yang sabar.
Segala puji bagi Allah.
Kehidupan itu bukanlah mudah,
Dan tidaklah semuanya indah,
Ingatlah..
Adakalanya kehidupan akan penuh dengan masalah.
Ketahuilah..
Sebenarnya itu semua Anugerah.
Kenapa?
Kerana,
Itulah tanda dan peringatan bahawa kita cuma manusia yang kena sentiasa Muhasabah.
caption gambar
Gambar diambil sehari sebelum abi bertemu pencipta.
Bunga segar, sesegar ingatan umi kepada abi.
Sunyi hidup ini tanpa orang tersayang di sisi.
Memberi mesej kepada no abi namun tiada lagi yang menjawab.
Umi beri, umi baca, umi balas.
Setiap hari umi beri mesej menceritakan apa saja yang berlaku.
Insha Allah kita ada ALLAH utk terus kuat!
No comments:
Post a Comment