Renungan Malam
Segala yang manis paling banyak Allah rahsiakan supaya insan berjalan sabar di hamparan tawakkal.
Tatkala Dia ingin memberi, sejuta gunung tak dapat menahan.
Andai Dia ingin menghilangkan nikmat, tak perlu bantuan sekalian makhluk.
Maha Kaya.
Selamanya takkan miskin dan fakir.
Rezeki itu rahsia. Sesaat yang bakal datang, tiada siapa dapat meneka
.
Manis durian tersingkap selepas membelah duri dan risiko calar luka
.
Manis madu terjelma selepas menempuh senjata madukara sang lebah penuh bisa
Dia Yang Maha Pengasih.
Tidak membiar insan berdoa pulang hampa.
Cacing di batu terima hikmah, inikan pula manusia sebaik-baik ciptaan.
Ada rahmat sedia menunggu dengan bejana rezeki terbaik, disulam bunga mahligai maghfirah.
Sabarlah duhai jiwa.
caption gambar
Abi sayang umi..Umi juga sayangkan abi.
Namun Allah lebih sayangkan abi..
Salji terakhir kami di Jordan 2013. Catatan ada di sini.Salju sakinah.
Allahu manis sungguh kenangan tahun akhir di Jordan.
Ni tulisan abi nim..umi tukang ambik gmbr.
Salji kat sutuh (bumbung) imarah bangunan kami.
Pepagi buta ajak abi naik..tinggal anak2 kejap.
Umi dan abi naik sekejap ke atas..bahagia sungguh masa tu.
Abi sesibuk manapun tengah menulis tesis, ikut kehendak isteri dia naik ke sutuh.hehe
dahlah sejuk sesangat.. semata2 nak amik gambar.Rugi tak pergi.
Allahu...
Hari ke 26 sudah abi bertemu pencipta.
Masih ada lagi sahabat2 datang berziarah.
Masih lagi menyatakan kebaikan2 yang dilakukan oleh abi.
Allahu...
Ya Allah..temukan kami di syurgaMu..
No comments:
Post a Comment