caption gambar
Kembara Mesir 2013.
Banyak suka duka mengembara ke Mesir ni..hehe
Catatan Kembara Mesir banyak di sini.
Ya Allah bahagia sangat pertama kali jejak kaki ke bumi Mesir.
Abilah org yg paling gembira..katanya dulu kekawan dia ramai yang sambung belajar di sini.
Pada mulanya sedih juga abi kata, sebab tak dapat sambung belajar di Mesir.
Tapi rupanya Allah nak beri nikmat yang lebih besar kerana dapat sambung belajar di Jordan..
siap boleh bawa family lagi.Siap dapat baby Jordan lagi..hehe
Benarlah dalam hidup ini ada susah dan senang kan.
Kita merancang dan Allah juga merancang.
Ada masa kita susah dan ada masa kita senang
Dalam Surah Al Insyirah pun dah disebutkan '
Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan'
Umi ada kesusahan umi namun Allah sediakan kemudahan bg umi.
Umi kena yakin Allah sentiasa ada bersama umi walau abi tiada di sisi.
Abi sentiasa ada di dalam hati umi, setiap masa dan waktu.
Allahu..tarbiyahMu utk hambaMu yang kerdil ini..
Engkau ambil orang yg aku sayang agar pergantungan diri ini hanya pada taliMu..
14.9.2020 jam 11.50 mlm
Genap 26 hari abi bertemu penciptaNya
walau sesayang mana umi pd abi, namun Allah lebih sayangkan abi.
"Ya Allah, ampunkan dosa abi,
limpahkan rahmat kepada abi,
selamatkan abi dan ampunkan kesalahan abi.
Muliakan kedudukan abi,
luaskan tempat tinggal abi,
mandikan abi dgn air, salji dan air sejuk.
Bersihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.
Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah abi daripada azab kubur
dan ujiannya serta jauhkan abi dari azab neraka."
No comments:
Post a Comment