Bismillah Walhamdulillah..
Alhamdulillah..sebuah catatan travelog kami ketka cuti musim sejuk yang lalu...
Kami sekeluarga ke Muktah untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh pelajar Muktah.Abi dijemput menjadi penceramah bagi satu slot.
Isi ceramah abi ada dikupas di sini.
Alhamdulillah, kami bermalam di rumah Anak Negeri Sembilan.
Keesokan paginya kami bertolak ke Istana Karak.
Allahu Akbar,indah sungguh pemandangan di sini.Sedikit sejarah tentang Istana ini.
Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi .
Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba . 1142 M , Lord Pagan – Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak ( Montreal ) ke sini di samping sebuah istana dan penggantinya pula menambah parit dan menara di sini . Kedudukan dan keutuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan sisi Timur bagi Kerajaan Latin . Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan .
Jelas kelihatan dari sini jalan perdagangan dan laluan haji ke Makkah di Lebuh Raya di-Raja dan berhampiran dengannya adalah Laut Mati serta Jerusalem . Pada 1161 M kota ini dikuasai oleh Reynald Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly . Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera mengalahkan Solahuddin al-Ayubi di Montgisart pada 1177 M seterusnya sering menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah di samping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah. Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan .
Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka . Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya . Kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam .
Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut . Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut .
Setelah itu kami meneruskan perjalanan keLaut Mati.
Sedikit sejarah tentang Laut Mati.
Laut Mati merupakan satu daripada tanda azab Allah ke atas hamba yang ingkar iaitu Kaum Luth yang telah melakukan perbuatan liwat . Allah telah jadikan kawasan ini dan sekitarnya tidak bermanfaat airnya dengan tumbuhan dan seumpamanya .
Tempat yang dibinasakan ini terdiri dari 7 bandar mengandungi sebanyak 400,000 jiwa , dikatakan juga 4 juta jiwa . Diangkat kesemuanya sehingga sampai ke penghujung langit sehingga terdengar malaikat kokokan ayam dan salakan anjing mereka .
Kemudian kesemua mereka diterbalikkan dan yang mula-mula sekali jatuh adalah pemimpin-pemimpin mereka . Kemudian mereka ditimpa dengan hujan batu yang berterusan dan berturutan dan pada setiap batu telah tertulis nama orang yang akan ditimpanya . ( Qasasul Anbiya’ ).
Seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang ke Irbid.Singgah sebentar di Amman.
Saat yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak ummi.
Alhamdulillah..selesailah kembara sehari kami sekeluarga ke Muktah.
Semoga anak-anak ummi mampu menjejajaki sejarah-sejarah keagungan islam
di bumi Syam ini..amin!
No comments:
Post a Comment