Monday, October 31, 2011

Keluarga Bahagia.

 Bismillah Walhamdulillah..

Jam 12.35 pagi.Suhu sudah menjunam ke 10 degree.Amat2lah sejuk.Sudah berbaju 6 lapis sekarang.Anak2 ummi juga sudah selesema.Si Faqelah yang paling teruk.Sudahlah malas hendak memakai baju tebal. Hero ummi ni memang perlu dipujuk dengan elok2.

Hari ini sudah masuk hampir 2 minggu abi di Malaysia.Yer..sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga,pastinya keutamaan abi balik,semestinya wajib.Adik beradik 8 orang semuanya.Malah mak berkata ..apabila anak laki mak balik, mak akan rasa lebih gagah.

Perkembangan Ayah setakat ni alhamdulillah..sudah mampu membuka mata sedikit.Mulut juga ingin bergerak sedikit,alhamdulillah.Semua kuasa Allah..Allahu Akbar!Malah menurut cerita abi,ayah akan menitis air mata apabila abi berbisik kepada ayah.Subhanallah..satu perkara yang amat menyentuh hati nurani..Ya Allah..

Ummi di sni bersama anak2..alhamdulillah ramai jer yang tolong bantu di sini.Yerlah kami jauh di perantauan , tiada saudara mara..kawan2 sesama negara inilah yang menjadi saudara mara terdekat.Alhamdulillah terasa ringan sikit beban.

Namun,yerlah hakikat sebuah rumahtangga pastinya tidak lengkap tanpa suami dan bapa di dalam keluarga tersebut.Bersabarlah wahai hati...Ya Allah kuatkan aku ya Allah..

Suami apabila sudah berkahwin,mak ayah tetap yang pertama.Isteri yang kedua.
Isteri apabila sudah berkahwin, suami yang pertama, mak ayah yang kedua.

oklah..layan gambar  dan videonya yer..

Ummi undur diri dulu.Subuh dah awal sekarang.


Mak Ayah ummi yang berada di Kuantan.Ya Allah berilah kesempatan pada mereka untuk menjejakkan kaki ke rumahMu.



Hanya sebesar 2 jari orang tua ..bayi yang baru mula lahir..





Oklah..tadi ummi dengar perkongsian dari Dr Fadzillah Kamsah- Tip Keluarga Bahagia.

Antara isi yang ummi sempat catatkan.Semoga bermanfaat!

1- Perbaiki hubungan dengan Allah , Allah akan baiki hubungan dengan manusia.


 2- Berbuat baiklah dengan orang tuamu , agar anak2 mu berbuat baik kepadamu.


3- Anak2 mengajar anak masuk neraka? Macamana tuh?
Apabila ibu menyuruh anak melakukan sesuatu perkara 5,6 kali,tapi anak tidak bertindak,maka anak dikatakan derhaka kerana tidak ikut cakap ibu.
Yang penting, kena didik anak laksanakan perkara dengan arahan sekali sahaja.

4- Doa dan terus berdoa agar anak kita tidak menjadi anak yang derhaka.
Do lembut hati, Alfatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Insyirah.

Doa permbuka 12.
Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan
dan pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



5- Sentuh hati anak.

6-Mak bapa jadi role model yang baik.

7-Hormati anak untuk kita dihormati.

8- Berikan penghargaan setelah anak buat perkara yang bagus.

9- Rezeki yang berkat.

10-Redha dan murka Allah bergantung pada murka ibubapa.







12.46 pagi.
30 Oktober 2011.
Irbid, Jordan.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com