Saturday, October 29, 2011

Pesan Abi.

Bismillah Walhamdulillah..

Jam menunjukkan 3.52 ppagi.Kejap lagi dah nak masuk subuh.Subuh di musim sejuk ini 4.25 lebih kurang.Amat awal.Kalau tertidur,alamatnya subuh dinasorlah jawabnya.

Anak2 ummi sudah tidur dengan berpakaian baju tebal.Ahlan ya syita'.Sudah sejuk!Anak2 tak sabar untuk main salji katanya.Beza jam dengan Malaysia 6 jam sekarang.

Malam semalam bercakap dengan abi,alhamdulillah ayah sudah berada di rumah sekarang.Akan memulakan rawatan secara kampung pula.Semoga Allah berikan yang terbaik untuk ayah,amin!

Alhamdulillah sepanjang seminggu abi tiada di sini,pelbagai hikmahnya dapat ummi rasakan.Ada beberapa pesanan abi yang ummi amalkan:

- Apabila orang azan jer,terus ambik air sembahyang,solat terus.

Alhamdulillah,jika diamalkan, terasa panjang jer masa jika kita amalkan solat di awal waktu.
Cubalah amalkan.

-Jangan tangguh kerja.

Biasanya abi suka sangat basuh pinggan di dapur.Jadi bila abi takder nih ummi tidak akan biarkan pinggan bersusun dalam sinki.Anak2 juga sudah pandai membasuh pinggan sendiri,tapi ummi kena basuh sekali lagi.Kurang cuci.Tapi,bagus juga pengalaman baru untuk anak2.

Siang tadi juga Jannah diajar memasak telur goreng.Teruja sangat2.Malah Faqehpun sibuk hendak menolong.Faseh dan Faheem juga tidak ketinggalan.

Rindu itu indah!
Rasa macam baru kawin rasanya apabila duduk berjauhan ni.Kerana pada awal perkahwinan kami,memang kami berjauhan.
Dan sekarang bila berjauhan, teringat kenangan indah ketika mula2 berkahwin dulu,indahnya!

Apalah ummi duk membebel nih..oklah dah dekat nak subuh.
Ini gambar dan cerita yang tertangguh dulu.


ROLLER BLADE MUSIM GUGUR.

Alhamdulillah Sabtu,18 Oktober 201, kami bermain roller blade di jamiah.Masa tu baru nak masuk musim sejuk.Kiranya musim gugulah.Suka sangat tengok pokok2 kelayuan dan daun jadi warna kuning dan gugur menyembah bumi.( Sama jer hobi macam acik Izzati nih.)

Daun2 yang kering akan gugur, daun2 yang muda juga ada yang gugur.
Ajal maut tidak mengenal usia,yang tua ataupun yang tua.

Daun2 kuning dan akan gugur.Malah pohon tamar juga seolah2 layu. Suka sangat tengok.Acik Izzati,tengok gambar ni, moga terubat kerinduan!

Abi dan anak2.Adik Faheem pun teruja tengok Jannah dan Faqeh main roller blade.

 






FAQEHAH NYIA YUMNI.
 
Ummi sekarang menjaga dan mengasuh anak kawan abi.Faqeehah Nyia Yumni namanya.
Namun, nama manjanya A-ah.
Alhamdulillah...banyak hikmahnya ummi jaga A-ah nih.
Teringat dulu di Malaysia,ummi tinggalkan anak2 ummi dijaga dan diasuh oleh orang lain.
Begini agaknya perasaan pengasuh menjaga anak orang lain.Dan perasaan itu ummi dah rasa sekarang.

Minggu pertama,mama dia terpaksa keluar secara menyorok2.Dan apabila dia sedar,dia akan menangis.
Minggu kedua masih juga menangis.
Alhamdulillah minggu ketiga ummi ajar dia memerhatikan mama dia pergi ke kuiah.Alhamdulillah cara itu berkesan.

Faseh pada mulanya agak susah hendak berkongsi barang dengan A-ah.Yerlah masing2 tak pernah berkongsi barang.Dua2 hendak menang.Sudahnya dua2 menangis.Cara yang ummi buat,tengok keadaan.Adakala ummi menangkan Faseh dan adakalanya ummi menangkan Faqeehah.Diajar agar bertolak ansur.Dan sekarang alhamdulillah dapat bermain dan berkongsi barangan masaing2.

14 Oktober 2011,kami pergi kenduri kahwin Ali dan Nadhirah.A-ah pun pergi sekali.Inilah A-ah.Comel tak?

AHLAN WASAHLAN YA SYITA'.

Malam tadi ummi minta tolong syabab belikan tong gas.
Abi tak sempat beli sebelum dia balik Malaysia.
Alhamdulillah syabab tolong belikan,dan tolong pasangkan sobah 
( alat pemanas menggunakan gas ).

Sejuk sudah terasa..

Kami sudah sejuk!

16 degree.
4.15 pagi.
Ibid,Jordan.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com