SEBELUM KELAHIRAN.
17 Mei 2011.
Ummi masih ingat pagi ketika bangun dari tidur,ada sedikit darah yang keluar dan apabila petang,darah semakin banyak yang keluar.Namun air mentuban belum ada tanda keluar.Kebiasaannya kelahiran yang lepas air mentuban dan darah akan keluar sekali.Jadi,ummi tidak bercadang mahu pergi ke hospital lagi pada waktu siangnya.
Namun,selepas maghrib,semakin banyak darah yang keluar.Abi ambil keputusan untuk menghantar anak2 ke rumah jiran sebelah.Faqeh dan Faseh dihantar rumah Ust Marzuki,manakala Jannah dihantar ke rumah Ust Ridhuan.Umi dan abi ke hospital .
Apabila sampai ke hospital,bukaan baru 2cm.Dan adat di sini memang pesakit akan diminta balik ke rumah dan datang semula apabila sakit yang teruk datang.Kami berlapang dada..namun terfikir juga..kami tiada kenderaan di sini,harapkan teksi .Namun,insya Allah pertolongan Allah ada di mana2.
Kami balik ke rumah sambil ummi menikmati makanan2 yang tidak boleh dimakan di kala berpantang nanti.Abi kata makan puas2 sebelum bersalin nih.Beberapa jam sebelum subuh,ummi terasa sakit yang amat sangat.
18 Mei 2011.
Setelah solat subuh , kami bergegas ke hospital.
Alhamdulillah..ada teksi di kala subuh hari itu.Allah mudahkan urusan kami..alhamdulillah.
Apabila sampai di hospital,jalan sudah terbuka 4cm..Doktor Ahlam ambil keputusan untuk memecahkan air mentuban untuk memudahkan urusan ummi bersalin.
Setelah air mentuban dipecahkan,ummi diminta untuk ke katil lain dengan berjalan kaki!!!(bersangka baik: berjalan,memudahkan urusan bersalin,lagipun tak jauh mana katil lain,dalam 10 langkah jer)
Setelah air mentuban dipecahkan,ummi diminta untuk ke katil lain dengan berjalan kaki!!!(bersangka baik: berjalan,memudahkan urusan bersalin,lagipun tak jauh mana katil lain,dalam 10 langkah jer)
Ummi tidak banyak merasakan kontraksi untuk bersalin.Alat untuk mendengar jantung bayi dipasang.Alhamdulillah degupan jantung bayi kuat dan bertenaga.Setelah 4 jam menunggu,kontraksi hanya berlaku 3 kali sahaja,itupun tidak berapa kuat.Anak ummi tidur agaknya!!!Abi dibenarkan masuk untuk menjenguk keadaan ummi.(Peraturan di sini tidak membenarkan suami masuk sebenarnya).Alhamdulillah rasa tenang melihat wajah abi.Abi member semangat pada ummi.
Jalan sudah terbuka 8cm,namun tiada kontraksi daripada bayi.Akhirnya,doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan,memandangkan degupan jantung bayi sudah semakin lemah.Alhmadulillah,akhirnya baby Faheem selamat dilahirkan dengan selamatnya..SYUKUR!
Syukur kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYa..ini adalah yang terbaik untuk ummi dan bayi ummi.Tidak kisahlah bagaimana bayi ummi dikeluarkan,tidak kisahlah kesakitan yang ditanggung oleh ummi,yang penting,bayi ummi sihat dan selamat.Itu sudah memadai bagi ummi.
Alhamdulillah setelah hampir 6jam ummi tidak sedarkan diri…
akhirnya ummi sedar bayi ummi berada dalam dakapan ummi.Alhamdulillah..hilang segala kesakitan memandang wajah bayi yang dikandung selama ini.Syukur padaMU Ya Allah..
Alhamdulillah,ummi terus menyusukan dengan penuh kasih sayang.
Terasa nikmatnya apabila melihat bayi yang dikandung selama ini menghisap dengan lahapnya susu badan kita..
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Apabila memandang wajah anak ummi…hm..inilah bayi yang kukandung dan kubawa ke mana sahaja..kaki inilah yang menendang2 di dalam perut ummi..tangan inilah yang menumbuk2 dalam perut ummi..inilah anak kesayangan ummi …
Ummi berada di wad selama 2 hari.
Alhamdulillah kawan2 dan akhowat ada yang datang ziarah di hospital.
Inilah kemanisan berukhuwah sebenarnya.
Oklah, siri ini akan bersambung lagi..layan gambar dulu yer..
2 comments:
Salam Izma,
Tahniah dari kami sekeluarga di bumi Malaysia atas kelahiran Putera Faheem... didoakan semoga Izma dan baby Faheem sentiasa sihat...
wsalam Naj..
Syukran..Amin..Alhamdulillah selamat sudah semuanya..
Post a Comment