Wednesday, May 4, 2011

Syukur + Doa Selamat.

Bsmillah Walhamdulillah..

1 Mei 2011.

Alhamdulilah hari Ahad yang cerah pada paginya..Mengemas2 rumah untuk majlis petang dan malam ini.
Anak2 semuanya dikerah untuk mengemas2 rumah.
Gembira betul mereka untuk menerima tetamu yang ramai.

Petang.
Alhamdulillah..lebih kurang 100 orang syabab dan akhowat yang datang ke rumah kami.Agak letih dan penat juga,namun sungguh terasa bahagia berjumpa dengan adik2 dan menjamu selera bersama2.
Semoga ukhuwah antara kita semua terjalin erat dan kukuh,amin!
Terimakasih kepada semua yang sudi memeriahkan majlis kami.
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua,amin!



Abi ke pasar lagi sekali selepas habis majlis bersama Faqeh.
Menambah beberapa bahan2 mentah..dibimbangi tidak cukup untuk majlis pada malam ini pula.
Ummi menggoreng beberapa ekor ayam lagi untuk tambahan.
Menu untuk majlis kami, ayam masak tomata dan sayur campur.
Alhamdulillah, ramai yang memuji sedao masakan syabab nih.
Ummi dah tak larat nak masak dah.Cuma sediakan air sahaja. ^__^.

Malam.

Alhamdulillah adik2 CI datang membantu ummi di dapur.
Malam ni kami jemput untuk mutazawwij ( pasangan berkahwin ) di sini.
Ummi jemput juga adik2 CI + Nana untuk merasai 'alam rumahtangga'..
Terimakasih sudi tolong akak yer...
Terimakasih juga pada para sponsor2 kuih yer..
Moga Allah sahaja yang mampu membalasnya..

Alhamdulillah, sedikit tahlil dan doa selamat disempurnakan oleh Ust Mahadi.
Ya Allah..berkatilah majlis kami ini..
Ya Allah kami bersyukur di atas kurniaan yang diberi kepada kami..
Ya Allah, hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan.
Kami memohon mudahkan dan selamat urusan kami semua...


Ya Allah..
tenangkan dan mudahkan suamiku untuk menghadapi peperiksaan akhir ini.
Ya Allah
Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,
Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, 
tiada penawar melainkan penawar Engkau, 
penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit.
Ya Allah,
keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat
Ya Allah, 
jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.
Ya Allah, 
perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W .

Amin ya robbal alamin!



Selepas Majlis.

Anak2 tidur dalam keletihan begitu juga abi dan umminya..
Selamat Malam.

kuih arab hadiah dari Widad..

Inilah juadahnya..abi baru selera makan selepas semua orang dah balik.

Adik2 CI + Nana yang bertungkus lumus di dapur...^__^.Tungkus lumus apa tu?

Terimakasih semua..Alhamdulillah..

Inilah Asiah Awatiff yang comel..Ummi pernah jaga dia dulu masa kecik2.Sekarang dah besar!


2 Mei 2011.

Hari Isnin yang amat letih.Satu badan letih dirasakan.
Mengejut anak2 untuk bangun tidur.Jannah kena pergi juga sekolah kerana ada imtihan.
Ummi mengejutkan Faqeh.Memang dia tak larat nak bangun,namun setelah dipujuk,bangun juga akhirnya.
Namun..dia terkencing atas tilam sebenarnya.Semalam tak kencing dulu sebelum tidur.
Masuk bilik air, kena air terus menangis.Ummi tak dapat nak pujuk dah.
Abi yang setelkan dia.Alhamdulillah..semuanya selesai dengan baik.
Mereka ke sekolah seperti biasa.Namun dalam keadaan keletihan.

Faqeh dan Jannah balik sekolah dalam keadaan ceria,alhamdulillah.
Jannah tertidur dalam bas dalam perjalanan ke sekolah katanya.
Apabila ummi suruh tidur di rumah,mereka seronok bermain pula.
Sabar jerlah budak2 nih...

Abang Faseh dapat hadiah gelung warna warni dari acik Asma'.Seronok sangat mereka bermain.
Terimakasih acik Asma'.Ummi juga dapat hadiah dari Asma'.
Ammu Mukhlis juga beri buku warna2.
Baby ummi juga dapat hadiah dari acik Farhah..terimakasih semuanya!

Petang.

Abi membasuh periuk besar .Ada 4 buah semuanya.Macam kenduri kahwin rasanya.
Mengimbau kenangan selepas akad nikah dulu.
Memang pengantin dikerah membasuh periuk2 yang besar.
Sungguh indah saat2 manis itu.

Nanti akhir bulan ini Mak Adah pula nak melangkah ke alam lain..
Moga Allah mudahkan urusan yer mak adah!



Abi yang tekun membasuh periuk!

Alhamdulillah..selesai akhirnya..




No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com