Wednesday, May 4, 2011

Diari - 28 - 30 April 2011.

Bismillah Walhamdulillah...

Sudah banyak hari rasanya ummi tidak update blog ini.Hm..laptop ummi rosak lagi.Tak tahulah macamana anak2 ummi ni tengok cerita dan main laptop,tetiba screen dia berwarna hitam.Rasa macam nak marah jer..tapi yerlah budak2 kan...Sudah berapa kali ummi pesan jaga elok2 laptop ummi nih.

Hantar ke syabab tolong baikikan.Sebelum ni dah pernah hantar kat dia.Memang dia cakap ada wayar nak menyambungkan screen dengan laptop tu dah longgar.Harap2nya oklah nanti.

Oklah..startlah episod diari ummi nih..

28 April 2011.- Tahniah Pok der Mok der..

Hari Khamis yang cerah.Alhamdulillah..cerah sokmo...
Anak2 ummi ke sekolah seperti biasa..

Dapat berita dari Malaysia..
Kelahiran anak sedara baru...
Tahniah Pok der dan Mok der atas kelahiran puteri yang ketiga.
Kesemuanya puteri..Alya, Arissa.. A..... ( dalam proses mencari nama lagi).

"Mana aci mok der dah 3 bb girl dia..Nanti balik Malaysia kita tukar bb yer mok der"

Jannah mengomel pagi2 buta setelah ummi beritahu mokder dapat bb girl.
Memang dia tak puas hati..naper mokder ada 3 bb girl..kita ada sorang jer..Jannah sorang jer pompuan..
Haish..anak ummi nih..dah pandai dan bijak berfikir yer...
Abi dan ummi beritahu semuanya adalah ketentuan Allah..
Seronok apa ada bb boy nih..Nanti dah besar nanti dia yang tolong Jannah tau!

Tahniah atas kelahiran puteri ke3 ini ..Comel jer,geram tengok!


Petang.
Rancangnya mahu ke rumah Kak Da..nak jenguk2 rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.
Hai Kak Da..bilalah nak balik sini..
Namun,hujan tetiba turun dengan renyai2 pula.Anak2 dah siap berpakaian semuanya.Namun terpaksa dibatalkan memandang hujan tidak berhenti2 pula.Akhirnya abi hanya bawa budak2 ke Paradise Supermarket untuk beli makanan kegemaran masing2.
Sudahnya mereka beli aiskrim.Haish..hujan2 ni beli aiskrim pula.Tapi sebenarnya dah beberapa hari panas..Tapi yerlah ketentuan Allah pasti ada hikmahNya.Yerlah sekejap hujan sekejap panas tentu ada hikmahnya bagi yang cuba mendalami apa hikmahnya..amin!Semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang BERFIKIR!

Malam.
ِAnak2 bermain lego .Macam2 bentuk dibinanya.
Malam ni tidur dalam kesejukan.


Jannah dan Faqeh..Lego ditanda supaya tidak tertukar.

Inilah basikal rekaan Faseh.

29 April 2011.- Sanah Helwah ya Ummi..

Selamat Hari Lahir untuk ummi..Alhamdulillah,sudah menginjak ke umur 3.
Sekejap jer masa berlalu.Sudah 30 tahun hidup di muka bumi Allah ini.

Ya ALLAH
panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.

Ya ALLAH
tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,

Ya ALLAH
Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi…….
Matikan aku dalam husnul Khatimah...
Amin ya rabbal alamin..




Malam.

Anak2 ummi ke masjid bersolat Maghrib bersama abinya.
Balik jer abi belikan pizza .Alhamdulillah sedap dan menyelerakan.

Selepas Isyak adik2 CI pula datang meraikan ummi.
Sungguh terharu sebenarnya..
Tidak dapat digambarkan kegembiraan dapat berukhuwah dengan adik2 semua.
Bukannya sambutan yang menjadi ukuran,tetapi ingatan dan ikatan ukhuwah itu yang penting sebenarnya.
Macam2 makanan yang dibeli adik2 nih.
Syukran Jazilan..Moga Allah sahaja mampu membalasnya.
Semoga Allah memudahkan urusan adik2 untuk menghadapi imtihan nihaie nanti,amin!


'Pizza nelayan' @ pizza seafood yang sedap + air bandung !

Beli satu percuma satu..

Syukran adik2 CI.Karshak yang sungguh gemuk!^__^.



30 April 2011.-Persiapan majlis esok.

Hari Sabtu yang mendung.Hujan selebatnya semalam.
Abi menyiapkan ass di rumah.Niat asalnya mahu ke maktabah,namun hujan turun membatalkan hasrat untuk ke maktabah.Sudahnya abi buat ass di rumah.

Anak2 mengemas rumah.Rancangnya esok kami akan menjemput lebih kurang 170 orang untuk kenduri kesyukuran doa selamat di rumah kami.

Petang.

Abi ke balad untuk membeli barang2 mentah untuk majlis esok.Abi pergi bersama beberapa orang syabab.
Alhamdulillah..Moga Allah mudahkan urusan kami.
Insya Allah..syabab yang akan memasak untuk majlis esok,dan akan menjamu di rumah kami.

Malam.

Abi membeli serba sedikit lagi barang2 keperluan untuk esok.
Ya Allah..berkatilah hidup kami..mudahkan urusan kami..amin!

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com