Wednesday, April 20, 2011

Seindah Hati Kita!!!

Bismillah Walhamdulillah..


19 April 2011.

Hari Selasa..iaitu hari ini.Walau hakikatnya sekarang sudah pukul 1.00 pagi hari Rabu.
Hari ni angin bertiup agak kuat.Sejuk juga terasa.

Sekarang dalam pra summer,maknanya masih spring lagi sekarang.Sekejap sejuk dan sekejap panas.
Dan ini membuatkan ummi terasa amat2 letih dan lesu badan.Sememangnya bila pertukaran musim,ummi akan letih badan.Matapun asyik nak tertutup sahaja.
Nak2 sekarang kandungan sudah mencecah minggu 35.Lagilah cepat penat.Nak berjalanpun terasa sakit belakang.

Ya Allah...sihatkan tubuh badan aku.Mudahkan dan selamatkan urusan bersalin ku ini.

Malam, acik2 Casa Intelek ada datang ziarah kami.Suka sangat anak2 ummi.Kak Jannah memang ada bakat menjadi pelapor berita terhebat.Semua cerita diceritakan.Kebetulan acik datang ummi nak bersolat Isyak dan faqeh baru jer lepas kena pukul dengan abi.Dari A-Z Kak Jannah bercerita.
Anak dara ummi dah besar rupanya..

Terimakasih adik2 datang ke rumah kami.Terasa pilu juga..dah tak lama kalian semua akan pulang ke Malaysia.Masih berbaki beberapa bulan.Hm.....tak terbayang saat2 perpisahan itu...
Takper,gunakan saat2 yang berbaki ini dengan sebaik mungkin..



Sebiru Hari Ini

Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah




reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini




Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah



Insya Allah..panjang umur murah rezeki..kita masih lagi boleh berjumpa..
Insya Allah..di Malaysia boleh jumpa..
Moh kita jumpa sambil makan ikan patin!
Takpun kenduri kawen Mc Yah kot2...
Ker saper yang dulu kawen nih?

Akak sentiasa doakan yang terbaik untuk semua adik2 kesayangan akak nih..
Moga ukhuwah ini akan tersimpul rapi buat selamanya..


( terasa sebak jer bila dengar lagu kat atas..)

Oklah nak tidur dah..Selamat malam..

 

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com