Wednesday, April 20, 2011

Diari - 16- 18 April 2011.

Bismillah Walhamdulillah..

Sambungan diari..

16 April 2011.
Hari Sabtu yang sudah agak cerah.Abi ke maktabah untuk study dan mencari bahan untuk bahasnya.Hari Ahad abi ada imtihan.

Anak2 bermain di rumah.Tiada aktiviti yang menarik hari ini.

Malam,anak2 semuanya tidur awal.Esok perlu ke sekolah.

rumah di tepi bangunan kami yang tak siap dirobohkan lagi.Bunga2 banyak berkembang di sana.


Ummi zoom dari bangunan kami.Geram jer tengok.
Nak jer pergi ambik gambar close up bunga2 nih.


17 April 2011.
Hari Ahad yang cerah dan panas!Pagi2 lagi Faqeh buat hal.Tak mahu bangun dan tak mahu ke sekolah.Ummi dah hilang sabar.Jadi ummi suruh abi tolong setelkan Faqeh.Alhamdulillah..abi gunakan segala kelembutan yang ada untuk memujuk Faqeh.Akhirnya ke sekolah juga.

"Abi, bagus betul abi sabar dengan karenah Faqeh tuh"
"Hm..tadi rasa nak marah juga,tapi fikirkan kalu marah,tak ke sekolah pulak Faqeh nih.Lagipun abang dulu masa kecik pun pernah juga buat perangai sebegitu.."

^___^.Sabar jerlah..ada sikit2 perangai abi kat Faqeh nih.Tapi abi dulu tak pernah ponteng sekolah.Bosan duk kat rumah kalu tak pergi sekolah.Otak asyik nak main jer.Kalau tak ke sekolah tak boleh main dengan kawan2.Abi anak lelaki sorang.Memang akan cari kawan sepermainan dengan kawan2.Yang lain kat rumah semuanya perempuan.

Sedah panas dan mentari juga semakin terik.Maka...
-kipas sudah mula terpasang.
-aiskrim dan ais sudah jadi minuman kami.
-semua tingkap2 sudah dibuka.
-lipas dan tentera2nya sudah mula berkeliaran.
-baju2 sejuk sudah mula dikemas
-baju2 musim panas sudah mula dikeluarkan.

Welcome SPRING + SUMMER!

..Syukur atas nikmat mentariMu ini...

Selamat tinggal baju2 sejuk.Jumpa syita' tahun hadapan pula,insya Allah.

Ahlan soifi..dah start pakai baju dan seluar pendek.
Baju mickey mouse tok ma dan tok abah yang beri.
Faseh tengah khusyuk main game.
Alhamdulillah,laptop ummi baru jer elok.


18 April 2011.

Hari Isnin yang panas!Anak2 ke sekolah dengan baju selapis sahaja.Hari ni Faqeh buat hal lagi.Alhamdulillah ummi yang berjaya memujuk hari ini.

Ummi mengemas2 baju musim sejuk.Dilipat2 dan dimasukkan ke dalam beg.
Dan dikeluarkan baju musim panas pula.

Terasa unik berada di negara 4 musim ini.Ketika musim sejuk,berlapis2 baju dipakai.Tebal2 pulak tuh.Sampai tak muat almari dibuatnya.Siap digantung2 lagi baju2 yang tebal.

Dan bila tibanya musim bunga..Subhanallah..bunga2 yang tumbuh semuanya cantik2,
Hatta bunga lalang di tepi jalan juga cantik dilihat.

MUsim panas tiba..ais dan aiskrim memang laku.Sekejap jer habis aiskrim.Ais pulak, 4 kali sehari dibuat.Baju2 pula memang selapis dan nipis sahaja.Mandi pula memang tiap2 hari.Tapi peluh masih kurang,kerana angin bertiup juga.

Malam,anak2 tidur bertemankan kipas.Bilik abi,hanya buka tingkap.Tapi nyamuk pula yang masuk walaupun ada jaring.Selamat malam!

Alhamdulillah...jam baru jer letak bateri.
Hadiah harilahir 3tahun lepas.
Jam abi,ummi yang beli.
Jam ummi,abi yang beli.
Sungguh sentimental value..
"Ya Allah..bahagiakan kami dunia akhirat,amin!"

 

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com