Sunday, April 3, 2011

Pasti Ada Hikmahnya..

Bismillah Walhamdulillah..

1 April 2011.

Hari Jumaat yang panas !Alhamdulillah..semua tingkap sudah dibuka untuk membolehkan angin dan udara panas masuk ke rumah.Sambil mengeringkan baju dan menghilangkan jeragat2 yang timbul di dinding2 rumah kami.Lagipun apabila dipasang sobah(pemanas) yang menggunkan gas,akan meninggalkan kesan2 jelaga di dinding.

Alhamdulillah..setelah dibuka tingkap..jelaga tersebut hilang sedikit demi sedkit.
Namun ada sesetengah ruamh terpaksa dibersihkan dengan kain.

Dari pagi ke tengahari mengemas2 rumah,membuang jelaga2 di bilik tetamu,di dapur bersama abi.Alhamdulillah abi sudi membantu walaupun sibuk dengan ass dan persiapan untuk exam.Terimakasih banyak2.Ummi dah tak larat nak buat semua kerja2 yang memaksa kita memanjat dan membongkokkan badan.Sungguh ..mengandung kali ini..terasa sangat keletihan dan perbezaan yang ketara.

Sememangnya benarlah kata2 orang tua..mengandung setiap anak berbeza karenah dan ujian semasa mengandung dan melahirkan,walaupun ibu yang sama.Ini disebabkan...perubahan umur dan keadaan fizikal ibu tersebut.Yerlah..anak dah ramai,usiapun meningkat,maka daya kekuatan badan seseorang juga akan menurun.

Makin tua,makin banyaklah penyakitnya.Itu digalakkan kawen awal dan dapat anak ramai2 masa muda.Umur 35-40 dah boleh 'tutup kedai', 'tutup kilang' orang cakap.Maksudnya dah stop produk anak.^____^.Ummi juga bersetuju bahawa makin tua makin tak kuat badan kita.Ummi pun dah tua sekarang..bulan 4 ni ....umur dan cecah angka 3!!!!!!Subhanallah..dah tua ummi yer..

Mengandung kali ini memang berbeza daripada yang lain.Lain negara,lain karenahnya..Ya Allah..mudahkanlah urusan ummi melahirkan permata hati made in Jordan ini.."amin!


Petang.

Sebenarnya kami akan menerima tetamu kehormat untuk minum petang di rumah kami petang nanti.Namun di saat2 akhir dapat berita,VIP perempuan sudah pulang ke Amman.Mula2 dapat berita ..ada jer perasaan yang tidak senang,yerlah semua persediaan..kuih2 sudah dibuat..namun..kami berlapang dada..
PASTI ADA HIKMAHNYA...

Kuih2 yang dibuat..boleh dimakan waktu makan malam nanti pula.Lagipun kuih2 tersebut pasti akan habis dimakan.Dan..rumah kami yang dibersih...alhamdulillah..memang mencari masa yang sesuai sebenarnya untuk membersihkan jeragat2 di dinding.Ala kulli hal..alhamdulillah!

kuih cara, popia gulung dan laptop di dapur!



 
Malam.

2 beradik yang tak sabar ke rumah ust riduan berjumpa kawan2!

Faseh yang awal2 sudah terlena..
Tetamu kehormat lelaki akan makan malam di rumah Ust Riduan dan Kak Aizah.Hajatnya ummi juga akan ke sana..Namun,setelah solat maghrib Faseh sudah tertidur keletihan!...Makanya..hanya Kak Jannah dan Faqeh sahaja yang pergi ke sana bersama Kak Abida.

Ummi mengemas2 rumah dan melipat stok baju.Alhamdulillah..apa yang berlaku hari ini..
PASTI ADA 1001 HIKMAHNYA...
Ya Alllah...eratkan ukhuwah antara kami..dan lapangkanlah dada kami..amin!

Anak2 tidur lewat malam ini.Mereka tidur di luar malam ini..
Selamat malam!

p/s:gambar jap lagi nak upload,lambat pulak loadingnya.
Alhamdulillah..

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com