Friday, April 1, 2011

Kami Sudah Botak!

Bismillah Walhamdulillah..
.

31 Mac 2011.

Hari Khamis yang sudah semakin cerah dan terang benderang.Alhamdulillah..sinaran matahari amatlah terik,namun angin2nya masih terasa sejuknya.Anak2 ke sekolah seperti biasa.

Abi ke maktabah cari bahan untuk imtihan minggu depan.

Petang.
Abi ke balad bersam Lutfi.Mencari sayur2 untuk dimasak petang esok.Insya Allah,kami akan menerimah tetamu dari Amman esok.

Ummi menghubungi keluarga di Malaysia.Lama tak mendengar khabar berita.Alhamdulillah,dapat skype dan dapat tengok wajah2 yang sentiasa dirindui..Anak2 bersembang dengan tok abah dan tok ma.Lambatnya lagi nak balik Malaysia!!!!

Ummi menyiapkan jahitan seluar jeans syabab.Ada 5 helai semuanya.Diminta untuk dikecikkan dan dipendekkan seluarnya.Alhamdulillah,siap juga akhirnya setelah diperam selama 2 minggu.Nak menjahit nipun kena ada mood juga sebenarnya.

Seluar jeans kainnya tebal,terkorban 3 batang jarum ummi.Namun,alhamdulillah,dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya.


3 batang jarum ummi bengkok!

dijelujur dahulu sebelum dijahit mesin.

alhamdulillah..selesai juga akhirnya.

Malam.

Anak2 ikut abinya bersolat maghrib di Masjid Jamiah.
Tujuan sebenarnya,ialah..
membotakkan hero2 ummi nih.
Dah berserabut tengok rambut budak2 ni panjang.
Tapi tok ma kata hensem tengok bila ada rambut.
^___^..
dah start musim panas nih..bolehlah botakkan kepala budak2 nih.

Sebelum tidur..
"Abi..rasa gelilah bila kepala Faqeh kena kat bantal.Macamana nak tidur nih?"
"Ummi,hensem tak abang faseh?"

Macam2 budak nih.Tapi suka tengok kepala budak2 ni botak.
Comel jer..geram tengok.
Mereka berdua nih asyik duk pegang jer kepalanya yang dah takder rambut.


hensem tak kami tok abah ?

tok ma..comel tak abg faseh nih?

abg faqeh geli kepala nak tidur...

comel jer bulat kepala si Faqeh nih.
botak..tumbuh rambut..dan botak pula sekarang!^__^

 
Sekarang,11.30 malam.
...sekejap lagi pukul 12.00 ..akan dicepatkan jam sebanyak sejam daripada biasa.
Bermakna akan jadi pukul 1.00 pagi.
Dan perbezaan waktu antara Malaysia akan jadi 5 jam ,
berbanding sebelum ini 6 jam.

Macam unik jer boleh tukar2 dan gerak2kan jam kan...
^___^
Sebelum ni dilewatkan sejam ketika musim syita'(sejuk).
Dan sekarang diawalkan sejam.
Sebelum ni pening juga bila perubahan jam nih.
Sekarang,insya Allah ..

Apabila perubahan jam nih,adalah insiden2 yang tidak diingini berlaku.
Sebagai contohnya..
ke kelas awal ..
ke masjid awal daripada orang lain.
Terkeliru...
^____^.

Oklah..ummi pun nak tidur dah nih.Anak2 semua dah selamat tidur.
Malam ni,mereka tidur di luar.
Insya Allah..dah tak sejuk lagi.
Selamat Malam..

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com