*Renungan Malam*
Allah knows you are tired.
Allah knows you upset.
.
But remember,
.
Allah never put in situation that you can't handle.
.
Husnudzon and sabar...
.
Mengeluh tidak menjadikan kita mempunyai hati yang besar dan berani. Maka hadapilah ujian, akan lahir jiwa yang kuat pada diri.
.
Syukur dengan setiap pemberian Allah. Apa yang Allah bagi sebagai pengetahuan kita, terimalah ia dengan hati terbuka.
.
Berhenti memaksa dan menghendaki mengikut apa yang kita inginkan.
.
Kadang, ada suatu hal dalam hidup ini yang tidak perlu kita tahu.
Bukan kerana kita tidak mahu ambil tahu, tapi kerana kita tidak perlu tahu.
..
Pujuk diri sendiri untuk redha.
Belajarlah terima untuk redha pada semua perkara.. Belajar mencari kekuatan. Belajar mencari diri yang telah hilang.
.
Orang yang kuat jiwanya, walaupun percaya tidak ada apa lagi yang mampu menyelamatkan dirinya dari cabaran yang mendatang, akan masih berjaya menghadapinya dengan tenang.
..
Ada cerita yang tidak perlu kita tahu pada saat itu, tapi nanti bila saatnya telah tiba, pasti Allah tunjukkan jalan cerita yang sebenarnya..
..
Apabila engkau meyakini yang apa yang mendatang adalah ketetapan dari Yang Maha Esa, keredhaan yang timbul di hatinya menyebabkan masalah bukan lagi masalah. Apabila keredhaan sudah penuh di hati, hukuman mati pun bukanlah satu cabaran yang sehebat mana.
..
Pilihlah sabar dan redha di saat hati kecewa dengan ujian. Adakalanya sampai di suatu tahap di mana kita harus tawakkal, redha dan tenang untuk tidak memikirkannya lagi. insya Allah, hati kita akan sedia belajar untuk menerima dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment