Saturday, October 10, 2020

AJARI HATI UTK IKHLAS!



 *Renungan Malam*


Mana mungkin kita melawan gelombang takdir.. Kerana sekuat apa pun kita mahu sesuatu itu untuk kekal, andai ia mahu pergi ia tetap akan pergi jua. 


Lalu lepaskanlah ia.. kerana takdir bukan sesuatu yang kita boleh kawal... 


Didiklah hati untuk sabar dan menerima ketetapan-Nya. Insya Allah, semuanya akan baik dalam ketentuan-Nya.


Andai takdir boleh disusun mengikut citarasa manusia, nescaya tiada lah air mata dan kesedihan yang dilalui oleh manusia.


Andai Allah takdir kan cerita kehidupan kita penuh dengan dugaan, kesakitan dan kepedihan..,


Percayalah, kesakitan itu cuma sementara.


Sepahit apa pun takdir yang Allah hadiahkan, terimalah dengan ikhlas walau pahit untuk ditelan..


Kerana takdir Allah tidak pernah salah, tidak pernah sia-sia.


Ajar hati untuk ikhlaskan dan sentiasa bersedia, atas apa sahaja takdir yang Allah berikan.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com