Friday, September 4, 2020

BANGKITLAH!

 


Renungan Malam


BANGKITLAH KERANA ALLAH


Adakalanya kita terpaksa korbankan perasaan sendiri kerana impikan kebahagiaan. Kadang² hakikat hidup menuntut untuk bersusah payah dahulu untuk mendapatkan bahagia.. Biasanya memanglah begitu, untuk mendapatkan syurga Allah bukanlah mudah. 


Sabarlah hati, Sabarlah jiwa. "Allah tak berikan kesulitan melainkan disusuli kemudahan."


 Sebenarnya walaupun pahit, redha adalah penawarnya. Moga kita sentiasa tenang mengharungi apa-apa musibah yang melanda. Sujud dan sembahlah Allah.. minta hati kuat dan tabah dan moga sengsara jadi mudah.. Moga lelah menjadi hikmah.


Mohonlah pada Allah;

"Ya Allah.. jika hari ini aku kecewa, tolong sedarkanku bahawa rencanaMu lebih indah dari mimpi mimpi ku"


Di saat tak seorang pun melihat tangisan kita, saat itu pula Allah melihatnya. Jangan bersedih, Allah tahu yang terbaik untuk kita. Hanya dengan redha, hati kembali tenang dengan ujian serta dugaan.  Satu lagi, sayang Allah itu kekal.. sayang manusia akan berakhir sama ada ditinggalkan atau meninggalkan. Oleh itu dapatkanlah sayang Allah dulu, kemudian baru sayang manusia.. pasti bahagia.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com