Bismillah Walhamdulillah...
Allahu Akbar...
Jam menunjukkan 3.16am, 25 Jun 2013 bersamaan 16 Syaaban 1434 ..Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma.
Buat persiapan dari sekarang untuk menyambut dan menghidupkan bulan yang mulia ini.
Terlalu banyak perkara yang ingin dinukilkan dan
dicoretkan di sini..
Namun kebanyakkan hanya tercatat di dalam diari hati dan minda sahaja.
Sudah ada idea dan karangan yang ingin dicurahkan di dalam blog ini namun, hambatan masa dan waktu amat2 tidak mengizinkan.
Segala2 yang tidak tercatat di sini, akan terus kekal di hati dan memori selagi Allah berikan keizinan untuk memori tersebut terus kekal.
Imam Syafie pernah menukilkan...
Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku,
Moga sesiapa yang membaca tulisanku
doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka).
Niat ummi untuk dicatatkan dan dinukilkan untuk rujukan diri sendiri dan juga anak2 ummi di masa hadapan.
Bahkan juga sekiranya ada manfaat dari hasil tulisan ummi,moga bermanfaat untuk dijadikan tauladan dan sempadan kepada sesiapa yang sudi membacanya...
Hati yang bersih seputih salju akan memberikan ketengan kepada pemilik hatinya.Diari hati perlu bersih! |
No comments:
Post a Comment