Bismillah Walhamdulillah...
12 Mei 2013-jam 11 pagi.
Faheem dan A ah bermain2.Abi ke Amman untuk munaqosyah kawannya.
Allahu Akbar...
Selaut kesyukuran dipanjatkan atas segala nikmat kurniaanNya kepada kita semua...
9 Mei 2013 jam 1.30 tengahari..
Alhamdulillah abi telah selamat membentangkan dan mempertahankan tesisnya.
Alhamdulillah ramai syabab dan akhowat yang datang memberi sokongan moral.
Allahu Akbar....
Syukur ke hadratMu....
Syabab program abi yang tolong menghidangkan air dan memberi makanan kepada hadirin...
Manakala sahabat abi dari Syajarah menyediakan air kopi kepada tetamu khas.
Ammu Majdi pula menyediakan maqlubah untuk tetamu kami di rumah.
Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan kami...
Setelah diumumkan lulus,abi terus mengkhabarkan khabar gembira kepada mak abi yang berada di Kuantan,Pahang,Malaysia...
"Mak...alhamdulillah kita dah lulus PhD kita mak..."
"Alhamdulillah,baguslah nak..."
Walau jauh beribu batu..namun dirasakan mak berada sersama di dalam suasa kegembiraan ini.
Ayah.......
"Ayah,kita dah lulus,ayah...
...akan aku realisasikan harapan ayah untuk membela nasib keluarga kita ke arah yang lebih baik..
bersemadilah dengan aman di alam sana..."
Allah...Allah...Allah...
4tahun..sebuah perjuangan yang amat perit sebenarnya..
namun berkat doa mak dan arwah ayah yang ingin melihat abi menyambung pelajaran hingga ke tahap ini sebenarnya memberi 1001 kekuatan untuk terus kuat mengharungi segala2nya...
Allahu Akbar....
Bagaikan tidak percaya perjuangan kami selama 4 tahun di sini sudah berakhir....
Perjuangan suka duka..
Perjuangan jerit perih airmata....
Sekarang semuanya sudah berakhir...
Sekarang sudah masanya menabur bakti di tanah air...
Ya Allah..mudahkan urusan kami sekeluarga..amin!
3 comments:
assalam, tahniah kak izma sekeluarga, :D Semoga kitaorang dapat mengikut jejak kejayaan yg di capai. Setiap family tu ada kisah suka duka jerit payah, macam mak abah saya jugak, diri saya sendiri, cume apabila kemanisan tu telah dicapai, terasa indah setelah menghadapi pelbagai liku. :D perjuangan terasa manis dgn pengorbanan.. moga ALLAH redha. Doakan saya dapat membalas jasa mak abah saya, pulang berbakti kepada masyarakat. thnx ! -hehehe-akhawat irbid-
Tahniah kak izma sekeluarga!
Wslam adik akhowat.Setiap dari kita punya 1001 kisah hidup yang tersendiri.Yang pentinf kisah hidup kita dapat memberi inspirasi kepada orang lain.Semoga perkongsian akk ini memberi serba sedikit kekuatan dan semangat kepada adik..Semoaga Allah mudahkan urusan kita semua,amin!
Nabilahmk~ Alhamdulillah...terimakasih dik!
Post a Comment