Bismillah Walhamdulillah..
Allahu Akbar...23 Mac 2013, 2.00 pagi.
Hari yang sungguh sejuk.Baju2 sejuk dikeluarkan kembali.Siang tadi hujan dan angin kuat berdebu bertiup.Cuaca ini dipanggil fatrah 'khumasi' oleh penduduk Jordan.
Sebelum ini matahari sudah garang memancarkan sinarnya,
namun kehendak Allah,musim sejuk masih belum berakhir.Suasana sejuk dan berangin kembali di bumi Jordan ini.
Innalillah..
Daripada Allah kita datang kepada Allah juga kita akan kembali.Semalam Syeikh Ramadhan Al-Buti kembali ke rahmatullah setelah syahid dibom dalam masjid ketika beliau sedang mengajar..Alah..Allah...
Semoga syurga Allah ganjarannya..amin!
Faheem sudah lama terlena atas riba ummi.Abi melelapkan mata sebentar.Sekejap lagi ummi bertukar shift pula.Anak2 ummi yang lain berada di Jerash sekarang.Mengikuti progam BKMPJ -Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan.Mereka adakan AGM dan hari keluarga di sana.Esok baru balik.
Memang teringin untuk menyertai, namun kesibukan abi menyiapkan tesis memang tidak membenarkan.Nanti mereka sudah pulang,ummi ceritakan kisah mereka yer.
Ok,kali ini ummi ingin bercerita mengenai abi.
YARMOUKFM.
Alhamdulillah pada 5 Mac 2013 yang lepas abi diberi peluang untuk ditemuramah di radio Yarmoukfm.Sebuah radio selenggaraan Universiti Yaormouk yang studionya terletak dalam Jamiah sendiri.
Alhamdulillah abi bercakap mengenai pengalaman berada di Jordan.Allahu Akbar...semoga Allah redho dengan apa yang telah disampaikan.Menceritakan mengenai pengalaman kehidupan dalam belajar bahasa arab di Jordan ini.Abi bersama akhowat,Siti Nor Hafizah ditemuramah oleh pengacara.Alhamdulillah ala kulli hal.
DEMAM CINTA TESIS!
Allahu Akbar..memang sekarang merupakan fatrah2 yang bisa memeningkan kepala,bisa membuatkan kepala bertukar menjadi hijau,bertukar menjadi botak!!!
Inilah dinamakan demam tesis.
Makan menang tidak kenyang, tidak berniat untuk makan,makan sekadar tidak mahu lapar....sebelum ini rasa macam tidak percaya jika orang bercinta dikatakan makan tidak kenyang,mandi tidak basah,tidur tidak lena..
Hakikatnya sudah terbentang.
Ini semua terjadi kepada abi.
Tidur termimpi2 mengenai tesis.
Bangun jer terus terkam laptop untuk menyiapkan tesis.Makan dan minum sekadarnya...tesis sentiasa diingatan.Allah..Allahu Allah...
Mushrif abi member semangat dan juga 'tekanan' yang hebat untuk menyiapkan tesis ini.
Hattakan setiap pagi akan dikejut subuh dan disurih bersolat jemaah subuh dimasjid.Jika abi tidak berjumpa pada waktu subuh di masjid,pastinya mushrif dia akan marah,katanya tiada keberkatan buat tesis sekiranya subuh tidak berjemmah di masjid.Allah..Allah..
Bangun jer terus terkam laptop untuk menyiapkan tesis.Makan dan minum sekadarnya...tesis sentiasa diingatan.Allah..Allahu Allah...
Mushrif abi member semangat dan juga 'tekanan' yang hebat untuk menyiapkan tesis ini.
Hattakan setiap pagi akan dikejut subuh dan disurih bersolat jemaah subuh dimasjid.Jika abi tidak berjumpa pada waktu subuh di masjid,pastinya mushrif dia akan marah,katanya tiada keberkatan buat tesis sekiranya subuh tidak berjemmah di masjid.Allah..Allah..
Ummi membantu sekadar yang termampu..
Membantu meringankan apa yang patut..
tIdak menyerabutkan abi dengan perkara remeh temeh.
Semua urusan rumah ummi laksanakan dengan ikhlas.
TAJDID NIAT!
Syeikhah sudah berpesan setiap waktu kena tajdid niat...
Betulkan niat semua perkara yang kita lakukan...
Jadikan adat yang biasa kita lakukan sebagai ibadat!
Utamakan kehendak suami berbanding kehendak sendiri,
ikhlaskan niat kerana Allah,pasti ada ganjarannya di dunia akhirat.
Ketenangan dan kedamaiaan juga pasti ada sekiranya semua dilakukan untuk mendapat redho Allah.
Yang penting sentiasa perbaharui niat!
BOTAK KEPALA!!!
Minggu lepas abi ambil keputusan untuk botakkan kepala..
Senang nak diurus..
Tak perlu syampu dan sikat..
Masa lebih jimat...
Boleh ditumpukan untuk menyiapkan tesis..
Alhamdulillah...
Semoga Allah redho dengan segala apa yang kita lakukan,amin!
...alhamdulillah selesai dinukilkan 2.43 pagi.
..kepala sudah berpusing2..
..mohon permisi dulu...
..maaf salah silap...
No comments:
Post a Comment