Bismillah Walhamdulillah..
Jam 7.47 pagi.Abi ke pasar.Anak2 masih tidur lagi.Hari ini hari Jumaat.Hari cuti..Lama rasanya tidak menukilkan sesuatu di sini.
Seminggu yang lepas ummi privatekan kedua2 blog ummi,
hattakan akaun fb ummi juga telah deactive.
Ada perkara yang tidak dapat dielakkan..
terpaksa berbuat sedemikian...
Namun sekrang setelah berfikir banyak kali...
Akaun FB ummi hanya gunakan akaun abi sahaja..
Dan 2 blog kesayangan ummi telah ummi buka kepada umum..
Memandangkan setiap hari ada yang datang bertamu ke blog ummi.
Ummi berharap ada sahamnya di akhirat kelak...amin!
Alalhu Akbar..
nipisnya iman umat zaman sekarang senipis kulit bawang..
Ya Allah...mohon kuatkan dan kukuhkan iman kami menghadapi segala badai ujian di sini.
Minggu lepas ummi yang diuji dan
minggu ini pula abi pula diuji ..
Allahu Akbar...Ada 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat.
Kami yakin ini cara Allah hendak tegur dan didik kami berdua...
Dan kami rasa bahagia diuji sebegini..
Yang penting bersangka baik dengan segala yang Allah berikan kepada kita...
Banyak kena berlatih sekarang ini..
Latih hati supaya sentiasa rasa SENANG HATI....
Allahu Akbar..terasa sungguh bertuah dapat menghirup udara di bumi yang penuh berkat ini...
Terasa sayu bertanu di hati..bahawa suatu hari nanti kami akan meninggalkan bumi anbiya' ini..
Allah....
Lambaian kampung halaman memanggil2...
Namun ...
Mutiara2 ilmu dan pengalaman perlu dikutip dan
dipenuhi dalam dada..
Sebagai bekal menghadapi hidup yang serba mencabar...
Di sinilah tempat untuk..
Berubah ~
berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya..
mendidik hati ~
mendidik hati supaya sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa ujian..
melunakkan hati ~
hati kena sentiasa lunak dan terasa dekat dengan ALlah.
Hidup di dunia ini ada 2 jalan sahaja...hattakan dalam surah Al Fatihah pun yang setiap hari kita baca terbentang 2 jalan..sama ada syurga ataupun neraka..
Allah Allah..Allah..
No comments:
Post a Comment