Thursday, August 16, 2012

Jordan Malaysia

Bismillah Walhamdulillah.. 

Suasana di Jordan
Sunyi sepi sekarang..
12.30 tengahari...
Anak2 masih lena dibuai mimpi..
Selepas Subuh, baca Quran dan buku cerita..
Anak2 bermain sekejap,
Selepas kena marah, baring di katil terus tertidur.

Si Faseh pula agak keras matanya walau semalaman tidak tidur..
Minta android untuk tengok cerita..
Akhirnya tertidur sambil menonton cerita..
Tertidur di bawah ampaian baju yang dibuat khemah..
Penutup khemahnya tuala abi..
Macam2 si Faseh nih..

Tadi dengar jugak bising2 kat rumah tuan rumah..
Sedara mara dia datang tolong buat persiapan hari raya..
Rupanya ada juga budaya seperti kita..

Semalam minta tolong Ummu Qusou masak mansaf 
kat rumah kami..
Alhamdulillah bahagia punyai jiran merangkap tuan rumah yang baik hati seperti Ummu Qusoi..
Pastinya akan dirindui suasana ini..

Dia ada juga buat kuih raya seperti kita..banyak gunakan tamar..
Mood ummi buat kuih raya belum datang..

Esok lusa dah nak raya...
Ramadhan berbaki digunakan sepenuhnya..
Belum tentu berjumpa lagi di tahun hadapan..

Malaysia pastinya meriah sekarang..
Buat tapai 
Cari bahan nak buat ketupat..
Jalan jammed sini sana
Lagu raya berkumandang..

Yang pasti..
Kita perlu bersyukur dan berbahagia dengan keadaan kita sekarang..Walau di mana jua kita berada..
Syukuri nikmat kurniaanNya.. 

Jangan sia2kan waktu yang bahagia dengan 
sesuatu yang tidak bermanfaat..

BAHAGIAKAN DIRI ANDA!


Abah at makam sahabat ~Jordan 2012~






Raya 2011 di Kuantan,Pahang,Malaysia.
~Mood teringat Malaysia.
~Tapi Jordan juga bakal dirindui nanti...
Allah...Bahagiakan kami!

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com