Bismillah Walhamdulillah..
Terpanggil berbicara mengenai 'ISTERI'..
KELAB ISTERI SOLEHAH JORDAN.
Ummi sebenarnya ada mewujudkan sebuah private group dalam FB khas untuk para
isteri seluruh Jordan.Alhamdulillah group kami bergerak aktif.Dan telah banyak
kelas masakan dan kelas pengisian rohani telah kami jalankan.Kak Aizah, Kak
Abida, Kakti, Jiha..dan ramai lagi .. antara orang terkuat dan terajin
mengikuti semua kelas2 ini.
Alhamdulillah aktivit kami memberi kesempatan kepada kami untuk berkongsi
penglaman dan juga merapatkan silaturrahim.Sekarang kelab kami sudah mencecah
60 orang keahlian.Bermakna ada 60 keluarga di seluruh Jordan.Ya Allah kukuhkan
hati danukhuwah kami semua.Semoga Allah berkati dan ganjari semua usaha kami
ini untuk merapatkan diri kepadaMu dan juga mendapat keberkatanMu...amin!
PASANGAN MUDA BERKAHWIN.
Ini tak termasuk pasangan2 baru yang bakal berkahwin cuti ini.Hampir 15
pasangan baru seluruh Jordan akan melangsungan perkahwinan sekitar cuti musim
panas ini.Selamat pengantin baru diucapkan.
Berkahwin di usia muda ada baik dan buruknya.Namun kalau diikutkan,daripda
membuat maksiat, bailah berkahwin.Namun berkahwin biarlah dengan persediaan dan
kematangan.Jangan hanya disebabkan keterujaan.Tengok orang lain kahwin,kitapun
ingin kahwin.
Allahu Akbar...satu fenomena baru di bumi Irbid sekarang.Ummi amat2
bersetuju bagi yang ingin mendirikan rumahtangga.Namun ada batas2 yang perlu
dijaga apabila sudah berkahwin ni.Jangan apabila sudah berkahwin, fikiran dan
perbuatan kita tidak matang-malah tidak menggambarkan seseorang yang sudah
berumahtangga.
Berbuat baiklah dengan mereka yang sudah lama di alam rumahtangga.Teguklah
pengalaman2 daripada mereka.Anda tidak akan rugi.Buangkan malu sekrang,untuk
mengelak malu di masa akan datang!
SUAMI ADALAH GAMBARAN ISTERI,BEGITU SEBALIKNYA.
Apabila berkahwini ini, semua penampilan suami akan menggambarkan cara
penjagaan isteri , dan semua perilaku tindak tanduk isteri menggambarkan
pendidikan daripada suami
.Apabila suami pakai baju cantik dan kemas bergosok,itu tandanya isteri juga
memainkan peranan.Apabila isteri pandai menjaga perilaku berhubung antara
lelaki bukan muhrim,itu tandanya didikan dan nasihat dari suami.Yang penting
suami iteri itu saling ada hubungkaitnya.
Tidak semua perkara antara suami isteri perlu dihebohkan kepada orang
lain.Semua bergantung kepada niat kita...Namun amat payah sebenarnya untuk
menjaga hati ini.Orang ramai tidk mahu tengok bagaimana kebahagiaan yang
dikecapi, namun ingin melihat apakah natijah daripada kebahagiaan itu sendiri.
..sekian...
..ini hanya pendapat peribadi...
..selamat berpuasa ...tidak sampai seminggu lagi..
No comments:
Post a Comment