Bismillah Walhamdulillah…
Allahu Akbar..
Lama sungguh rasanya tidak menukilkan sesuatu di blog kesayangan ini.
Maaf kepada yang sudi mengunjungi teratak ini,namun tiada entri terbaru.Terlalu sibuk sangatkah ummi?Sehinggakan untuk mengadap latop tidak sempat?
Sememangnya itu antara alasan yang mampu diberikan.Namun ketiadaan ‘selera’ untuk menulis juga antara jawapan yang tepat.Banyak perkara yang ingin dinukilkan,namun ketiadaan masa dan idea itu menjadi penyebab blog ini bersawang.
Allahu Akbar..
Lama sungguh rasanya tidak menukilkan sesuatu di blog kesayangan ini.
Maaf kepada yang sudi mengunjungi teratak ini,namun tiada entri terbaru.Terlalu sibuk sangatkah ummi?Sehinggakan untuk mengadap latop tidak sempat?
Sememangnya itu antara alasan yang mampu diberikan.Namun ketiadaan ‘selera’ untuk menulis juga antara jawapan yang tepat.Banyak perkara yang ingin dinukilkan,namun ketiadaan masa dan idea itu menjadi penyebab blog ini bersawang.
MENULIS ITU PAYAH!
Ini sebenarnya yang dirasakan oleh ummi.Dan….juga dialami oleh abi sekarang.Alhamdulillah semua matapelajaran yang perlu diambil oleh abi sudah habis.Dan sekarang dalam fatrah menulis tesis.Langkah pertama yang perlu dilalui adalah menulis proposal atau khuttoh dalam arabya.Memang payah menulis ini sebenarnya!Perlukan semangat dan kesabaranyang tinggi.
BERSEMANGAT!
Ummi teringat ketika awal penubuhan blog kedua ummi ini setelah blog utama KEMBARA CINTA SIRAH ada,hampir setiap hari ummi menukilkan sesuatu di sini.Siap letak gambar lagi.Blog ini diumpamakan diari harian ummi,setelah itu menjadi diari mingguan dan sekarang sudah menjadi diari bulanan..hm..sikit masa lagi jadi diari tahunan pula..Oh tidak!!!
Awal pembabitan ummi dalam dunia blog bermula dengan KCS itu…Kembara kami sekeluarga di bumi Jordan.Setelah itu ummi membuat blog sampingan yang lebih berbentuk santai sedikit berbanding blog KCS.Apa yang ummi ingin bicarakan adalah SEMANGAT!
Iya..kita akan bersemangat membuat sesuatu yang kita suka dan dirasakan memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.
PENGALAMAN.
Terlalu banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang penglibatan dalam dunia blog ini.Gembiranya ada..dukanya juga ada..Mungkin sahabat2 yang ada mempunyai blog bersetuju dengan apa yang ummi katakan..
Gembiranya..kita perolehi ramai kawan alam maya.Bersilaturrahim mengeratkan ukhuwah membuahkan rezeki.
Ummi pernah menerima hadiah sebuah buku Travelog Haji yang dikirim oleh sahabat baru dari Singapura diposkan ke Jordan .
Allahu Akbar!Ceritanya ada di sini.Benarlah ukhuwah itu indah!
Ummi juga pernah menerima ubat selepas bersalin..ketika ummi berada di Jordan ini.Bersalinkan Faheem melalui pembedahan adalah saat2 yang agak sukar dilupakan.Alhamdulillah ada sahabat alam maya yang sudi menghullurkan bantuan.Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Sahabat2 yang memberikan kata perangsang juga ramai..di kala kita keseorangan menghadapi ujian,pastinya Allah berikan pertolonganNya dengan pelbagai cara.
Ummi pernah menziarahi satu blog dan ummi tinggalkan komen.Ummi tertarik dengan cara penulisan blog beliau.Dan sipenulis blog itu berkunjung kembali ke blog ummi di alam maya.Ketika itu penulis berada di Malaysia.
Dan yang menariknya…ukhuwah it u terus terjalin sehingga di bumi Jordan ini..Alhamdulillah manis sebenarnya ukhuwah yang didasari dengan keimanan ini.
Rumput di jalanan..kukuh tak luruh dek hujan dan angin yang kuat..begitulah ibaratnya ukhuwah fillah! |
Muhasabah diri sebelum tidur! |
MUHASABAH!
Namun,ada dukanya juga bukan?Iyalah apabila terjebak dalam dunia blog ini..Ada 1001 macam orang yang akan membaca blog kita.Semua itu ujian Allah terhadap hambaNya .Mungkin dengan ujian itulah cara Allah menegur tentang kesilapan kita.Kita akan diuji dengan setiap patah perkataan yang kita keluarkan…
Redha dan Murka Allah dapat kita rasakan.Hati tenang dan bahagia..hati resah dan gelisah..pasti ada penyebabnya..Carilah penyebab dan selesaikan segera sebelum terlambat.Yang penting muhasabah diri atas apa yang berlaku.
Semoga kita semua mampu menjadi orang yang ‘celik mata hati’ menilai dan memuhasabah atas apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita..amin!
1 comment:
InsyaAllah. Moga Allah permudahkan segala urusan ummi dan keluarga.
Teruskan berkongsi. :)
Pelaut Rabbani
Post a Comment