Bismillah Walhamdulillah..
Mentari sudah memunculkan dirinya.
Namun kesejukan masih lagi terasa.
Bunga 'sakura' sudah mekar indah menawan.
Subhanallah indahnya panorama di bumi anbiya' ini.
Hari ini ummi ingin bercerita tentang penglibatan anak2 ummi dalam teater Jejak Si Amanu.
Mendengar namanya sahaja sudah teruja ingin mengetahui apakah jalan cerita teater ini.
Pada mulanya Acik Nana mempelawa Faqeh untuk berlakon,namun dia malu2 pada awalnya.Namun ummi menyatakan persetujuan sekiranya Kak Jannah ikut serta menemani dia untuk berlakon.
Niat ummi dan abi agar mereka dapat belajar cara untuk bergaul dengan orang yang lebih dewasa daripada mereka.Alhamdulillah banyak pengalaman berharga yang dapat mereka berdua dapat hasil dari penyertaan ini.
Jannah setiap malam selama seminggu menyertai latihan teater,si faqeh berselang seli perginya.Anak2 ummi biasanya akan tidur awal malam di musim sejuk ini.Seawal 8.30 malam sudah melelapkan mata.
Namun kerana ada latihan,sanggup tidur pada pukul 11.30 malam.Sambil mengharungi kesejukan malam.Tapi yang memberi motivasi kepada mereka tentulah keseronokan dapat dibelanja oleh ammu2 dan acik2 di kedai.Budak2 katakan.Rasuah sikit,semua beres!^__^
Keeseokan paginya bangun dalam keadaan tidak cukup tidur,namun abi memberi semangat dengan memberi duit belanja lebih.Biasanya diberi 30qirsh (RM1.50) namun abi berikan 50 qirsh (RM2.50).Ummi pula masakkan makanan kegemaran mereka sebelum ke sekolah.Alhamdulillah..mereka berdua amat2 gembira!!!
Ummi amat2 berterimakasih kepada semua pihak yang sudi memberi kerjasama kepada anak2 ummi untuk menjadi mereka dewasa dan matang untuk menghadapi liku2 kehidupan mendatang.
Sekalung tahniah dan penghargaan ditujukan kepada tuan pengarah dan semua yang terlibat dalam urusan menjayakan teater ini.Semoga ada ganjarannya di sisi Allah.Amin!
Sudah pastinya pengalaman ini merupakan pengalaman yang berharga dalam hidup mereka berdua yang akan dikenang dan diingati sepanjang hayat mereka.
Sungguh,inilah pengalaman manis bagi mereka berdua di bumi anbiya' ini.
Semoga mereka mampu menjadi anak2 soleh dan solehah yang akan membahagiakan abi ummi dunia akhirat,amin!
"Namaku siamanu.Lahirku di atas bukit, di bawah langiiiiiiiiiiiiit!" Anak2 ummi suka sangat ! Babak robot dan tarian anak2 ummi paling suka! |
Alhamdulillah...
semoga usaha yang sedikit ini mendapat sahamnya di dunia dan akhirat,amin!
6.00 petang
Imarah Bukhori
Irbid,Jordan.
No comments:
Post a Comment