Thursday, January 12, 2012

ABANG FAQEH.

Bismillah Walhamdulillah..

Hari ini 12 Januari 2012..6 degree..dari semalam sampai ke pagi ini hujan rintik2..amat2 sejuk!Mengikut ramalan cuacanya,hari ini salji akan turun di Irbid.Allahu Akbar!Semua orang tak sabar2 menunggu kehadiran si putih itu!Bukannya malizi sahaja,malah urduniy( orang Jordan) sekali tidak sabar!

Selama 12 hari kita sudah berada di tahun baru.Anak2 ummi sekarang sedang bercuti. Alhamdulillah.. sepanjang cuti ini ummi telah buat jadual untuk anak2 ummi.Pada siangnya anak2 ummi akan bermain dan memnonton tv dan juga laptop.Apabila sudah masuk maghrib,di mana di sini maghrib sewal 5.45 petang.Walaupun petang,namun hari sudah gelap.

Ok,kali ini ummi ingin bercerita tentang hero sulung ummi..
MUHAMMAD FAQEHUDDIN MUHAMAD ZAID.
Semoga ada manfaatnya bersama!



OUNJ!OUNJ!

Ada suatu hari Faqeh balik dari sekolah,bertanyakan pada abinya.
"Abi,apa nama datuk Faqeh?"
"Ismail"
"Apa nama ayah kepada datuk Faqeh"
"Awang".

Rupanya di sekolah Faqeh diminta cikgunya menulis nama isim rubai'e.Memang di sinibudaya arab ada nama keluarga - ismu a'ielah. Contohnya Busyra Zou'bi. Zou'bi itu merupakan ayah kepada datuknya.

Makanya dalam kes FAqeh ini,namanya Muhammad Faqehuddin bin Muhamad Zaid bin Ismail bin Awang.
So..cikgu akan panggil Muhammad Faqehuddin  Awang.

Tapi...cikgu dia baca dalam tulisan arab, 
Awang... Alif Wau Nun Jim. Dalam arab, tak der huruf nga. 
Jadi, cikgu dia baca OUNJ!! Ounj!....

Faqeh Ounj! Ounj!..
Macam2 Faqeh nih..


 IQRAA'.

Sesudah maghrib, anak2 akan masuk ke bilik ummi,sambil dipasang sobah.Faqeh akan disuruh membaca Iqra'.Alhamdulillah,semakin lancar hero ummi ini membaca.Walaupun nak sudah membaca satu mukasurat,pelbagai aksi dan ragam akan dibuatnya. Namun,alhamdulillah..hatinya sudah semakin lembut sekarang untuk menerima teguran berbanding dahulu.Allahu Akbar!syukurnya ummi dengan apa yang Allah kurniakan ini..

Benarlah hadith ini..

Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Empat perkara di antara kebahagian seseorang iaitu hendaklah
isterinya seorang yang salih, dan anak-anak yang baik,
kawan-kawan yang jujur dan sumber rezeki dari negeri sendiri"
(Riwayat Ad-Dilmi)


Sungguh ummi berbahagia mempunyai anak2 seperti kalian!Semoga kalian akan menjadi anak yang soleh dan solehah membahagiakan ummi abi dunia akhirat,amin! 


 MUMTAZ YA BATHOL!

“Ummi,tadi miss cakap Faqeh bagus, siap jawab periksa paling awal,pastu semuanya betul pula!”
Baguslah Faqeh, Alhamdulillah!


Faqehpun bersemangat bercerita tentang cara dia menjawab periksa.
Kawan Faqeh tak tahu nak tulis apa,bila miss suruh tulis perkataan dari huruf alif wau dan ya.
Padahal tiru jerlah dari nama2 yang miss tampal kat depan tuh.Faqeh tiru dari situ jer!

huruf ya-dia tulis nama dia.Kertas dah koyak kat tepi sikit,adik Faheem 'makan' kertas nih!

Allahu Akbar,..Faqeh Faqeh..abi geleng kepala dengar ‘kebijakkan’ cara Faqeh berfikir..Bijak2 sungguh.
Anak2 ni ada cara berfikirnya sendiri.


 MENULIS + MEMBACA.

Sesudah membaca Iqra' , Faqeh akan menulis di dalam bukunya.Ummi minta Faqeh salin perkataan bahasa arab dari kad.Setiap hari ada 3 perkataan.Selepas itu, Faqeh akan tulis dalam bahasa melayu dan english.
Ummi akan minta Faqeh tulis sendiri, sambil ummi bunyikan hurufnya.Alhamdulillah dalam masa yang sama kemahiran menulis dan membaca dapat ummi praktikkan.

Tapi..yang paling penting untuk Faqeh ini kena sediakan habuannya.Ummi sediakan 3 tabung gula2 pelabagai rasa dalam bilik ummi sebagai daya tarikan mereka.Alhamdulillah menjadi taktik ummi ini,hatta untuk Faseh sekali!

Semalam juga Faqeh tulis sendiri nama di bukunya.Buku untuk fasal thani ( semester 2) perlu disampul. Sekolah di sini mengikut sistem universiti.Ada 2 semester dalam setahun.Buku teks juga ada 2 fasa.

HARI- HARI.
Pada mulanya Faqeh memang tak tahu membaca hari2.Apabila ditanya hari apa,mesti ak boleh menjawab.Ummi ambik alternatif tuliskan susunan hari2 dalam bahasa arab,bahasa melayu dan English, ditampal di dinding.Dia boleh membaca,dan tahu susunan hari.Namun,masih belum tahu hari tersebut, hari apa.
Ummi ambik keputusan untuk membuat kad yang ditulis hari2 dan ditukar setiap hari.Alhamdulillah,Faqeh dapat membaca dan tahu hari2 dalam 3 bahasa.Syukur Alhamdulillah.

setiap hari akan ditukar hari2 nya..suka sangat Faqeh!

Malah, dia memikirkan cara yang lebih kreatif untuk menggantungkan kad2 tersebut.Dia ambik sehelai kertas dan tulis hari2 tersebut,tiru daripada apa yang ummi buat.
Selepas itu dia tebuk lubang kat kertas tersebut, dan gamtung pada paku yang sedia ada.

Allah..syukurnya ummi..dia berfikiran lebih kreatif dari ummi lagi.Yerlah kemampuan anak2 ini kita tidak tahu selagi kita tidak cungkil dan tunjukkan jalannya.
Alhamdulillah!


BACA JADUAL.

Sebelum ini, Faqeh pernah dapat surat dari cikgu mengatakan dia selalu tertinggal bukunya.Ummi sudah suruh Jannah bacakan jadual harian kepada Faqeh.Namun ada juga hari2 yang Jannah terlupa.Sabar jerlah.

Sudahnya semua buku Faqeh bawa ke sekolah.Sudahlah banyak,berat pulak.Habis koyak beg sekolahnya.
Jadi, ummi fikirkan alternatifnya..

Ummi minta Faqeh guntingkan kertas berwarna dan ditulis sendiri jadual hariannya.Dia pada mulanya tidak berapa pandai membaca tapi pandai menulis,alhamdulillah..setelah menulis sendiri jadual belajarnya,secara automatiknya dia dapat membaca dan menulis dan tahu apa yang dia baca.
Allahu Akbar!Maha Suci Allah..gembiranya hati ummi melihat perkembangan Faqeh ini.Sekarang,selesai masalah buku2 yang perlu dibawa ke sekolah.Bersemangat sungguh dia membuat jadual tersebut..menggunting, menulis,menampal dan menghias jadual tersebut!

Ini tulisan Faqeh sendiri..yang tukang tampal thubak-sticker, Kak Jannah,itu yang ada princess tuh.


Juga bersemangat untuk menyusun buku selepas balik dari sekolah.Alhamdulillah.Jannah juga ingin membuat jadual seperti Faqeh.Namun ada insiden yang tidak diingini berlaku.Nanti ummi ceritakan yer.

Kak Jannah punya Qalb-bentuk hati..Dia yang buat sendiri..alhamdulillah.


9.44 pagi.
6 degree!sejuknyer!cepatlah salji turun!
Abi ke balad-pasar.
A-ah dah balik Malaysia semalam!

1 comment:

Sri KaNdi^soLehah ツ said...

hehe...faqeh ...faqeh...bagus2...
keep its up faqeh! ^^,

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com